Pagi itu, Fea memakai jeans hitam dan kemeja denim yang dilipat tiga lipatan. Jarum jam menunjukkan pukul lapan tepat. Beberapa keping duit RM50 dilipat dan dimasukkan dalam poket jeans. Phone juga dicapai dan diselitkan dalam poket belakang. Pantulan dirinya di cermin dilihat sekilas kemudian melangkah ke pintu. Pintu dikuak apabila converse sudah kemas disarung.
Hampir luruh jantungnya melihat Ayden yang tercegat di depan pintu.
"Two minutes late, Fea," kata Ayden selamba seraya melangkah meninggalkan Fea yang masih terkejut di belakang.
"Dua minit aje pun." Pantas Fea mengejar langkah Ayden.
Hoodie yang dipakai Ayden diperhati aneh. Hidung lelaki itu yang memerah turut menimbulkan tanda tanya.
"Tak panas ke pakai macam ni?" Fea berjalan beriringan dengan Ayden. Wajah lelaki itu diamati betul-betul.
"Sejuk," balas Ayden kemudian mengambil tempat di tepi tingkap, meja nombor 5. Jari dipetik dan pelayan datang mengambil pesanan.
"Mushroom soup dengan coffee." Ayden memesan untuk dirinya.
Perasaan Fea semakin aneh. Setahunya, Ayden selalu makan roti aje pagi-pagi. Dia jenis kurang gemar ambil makanan yang berkuah.
"Tak payah tenung I macam nak makan sangat. Bukan kenyang pun. You nak makan apa?" Teguran dari Ayden menyentakkan Fea.
"Oh, sorry. I nak nutella pancake dengan hot chocolate." Cepat-cepat Fea menjawab. Main hentam aje apa yang ada dalam kepala sebenarnya.
Suasana sepi sehinggalah makanan yang dipesan tiba. Pelik, Ayden selalunya ada aje topik untuk dibualkan even gaduh. Tapi kenapa sekarang diam? Sedang Fea mengunyah suapan pertama, Ayden terbatuk beberapa kali.
"Makan perlahan sikit, Ayden." Dalam menggelabah, hot chocolate miliknya dihulur tapi Ayden menggeleng.
"I tak start makan pun lagi, Fea." jelas Ayden. Ya, sup masih tidak bersentuh.
"You demam?" Soalan dari Fea jelas membuatkan Ayden telan liur.
Laju dia menafikan.
"Batuk sikit aje. Dah, makan," arah Ayden mendatar. Fea mengeluh. Tangan dibawa memeluk tubuh. Ayden yang sedang menikmati makanannya dipandang tak puas hati.
"Jangan soroklah, Ayden. I bukan sehari dua kenal you." Butir bicara Fea kedengaran sinis.
Tanpa membalas apa-apa, Ayden memanggil pelayan untuk menjelaskan bil.
"Lunch dengan dinner nanti I tunggu you. Dekat meja ni juga. Datang tau. I tunggu." kata Ayden kemudian bangun dan berlalu dari situ.
Fea hanya diam dan memandang belakang tubuh lelaki itu. Dalam tak sedar, dia risaukan Ayden. Ayden susah jatuh sakit dan susah juga untuk sembuh. Akhirnya, Fea pergi tanpa menghabiskan makanan.
***
Ayden sedar dari lena jam 11 pagi. Badannya basah dengan peluh. Sakit di kepalanya semakin menjadi-jadi namun digagahkan jua badan untuk bangun dan mandi semula. Cukup 15 minit bersihkan diri, Ayden menyarung jeans biru dan t-shirt putih lengan pendek.
Masa yang tinggal lagi setengah jam sebelum pukul 12 tengah hari digunakan untuk lelapkan mata sebentar.
Buka saja mata, jam sudah menunjukkan pukul 12.05 tengah hari.
'Shit!' getus hatinya.
Pantas sweater dark blue disarungkan dan bergegas menuju ke cafe di sebelah restoran seperti yang dijanjikan pada Fea.
Tepat pukul 12.15 tengah hari, Ayden tiba. Dengan langkah longlai dia berjalan masuk.
"Ei, gediklah you ni, Aqif!"
"Hello. I gedik dengan you aje, okey."
Automatik kepala dipusingkan ke arah suara itu. Kelihatan Fea dan Aqif sedang rancak berbual.
Ya, di meja nombor 5.
Kecewa.
Hancur.
Luluh.
Memang salahnya kerana lewat tapi tak bolehkah Fea menunggu sebentar?
Tiba-tiba mata Fea teralih pada Ayden yang tercegat selang dua meja dari dia. Gadis itu nampak terkejut.
Ayden yang perasan perubahan di wajah Fea itu hanya memberi satu senyuman ringkas dan pergi dari situ.
"Hey, Fea. What's wrong?" soal Aqif ingin tahu.
"I ada hal sikit. I pergi dulu, eh? Bye!" Phone di atas meja dicapai laju dan Fea berlari mengejar langkah Ayden.
Tak ada! Matanya melilau. Apabila berjaya menangkap kelibat Ayden yang masuk ke dalam hotel, Fea percepatkan langkah.
Ayden yang sedang menunggu pintu lif terbuka dilihat dari jauh.
Laju pula lif tu terbuka. Selalu bukan main lama. Dasar lif tak bagi kerjasama. Berbakul-bakul rungutan Fea dalam hati. Tak sempat dia masuk, pintu lif tertutup semula.
'Oh, great!' marahnya dalam hati. Tak berfikir panjang, tangga menjadi sasaran.
Okay, Fea. Lapan tingkat. Kacang aje ni.
Bibir digigit sebelum pantas kakinya berlari ke atas. Baru sampai tingkat tujuh, dia dah kepenatan.
"Argh! Come on, Fea! One more!" Dipaksa kakinya untuk melangkah lagi.
Dan, berjaya!
Pintu dtolak dan bayang Ayden dicari. Jumpa! Ayden dalam jarak lebih kurang 30 langkah dari dia. Nafas yang tak tentu arah ditarik dan dihembus laju. Sikit je lagi.
Klak!
Ayden dah buka pintu. Langkah Fea yang semakin melonglai dilajukan lagi.
"Ayden!"
Buk!
Fea jatuh tersungkur dalam kepenatan. Ayden kalih kepala dan riak tenangnya berubah terkejut. Pantas dia berlari ke arah Fea.
"Fea! Fea! Wake up, Fea!" Pipi gadis itu ditampar perlahan berulang kali namun tiada balasan.
Akhirnya, Ayden buat keputusan untuk letakkan saja dia di bilik. Tangannya menyelinap masuk ke dalam jeans Fea.
'Good. Sekarang aku rasa betul-betul macam pencabul,' getus hatinya.
Kad bilik Fea diambil. Dengan senang, tubuh itu berjaya didukung bridal style. Pintu bilik Fea dibuka dan penyendal pintu ditolak menggunakan kakinya. Silap-silap kena tangkap khalwat, mampus! Jadi pintu dibiarkan terbuka.
Fea diletakkan perlahan di atas katil. Kad bilik diletakkan di atas meja solek. Ayden memandang kosong sebelum mengusap rambut gadis itu dan terus keluar. Bukan apa. Risau tak mampu menahan gelodak nafsu, tak mustahil Fea boleh jadi lauk tengah harinya.
"Hah! Pening, pening," keluh Ayden selepas menghempaskan badan di atas katilnya.
Malas memikirkan apa apa masalah, Ayden mencapai earphone dan fikirannya jauh melayang bersama bait-bait lagu.
YOU ARE READING
Thousand Years [AKAN DITERBITKAN]
Romance[STATUS: ONGOING ▶] AMARAN: Bergula dan berkopi, mainan perasaan. --- Penantian, kesetiaan dan pengorbanan menjadi satu dalam jutaan kisah cinta. "I love you too." 'Sekarang,' arah satu suara melalui walkie talkies. BANG! Jika dulu aku yang dinanti...