Cuaca nyaman selepas hujan dihirup dalam. Senyuman yang penuh kelegaan mekar di bibir. Mata galak memerhati rama-rama yang beterbangan di laman bunga mamanya. Sesekali ladybird juga turut serta mengindahkan suasana.
"Hai," tegur satu suara kemudian duduk bersila di sebelah Syira tanpa segan silu.
Syira kalih memandang Ammar sebelum senyumannya kian pudar.
"Kenapa ni? Problem?" Terserlah keprihatinan Ammar.
Syira menggeleng perlahan dan kembali memandang depan. Masing-masing diam tanda tiada topik.
Jeda.
"Ammar." Suara Syira memecah kesunyian petang itu.
"Ya."
"Agaknya apa jadi dengan Atira kan?" tanya Syira tiba-tiba.
Ammar terdiam lama sebelum menjawab.
"Dia dah bahagialah tu dekat syurga." Jawapan Ammar buatkan Syira tergelak besar. Tak lama kemudian, keadaan kembali sepi.
Syira menarik-narik rumput berdekatan kakinya bagi menghilangkan sebak di hati. Ammar pula bermain dengan zip hoodienya.
"Syira."
"Ammar."
Serentak mereka memanggil. Akhirnya masing-masing tergelak sendiri.
"As a gentleman, saya bagi awak cakap dulu." Dengan poyo Ammar memberi ruang untuk Syira bercakap.
Syira terdiam seketika. Entah bagaimana mahu dia katakan.
"Syira rindu," adu Syira kebudak-budakan tapi memang betul. Dia amat merindui lelaki ini.
Ammar memandang Syira bagai tak percaya.
"Ammar! Syira rindu tahu tak! Kenapa ambil masa lama sangat ha!" marahnya tiba-tiba.
Lengan Ammar ditumbuk beberapa kali.
"Syira." Ammar memegang pergelangan tangan Syira.
"Apa Syira-Syira? Dahlah janji nak kahwin tapi tak kahwin pun. Lepas tu awak curi-curi kiss sa- umpp!!" Belum sempat Syira menghamburkan marah lagi, Ammar menekup mulut Syira dengan tangan.
"Shh! Jangan kuat-kuat. Nanti mama awak dengar, boleh kena smackdown saya tau," ujar Ammar menggelabah.
Syira yang baru sedar kata-katanya tergelak perlahan. Tangan Ammar ditolak ke tepi.
"Sorry. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tak sangka awak balik semula, Ammar." Syira menghadiahkan senyuman ikhlas dan
Ammar terpana. Dia berdehem perlahan sebelum mengalih pandangan.
"Senyumlah macam tu. Nak kena lagi ke apa?" soal Ammar sambil menahan senyum.
Syira pula sudah tertunduk. Bibir digigit perlahan. Memori zaman kanak-kanak kembali bermain di benak masing-masing.
Flashback
YOU ARE READING
Thousand Years [AKAN DITERBITKAN]
Romance[STATUS: ONGOING ▶] AMARAN: Bergula dan berkopi, mainan perasaan. --- Penantian, kesetiaan dan pengorbanan menjadi satu dalam jutaan kisah cinta. "I love you too." 'Sekarang,' arah satu suara melalui walkie talkies. BANG! Jika dulu aku yang dinanti...