10

5.9K 358 29
                                    

Micheal memandang ira yang masih tidak sedarkan diri lagi. Lemah sangat badan ira. Mungkin dia masih tidak pandai kawal kuasanya.

"Keturunan puteri marliwon? " micheal memandang tepat kearah ira.

"Haaaa!!!" Terus micheal berlalu ke arah rak buku yang berada di penjuru biliknya itu. Habis disepahkan semua buku.

"Aku pernah terbaca tajuk buku tu. Tapi! Mana buku tu pergi? " micheal masih mencari.

"Arghh!! " terus dihentak rak buku itu. bengang buku yang dicarinya tiada.

"Setahu aku, aku tak pernah buang apa-apa buku sekalipun. Tapi mana pula buku tu! " micheal bengang.

Habis semua disepahkannya. Mana?! Mana?! Mana?!

"Abang? Kenapa ni? " rin yang berada di muka pintu memandang sekeliling bilik abangnya serta abang nya sendiri yang dah serabai.

"Mana buku aku tu rin! " tengking micheal kuat. Tahu la rin sekarang bahawa abangnya tengah bengang mencari buku tentang puteri marliwon.

"Abang cari la betul-betul. " rin menyusun kembali buku-buku yang bersepah di atas lantai serta barang-barang yang micheal sepahkan.

Perh! Sabar betul rin ni kalau sis la sis bla and gudbye je dekat bilik abang sis tu . Hohoho

"Aku letak dekat almari tu! Sekarang ni buku tu dah hilang! Siapa pula yang gatal ambik!!! " micheal menendang dinding sekuat hati.

"Abang. Cuba relax sikit. "

"Kau nak aku relax macam mana? Kalau barang aku hilang! Aku pantang orang usik barang aku!!!! "

"Ergh! " ira membangunkan badannya yang masih lemah. Keadaan yang bising memaksa dia untuk bangun.

Rin mendapatkan ira. "Kau okay? "

ira mengangguk kan kepalanya. Malas nak bersuara. Tapi setelah dia memandang sekeliling mulutnya terus membuka bicara walau dirinya masih lemah.

"Kenapa bilik ni dah Macam tongkang pecah je ni? " dahi ira berkerut.

"Bilik aku ke bilik kau!!! " micheal tengking ira. Terperanjat ira ditengking sebegitu rupa. Aku baru bangun kenapa harus aku yang dipersalahkan?

"Abang micheal tengah bengang sebab buku dia hilang. " rin mengusap belakang badan ira. Dapat rin rasakan bahawa ira sentap dengan tengkingan abangnya itu tadi.

"Buku ni ke? " ira mengambil buku yang berada di bawah bantalnya.

Dua pasang mata memandang buku yang berada di tangan ira. Cuma sepasang mata lagi memandang ira tajam.

"Kau usik barang aku???!!!" urat di seluruh tangan micheal mula timbul.

"Abang cuba bertenang. " rin pantas menahan abangnya itu. Risau micheal akan mencederakan ira.

Micheal memang pantang orang usik barang-barang nya . Sebab itu dia boleh mengamuk sebegini rupa.

"Saya mintak maaf. Tapi saya tertarik selepas membaca tajuk buku ini. So saya decide nak baca nak tahu apa kandungan dalam buku ini. " ira balas perlahan tapi mata masih menikam mata micheal yang jelas kemerahan. Ye! Itu tanda micheal benar-benar marah.

"Aku paling pantang orang usik barang aku!!!!! " micheal menolak rin ketepi. Tercampak rin ke dinding.

"Argh! " rin merintih sakit apabila badannya terhempas kuat ke dinding. Ni yang tak tahan bila abang dia mengamuk dia memang takkan mampu halang.

Micheal terus mencengkam rahang ira.

"Kau memang nak mati!!! " terus micheal mengangkat ira menggunakan sebelah tangan dan dicampakkan ke dinding.

ENCIK VAMPIRE Where stories live. Discover now