Part 16 : Gaduh

3.2K 220 4
                                    

Setelah menerima pinangan dari pihak Ammar seminggu lepas, mereka diarahkan untuk pergi ke butik pengantin bersama. Yes, diarahkan. Kalau tak arah, berdengkur ajelah kerja si Syira tu.

"Peh! Merahnya bibir, cik kak!" tegur Ammar sebaik sahaja Syira masuk ke kereta.

"Well." Bibir dimuncungkan bagi menayang gincu yang dipakainya.

Riak.

"Buat mulut macam tu. Buatlah, buat." Suara Ammar berbaur amaran.

Terus Syira mengetap bibirnya kuat.

Kereta diparking di hadapan butik yang bernama Qalisha Collection. Mereka beriringan masuk ke dalam. Loceng di pintu yang berbunyi menyentakkan Qalish dari fokus.

"Bro!" Qalish bangun dan berjabat tangan dengan Ammar.

"Cayalah, dah nak kahwin dah brotherhood aku sorang ni!" Ditepuk-tepuk bahu Ammar yang sedang tersengih.

"Gila tak nak kahwin. Barang boek ni mana boleh lepas," kata Ammar. Syira mencebik bosan.

"Eh, duduk dulu. Aku nak panggil Alisha." Sejurus itu, bayang Qalish hilang di sebalik dinding.

Syira masih berdiri dan memerhatikan setiap rekaan gaun pengantin yang digantung. Tiba-tiba matanya tertumpu pada satu gaun yang warnanya seakan rosegold. Baru tangannya hendak menyentuh gaun itu, muncul pula satu suara.

"Yes? Berminat ke?" Terhinjut sedikit bahu Syira kerana teguran tanpa salam itu.

"Woi, dik! Tegur orang elok-elok sikit. Ada juga nikah dekat hospital nanti." Qalish menunjal bahu adiknya, Alisha yang sedang tersenyum mesra.

"Hehe, sorry," pinta Alisha serba salah.

Syira menyimpulkan senyum ikhlas tanda tak perlu risau.

Sepanjang sesi pemilihan baju pengantin, Syira dan Ammar tak habis-habis bertengkar.

"Ala! Saya nak warna rose gold tu lah!" protes Syira.

"Hello? Saya cakap biru laut tu biru laut lah," bangkang Ammar yang sudah jelas tiada cita rasa yang baik.

"Rose gold!"

"Biru!"

"Biru tu buat apa? Macam mak nyah tahu tak? Ei yuks!"

"Rose gold buat apa?! Macam red velvet tak cukup bahan!"

"Dasar bapok!"

"What!"

"Arghh!" Jeritan mereka bergabung. Untung tiada pelanggan pada waktu ini.

"Wei, korang janganlah macam ni. Nanti costumer masuk, terus lari," kata Alisha risau.

"Kau ni pun, Am. Tak nak kalah!" Terus dilukunya kepala Ammar.

"Sakit, bangang!"

"Qal! Please jangan buat dia menjerit macam mak nyah." Rayuan Alisha itu mengundang tawa Qalish tapi tidak bagi Syira.

"Awak, please, please! Nak rose gold, please. I'm begging you." Syira sudah mula merengek.

Ammar jadi serba salah.

"Aduh, manjanya suara!" usik Qalish sengaja. Ammar menjengilkan mata.

"Please, Ammar. Please."

"Tapi..."

"Ha, aku tahu!" Suara Alisha memotong percakapan Ammar.

Semua kalih memandang Alisha. Kalau nak harapkan Qalish yang memberi jalan penyelesaian, sempat butik ni terbalik dulu.

Thousand Years [AKAN DITERBITKAN]Where stories live. Discover now