Media: A Thousand Years
Siapa yang nak try fefeeling sedih boleh play lagu tu 👆🏻
***
Syira's pov
Hari ni hari Isnin. Maknanya apa? Maknanya dah start kerja! Aku masih bergolek-golek di atas katil dengan bathrobe.
Deringan phone serta merta berjaya membatalkan niat aku untuk sambung tidur.
"Saya dah ada dekat rumah awak. Kalau dalam masa lima minit awak tak turun turun juga, saya rempuh." Panggilan dimatikan.
Terbuntang mata aku. Gila punya malaun!
Cepat-cepat aku sarungkan pakaian formal ke office. Bedak ditepek sesuka hati. Lipstik dioles tergesa-gesa. Dahlah kot! Tak sempat dah nak contour bagai. Berlari aku turun ke bawah.
"Aduh! Sejak bila ada dinding dekat sini!" Aku mengaduh apabila terhantuk pada satu dinding.
"Ehem! Sekacak-kacak saya, awak boleh kata dinding?" Dinding itu berkata-kata.
Eh! Dinding boleh bercakap? Kepala diangkat memandang wajah 'dinding' tadi. Terlopong mulut aku. Ada ke dinding handsome macam ni?
"Good morning, Syira. Nasib baik awak cepat. Jom. Mama ajak makan." ajak dinding yang handsome.
Pft. Sejak bila mama aku jadi mama dia.
Semasa sarapan, mata aku tak berkalih daripada memandang Ammar. Kemeja putih yang mengikut bentuk badan dia dan tie hitam. Simple tapi... handsome, weh! Perati aje kening mamat ni. Lebat kalah aku. Okay, tak cemburu pun.
"Kenyang ke pandang anak teruna orang, Syira?" Tersentak aku mendengar teguran papa.
Bikin malu aje. Aku buat muka selamba dan teruskan makan nasi goreng.
"Nakal betul mata Syira. Nikah ajelah cepat-cepat," kata mama.
Serentak itu aku dan Ammar sama-sama tersedak.
"Cakap sikit dah tersedak. Seriuslah, korang tak nak nikah ke?" soal mama tak puas hati.
Kali ni kami tak tersedak macam tadi. Hanya berdiam diri.
Selesai sarapan, aku pergi kerja bersama Ammar. Dia cakap biar dia aje yang hantar dan ambil aku setiap hari. Lunch pun lunch dengan dia. Ceh! Padahal tempat kerja tak sama pun.
"Syira..." panggil Ammar.
"Ya?"
"Awak ada ingat apa-apa?"
"Maksud awak?" Sungguh aku blur ketika ini.
"Ingat apa-apa aje. Pasal kita," jawab Ammar mengharap.
Aku menghela nafas kemudian menggeleng lemah.
"Tak apalah. Mungkin saya tak penting bagi awak kan. Tak kira dulu ataupun sekarang." Ammar tersenyum pahit.
Rasa bersalah menyelinap masuk ke tangkai hati.
"Ammar. Bukan macam tu. Saya...." Terhenti bicara aku bila perasan ada satu lori dari arah bertentangan.
"Argh!" Jeritan kami bergema.
Mata dipejam kuat. Takut. Aku dapat rasa satu tangan yang memeluk tubuh aku erat. Antara imaginasi atau realiti. Aku tak tahu.
Kereta terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum merempuh pembahagi jalan. Pandangan semakin kabur. Badan terasa sakit. Isi terasa dihiris-hiris.
YOU ARE READING
Thousand Years [AKAN DITERBITKAN]
Romance[STATUS: ONGOING ▶] AMARAN: Bergula dan berkopi, mainan perasaan. --- Penantian, kesetiaan dan pengorbanan menjadi satu dalam jutaan kisah cinta. "I love you too." 'Sekarang,' arah satu suara melalui walkie talkies. BANG! Jika dulu aku yang dinanti...