"Jadi bila kau nak dapatkan keturunan puteri marliwon tu Richard? " lelaki yang di gari itu bersuara.
"Kau ingat senang ke? Kau ni menyusahkan saja tau raden ! Dah kena gari pun tapi memekak macam dugong! " Richard mengetap gigi memandang lelaki itu.
"Kau ingat aku nak digari ke ha!!! " raden melangkah ke arah anaknya itu tapi disebabkn digari dia hanya mampu melangkah setapak sahaja.
"Tu sebab akal kau yang terlalu cetek tu! Kalau kau tak tersilap langkah dulu Kau takkan digari selamanya macam ni lah!!!bodoh! " Richard memandang raden tajam.
"Kau ni!!!! Anak yang tak sedar dek untung! Aku dah wujudkan kau dekat muka bumi ni pun dah cukup Bagus kau tahu!!! "
"Huh! Hello raden kalau tak wujudnya aku dekat dunia ni kau takkan bebas untuk selamanya sampai kau mati sekalipun!! sepatutnya kau beruntung sebab wujudnya aku, aku boleh ambil kuasa keturunan puteri marliwon dan kau akan dibebaskan. Tapi kau?! Kesian terpaksa mengarah orang sahaja. " Richard tersenyum sinis.
" Kerja kau lembab!! Mengalahkan kura-kura!! Kalau kau cekap takde lah aku digari selama ini! "
"Apa kau ingat senang ke nak ambil kuasa dia!!! Dia kuat bukan macam kau lemah,lembik dan juga... Bodoh!! " Richard mencengkam rahang raden.
"SeLemah lemah aku pun aku pernah dapat kuasa dia sekejap sebelum digari. Daripada kau! Berbelas tahun mencari sampaikan micheal bodoh tu dah dapat DIA dulu!! "
Richard mengetap giginya yang tajam itu sekuat hati. Kalau diikutkan hati dah lama dia bunuh saja raden ini. Menyusahkan saja!
"Hanya ada satu cara untuk tarik perhatian keturunan puteri marliwon itu. " raden memandang Richard.
Hanya dengan cara itu mampu menarik perhatian ira supaya datang kepada mereka.
👿👿👿
Ira berjalan lemah memasuki kelasnya. Meja tempat duduknya diduduki oleh micheal.
"Awal sampai? "
Ira jeling tajam micheal. Suka hati nenek vampire dia je duduk tempat aku! Cabut gigi vampire dia ni kang baru tahu.
"Hei ira. Aku tanya ni. " tangan ira ditolak perlahan oleh micheal.
Ira menolak micheal ketepi dan ira duduk di tempat asalnya. Micheal tak nak kalah dia rapatkan kerusi dia dengan ira.
"Ish! " ira menjauhkan kerusi kembali. Kepala di letakkan di atas meja. Dia masih terasa hati dengan micheal.
"Ira kalau pasal hari tu, aku mintak maaf sangat-sangat. Aku tak sengaja. " micheal masih cuba memujuk.
Bayangkan dah seminggu kejadian yang micheal mengamuk dan tengking ira tu tapi ira masih merajuk dengan dia. Seminggu kot tak bercakap dengan micheal. Thumbs up for u micheal. Hikhikhik!
"Ira.. Aku tengah mintak maaf ni. Jarang la aku mintak maaf macam ni." tangan ira dicuit micheal.
Ira masih mendiamkan diri. Posisinya masih sama, kepala dibaringkan di atas meja.
"Ira.. Aku first time mintak maaf ni. Rugi tau kalau tak maafkan aku. " apa punya pujuk dah? 😑
"Shahirah zenra!!!!! Kau maafkan aku sekarang!! " tangan ira dicengkam kuat.
YOU ARE READING
ENCIK VAMPIRE
VampireVAMPIRE? siapa tak takut pada vampire kan dapat-dapat manusia lagi lah. Tapi shahirah zenra ni lain pula sifat dia. Dia lagi fanatik dengan vampire lagi adalah. "Aku tak kira walau macam mana sekalipun aku nak masuk dalam dunia vampire. " ~ shahira...