Selesai sahaja bersarapan pagi bersama keluarga rin tadi. Aku terus masuk ke dalam bilik dengan alasan dah kenyang. Sebenarnya aku malu dengan micheal tu.
"Tiba-tiba sweet pula, seram i alls tau. " gumam aku perlahan sambil jalan-jalan di dalam bilik micheal.
Mata aku tertarik dengan sebuah lukisan yang ditutup dengan kain berwarna hitam itu. Lukisan apa tu?
"Apa tu? Nak ceroboh ke tak ehh? Kalau tak ceroboh rugi." aku perhatikan keliling bilik itu.
"Kalau ceroboh pula kang di kira menceroboh. hukuman dia? Entah tak tahu pula aku kalau menceroboh barang orang yang kita sayang kena hukuman. " aku mengaru kepala.
"Ehhh.... Orang yang kita sayang pula. Malu lah macam ni." aku mengigit jari telunjuk sebelah kanan manakala kaki kiri membelit kaki sebelah kanan.
"Kau dah kenapa? Nak terkencing ke? Terkepit-kepit " suara di belakang menyapa aku.
Terus berpusing aku. Muka cover garang. "Ma... Mana ada la, tadi.... haa tadi je nak terkencing sekarang tak lagi. supp!! Tersedut balik." muka selamba aku pamerkan.
"Haaa??? Air kencing kau kalau termasuk balik memang ada sound effect Supp ehh? "
"A.... A Ah aku unik. "
"Unik? Ke kau tertelan alarm tadi ni? Tu lah aku suruh makan nasi yang kau telan alarm buat apa. "
Aku diam.
"Kenapa diam? "
Aku diam lagi.
"Asal kau ni? Nak terkencing balik dah ke?" makin berkerut orang yang bersuara itu.
"Vampire... Tak takut cahaya ke? "
"Siapa cakap kami tak takut cahaya? Pada kami cahaya la benda yang paling kami benci. " micheal duduk di birai katil.
"Tapi, korang kena cahaya dekat sini okay je. Nothing happen pun. Yelah macam dalam drama ke novel ke kan mesti kena cahaya akan jadi macam ni tau. "
Aku berlalu ke langsir yang tertutup itu. Kain langsir itu aku tarik. Dan
"auu!! Tidakk!! Matahari!! Panas!! Panas!! " akau jatuh ke lantai dan kedua belah kaki serta tangan bergoyang macam orang kena sawan. Drama lebih!
"Ada nampak mummy happy ke? " micheal mengangkat kening sebelah kanannya.
"Sejak bila tukar jantina? " kening aku juga turut terangkat.
"Aish kau ni!!! Kau pergi sekolah Belajar tak? "
Aku menganggukkan kepala.
"Laa yekew? Habis tu asal bengap lagi ni? "
Aku pukul bahu micheal. Orang serius dia main-main pula.
"Kau tengok la cuaca dekat sini kan mendung je. Mana ada cahaya matahari hawau! Kalau ada dah lama kami terbakar! " micheal menolak kepalaku.
"Ehh tapi kan hawau, kita kan pergi sekolah haa dekat sekolah ada cahaya matahari semua tu. " aku memandang mukanya tajam.
"Kau banyak tanya la hawau. Diam boleh tak jangan sampai aku gigit bibir kau tu."
"Micheal.... " aku kelip-kelip mata pandang dia. Acah comel jap.
"Apa lagi kau nak! "
"Ish!! Cuba la romantik sikit. Cuba balas macam ni. Ye sayangku cik vampire. "
Dia mencebik. "Malas. "
"Cuba la... "
"Ye shahayangku cik vampire. " ternganga mulut aku pandang dia.
YOU ARE READING
ENCIK VAMPIRE
VampireVAMPIRE? siapa tak takut pada vampire kan dapat-dapat manusia lagi lah. Tapi shahirah zenra ni lain pula sifat dia. Dia lagi fanatik dengan vampire lagi adalah. "Aku tak kira walau macam mana sekalipun aku nak masuk dalam dunia vampire. " ~ shahira...