Part 1 : Malaysia

9.1K 438 44
                                    

'Hello, Malaysia!' jerit hati seorang gadis yang kini berada airport. Rayban ditanggalkan dan disangkut di leher baju. Bagasi ditarik. Mata pula melilau mencari orang tuanya.

Ting!

Mesej masuk. Lincah jarinya menekan password dan membuka applikasi Whatsapp.

Sorry, my baby. Mama ada urgent dekat cafe. Balik dengan Am, ya?

Jelas kerutan di dahi setelah membaca pesanan mamanya. Siapa Am?

Gedebuk!

"Auw!" Gadis itu mengaduh dan...

Krekk!

IPhone6 miliknya jatuh. Bukan setakat jatuh. Berkecai habis.

"Oh, great!" bidasnya sambil mencapai phone kesayangannya. Figura yang sedang memandangnya dijeling.

"Saya mintak maaf. Serius tak sengaja." pinta lelaki itu.

Syira's pov

Berkecai hati aku bila tengok phone dah retak!

"Saya mintak maaf. Serius tak sengaja," pinta lelaki itu. Mata tajam menikam anak matanya.

"Okey," balas aku ringkas. Dengan perasaan yang bercampur baur, aku pergi dari situ.

"Eh, tunggu!" jerit lelaki tadi. Panggilannya langsung aku tak hiraukan.

"Atira Insyirah!" Naik satu oktaf suaranya.

Langkah aku terhenti. Badan dipusingkan menghadap dia.

"Penat saya tau," rungutnya.

"Awak siapa?" soal aku.

"Mama awak mintak saya jemput awak," balasnya tanpa menjawab soalan aku.

Jadi, inilah Am rupanya. Boleh tahan.

"Dah tu tunggu apa lagi! Cepatlah! Saya lagi penat," kata aku kasar.

Beg ditarik dan kaki melangkah laju. Tiba-tiba terasa lengan ditarik kuat. Automatik wajah badan aku terpusing dan hampir terpeluk dia. Hampir! Ulang suara! Hampir!

"Salah jalan, sayang," ujarnya selamba kemudian aku ditarik ke arah yang sebetulnya.

Urgh, memalukan! Aku dah tepuk dahi. Eh, kejap.

Sayang?

"Masuk."

Pintu dibuka. Aku mencebik sebelum masuk ke dalam kereta. Tak perlu cakap. Aku tahulah nak masuk. Ceit.

Kereta dipandu dengan kelajuan sederhana. Siapa sebenarnya mamat mereng ni?

"Kenapa pandang saya macam tu?" soalnya tapi mata masih fokus ke arah jalan.

"Awak siapa?" Akhirnya keluar juga soalan itu dari mulut aku.

"Am," jawabnya sepatah.

Thousand Years [AKAN DITERBITKAN]Where stories live. Discover now