12

6.4K 359 25
                                    

2 minggu dah ira mogok dengan micheal. Micheal si Mamat kayu tu pula pujuk macam orang tak reti pujuk je. Tak sweet langsung.

"Rin... Kau tolong la aku pujuk ira. " micheal menghentakkan kakinya ke lantai bilik.

"Tak sekarang ni awek rin ke awek abang? " terjongket kening rin sebelah kanan memandang abangnya itu.

"Awek aku kawan kau juga kan gila! " micheal menolak kepala rin.

"Tapi dia merajok dengan abang ke dengan rin? " rin berpeluk tubuh.

"Dengan aku. " balas micheal perlahan.

"Siapa yang buat dia merajok? Abang ke rin? "

"Aku.. " meleret suara micheal seperti orang yang bersalah. Memang bersalah pun!

"Siapa yang kena pujuk? Abang ke rin? " dengan manusia vampire macam ni kita kena bermain dengan psychology. Susah kalau sikap yang nak memang micheal ni sampai ke sudah dia je betul. Macam ni punya manpire a.k.a manusia vampire pun ada ke?

"Aku... " makin perlahan suara micheal.

"Then? "

"Tapi kau tolong la aku rin. Aku dah cuba pujuk dah macam-macam cara aku guna untuk pujuk dia tapi still tak jalan wei.... " merah mata micheal.

Hilang macho wei lelaki menangis!

"Cara apa je abang guna? " berkerut kening rin. First time abangnya ini sweet. Mimpi ke apa?

"Aku paksa dia maafkan aku, aku buat dia jeles, aku saja-saja langgar bahu dia lepastu blah, haa haa ni semalam punya cara, aku sorokkn buku latihan dia sampai dia kena marah dengan cikgu. " rin menepuk dahi. Wei! Tu pujuk ke menambah kan lagi sakit hati? Someone help me please! Kayu nak matey la Mamat ni.

"Tu bukan pujuk jembalang! Tu abang lagi menyakitkan hati dia. Patut la bukan main lama dia merajok rupanya Mamat ni tak pandai pujuk langsung! " keluh rin.

"Siapa cakap aku nak sakitkan hati dia? Yelah dia jenis degil so aku paksa lah. Haa lepastu dia buat endah tak endah je dengan aku, aku jeleskan lah dia, perempuan kan kuat jeles! Aku langgar bahu dia sebab aku nak dia marah aku supaya perhatian dia tertumpu dekat aku haa ni yang semalamnya cara aku sorokkan buku dia sebab aku nak dia tanya aku! Last-last dia diam je sampai kena marah so aku nak buat apa lagi diam jelah takkan nak selamatkan dia kang dengan aku aku sekali kena marah dengan cikgu! " micheal mendabik dada. Kan? Semua cara yang aku guna nak pujuk dia ada alasan yang munasabah? So? Okay apa pujuk guna cara seperti di atas?

"Memang dasar kayu la abang ni! Perempuan ni sukakan lelaki yang sweet caring gitu. "

"Ouh.... Okay kalau macam tu aku boleh jadi sweet dan caring tu tapi. Aku nak kau tolong aku. Boleh? "

"Okay boleh! "

Tersenyum gembira mendengar persetujuan adiknya itu. Macam-macam rancangan caring dan sweet yang ada dalam kepala otak dia untuk memujuk ira esok. Harap-harap berjaya!

•••


M

ereka berdua menyorok di belakang pokok menunggu ketibaan ira. Dari tadi kedua-duanya tak habis-habis menepuk-nepuk badan kadang-kala pipi dek kerana kena gigitan cinta nyamuk.

"So abang nak pujuk macam mana ni? Dah lebih 10 minit kita duduk dekat taman belakang sekolah ni. "

"Kau ni boleh sabar tak! Ira pun tak datang lagi macam mana aku nak lancarkan rancangan aku ni gila! " micheal menolak kepala rin. Tak menyabar betul!

"Tapi rin dah kena gigit dengan nyamuk ni! Tak ada tempat yang lagi Best ke kita nak menyorok? Belakang pokok ni jugak abang nak nyorok! " rungut rin. Memuncung mulutnya.

"Habis kau nak menyorok dekat mana? Dekat bawah kerusi? Kau tengok keliling taman ni ada apa je? Tak pokok kerusi tak kerusi pokok. Anda ada pilihan wahai si lembab! " tajam jelingan micheal yang diberikan kepada rin.

"Ok fine! "

Selang beberapa minit ira datang duduk di kerusi berdekatan.

"Yes! Plan kita menjadi! " teruja micheal ketika melihat ira duduk di kerusi berdekatan dengan tempat persembunyian mereka.

"So apa rancangan yang seterusnya? "

Micheal tersenyum penuh makna. "Wait and see. "

"Apa guna ajak aku kalau aku just wait and see. Dasar kayu! " rungut rin geram. Serupa macam tu rin duduk rumah goyang kaki je.

"Sebab tu lah aku suruh kau tolong aku! Aku nak suruh kau tengok dan lihat rancangan terhebat aku ni. Mesti lepasni kau bangga ada abang macam aku ni. "

"Bangang tak habis-habis. " rungut rin lagi dan lagi dan lagi.

"Kau cakap aku bangang? "

"Nak cakap bangga 'ter' cakap bangang pula. " muka tak bersalah rin pamerkan.

Micheal memejamkan matanya. Bibirnya terkumat-kamit membaca sesuatu.

"Fuh..... " ditiup selepas itu. Rin memandang abangnya berkerut. Kalau tak silap ni bukan kuasa memanggil sesuatu ke? Apa micheal nak buat ni?

"Abang nak buat apa ni? "

"Bukan kau dah tahu ke? " micheal tersenyum sinis.

"Arghhhhhhhh!!!!!!! " terloncat-loncat ira ketika terlihat lipas memenuhi kawasan taman itu.

".....Tolong!!!!!!!! " mahu terkeluar anak tekak ira menjerit. Ketakutan yang dirasai nya tika ini. Ye! Dia paling takut lipas.

"Abang! Gila ke buat ira takut sampai macam tu! Ni bukan sweet atau caring tahu tak! Ini namanya menyeksa orang yang ada fobia dengan haiwan! " rin memukul-mukul badan micheal.

"Ni belum part caring and sweet lagi. Dah nak masuk dah. Kejap je lagi. " Terus micheal meluru ke arah ira. Ira yang ketakutan terus memeluk micheal.

"Micheal tolong saya! Saya takut!! " air mata ira semakin laju mengalir.

"Ye ye aku ada " micheal meniup kembali untuk menghilangkan lipas yang semakin banyak datang mendekati mereka berdua.

"Dah tak ada. Jangan takut kay. " micheal mengusap belakang badan ira.Ira masih menangis di dada micheal. Pelukkan turut dieratkan.

Micheal memandang ke tempat persembunyian dia dan juga rin tadi. Seketika matanya bertembung dengan mata rin. Mata dikenyitkan kepada rin.

Rin menepuk dahinya. Terus dia berbicara melalui kata hati.

'Ini ke plan nak memujuk ira dengan taktik sweet dan caring? '

'Yelah. Sweet and caring kan aku? '

'Macam ni punya plan pujuk awek pun ada ke? By the way wow!!! Caring nya!! sweetnya! ' sindir rin.

Rin memandang ira yang masih memeluk abangnya dan juga micheal yang memandangnya bersama senyuman annoying itu.

"Lantak kau la bang oi yang penting kau bahagia! Harap-harap kau Bersedialah untuk dikebumikan oleh ira ye nanti. " terus rin menghilang kan diri dari situ.

❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌

Siapa yang dapat pakwe atau suami yang sebiji macam perangai micheal mohon tabah ye.

Nasib sis dapat yang memang betul-betul sweet punya. Bukan yang berlakon sweet macam micheal ni. Hakhakhak.

Sorry for the late update lagi lagi and lagi. Sis tersangat la bz. Tapi sis tetap update walau lambat. Hope memuaskan hati korang.

Sory kalau ada typo.

Keep votes and comments.

ENCIK VAMPIRE Where stories live. Discover now