8

6.2K 376 31
                                    

Hari ni hari last aku dekat sini, yelah 3 hari duduk sini. Mak ayah aku? Ala dia tak hirau langsung dekat anak dia ni. Terlalu sibuk dengan kerja sehingga ank di abaikan. Aku terpikir juga la kadang-kadang aku ni anak bibik ke anak mak ayah aku? Dari aku kecil sampai besar bibik yang banyak jaga aku.

Aku bersiar-siar di sekeliling kawasan rumah keluarga micheal. Tapi kalau kau orang nak tahu sebenarnya dekat sini ada perkampungan juga tau. Cuma vampire yang duduk di sini sebab tu aku tak berani nak pergi sana. Kot kot la aku kena terkam dengan vampire dekat sana.

"Ehem! " aku pusing ke belakang. Kening sebelah kanan aku angkat.

"Yes? Kenapa ? Sakit tekak? Nak strepsils? "

"Loyar buruk! " dia jeling aku.

"Apa pikir mata tu cantik nak jeling-jeling kita? Cucuk biji mata kang! " terjegil mata aku pandang dia.

"Whatever la! Jom ikut aku dengan rin pergi perkampungan vampire. Jalan-jalan dekat sana. " tangan aku ditarik olehnya.

"Ish! Tak payah la tarik-tarik putus tangan ni kang. Awak Boleh sambungkan ke? " balas aku geram.

"Membebel jelah kau ni! " dia terus jalan meninggalkan aku. Ish! Tak sweet langsung!

Kami jalan bersama-sama tiga orang. Bukan jauh pun rumah keluarga rin dengan perkampungan tu.

Sampai sahaja di perkampungan tu. Aku terpegun seketika.

"Wow! Ramai gak ehh penduduk dekat sini? " teruja aku.

"Ini jelah vampire yang tinggal yang lain kebanyakan dah dihapuskan oleh makhluk berbulu yang cederakan kau itu. " balas rin membuatkan aku terdiam.

Makhluk berbulu? Siapa makhluk tu?

"Ouh aku ingat! Makhluk yang tak reti bercukur tu kan?! "

Rin tercengang dan hanya mengangguk kan kepalanya.

Kami jalan masuk ke dalam sebuah gerai. Gerai minuman. Ramai yang memandang aku dengan pandangan tajam.

Aku mendekatkan diri dengan rin dan micheal. "Kenapa mereka pandang saya macam tu? "

Micheal pandang aku. "Sebab kau manusia. "

Tertelan air liur aku. Agak-agak kejap lagi aku kena baham tak dengan vampire dekat sini?

Kami duduk di bar yang disediakan. Aku masih berkepet dengan micheal dan juga rin.

"Macam biasa ven. " balas micheal kepada lelaki yang berada di hadapan kami.

"Baik. " dia berlalu.

Dada aku berdebar apabila melihat mereka masih memandang aku tajam. Aduh! Wei seram la macam ni!

"Kalau aku manusia sekalipun kenapa mereka pandang macam tu? " perlahan suara aku tak nak mereka dengar.

"Sebab vampire dahagakan darah manusia. Kami pun dah lama tak minum darah manusia. " perh! Kali ni aku telan air liur berkali-kali. Sampai kering dah air liur.

"Adakah aku bakal menjadi mangsa mereka? " makin perlahan suara aku.

"Tak. Sebab kami pun dah lama tak minum darah manusia kami hanya minum darah lembu atau sebaliknya la. " balasan micheal membuatkan hati aku lega. Tapi...

"Apa!!!! Darah lembu???!!! " terjerit kuat aku.

Mereka makin memandang aku tajam. Ops! Terlebih sudah.

"Hee maaf.. Maaf.. " aku tersengih kambing.

"Siapa kau? " tanya salah seorang dari mereka.

"Haa, Aku.... Aku.. Ira. "

ENCIK VAMPIRE Where stories live. Discover now