PIL 10

331 24 0
                                    

Hanna Hura POV

Alhamdulillah , hari ni aku dan Tengku Aryan bakal disatukan. Bertunang semalam , hari ni nikah. Biarlah orang nak cakap apa. Dugaan orang bertunang ni dahsyat. Benda baik buat apa lengah-lengahkan kan ?

Pandangan ku alihkan ke hadapan. Wajah yang tadinya di tatahias oleh seorang Make-Up artist dibelek. Tak terlalu tebal, itu pintaku.

'Hanna rindukan mummy' tuturku dalam hati.

"Hanna-ya , Aryan dah sampai. Jom turun" kata abangku, Harith Lee.

Aku dengan perlahan turun daripada tangga , sambil ditemani oleh abangku. Debar makin terasa apabila terpandang susuk Tengku Aryan yang sedang menghadap appaku, Abdullah Lee.

Bonda Tengku Aryan memegang tangan aku bagaikan tahu apa yang sedang berlaku. Aku hanya membalas dengan senyuman.

'Alangkah indah jika arwah mummy ada dengan kita sekarang ni' bisik hati ku.

"Hanna , Hanna nampak cantik hari ni" ujar Puan Aisya berbasa basi. Bukan dia tak tahu yang Hanna Hura tengah berdebar-debar. Dari tangannya pun Puan Aisya sudah tahu.

"Terima kasih bonda" ujarku malu-malu.

Suara Abdullah Lee membuatkan semua tetamu senyap.

"Tengku Aryan bin Tengku Umar, aku nikahkan dikau dengan anakku Hanna Hura binti Abdullah Lee dengan mas kahwinnya tiga ribu lima ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Hanna Hura binti Abdullah lee dengan mas kahwinnya tiga ribu lima ringgit tunai" selafaz Tengku Aryan melafazkan akad.

"Sah?" tanya Abdullah Lee kepada saksi.

"Sah" jawab mereka serentak.

----------
Tengku Aryan POV

Memori petang tadi belayar difikiran. Sedar tak sedar , dihadapanku ini orang yang paling aku cintai. Hanna Hura binti Abdullah Lee, nama yang berjaya runtuhkan prinsip aku. Prinsip untuk tidak akan jatuh cinta lagi.

Tanganku ligat bermain-main di hujung rambut Hanna Hura. Walaupun penat, mataku sukar untuk lelap.

"Eh abang tak tidur lagi?" ujar Hanna Hura dalam keadaan separa sedar.

"Tak sayang. I just can't sleep. Drug apa sayang bagi abang ni?" ujarku sekadar melawak.

"Haih memain pulak dia" walaupun dalam keadaan cahaya yang agak samar-samar aku masih dapat menangkap senyuman yang terukir di bibir isteriku ini.

"Sayang tidur lah balik. Did i woke you up? " soalku.

"Nope" ringkas sahaja balasannya.

Aku hanya memerhati tingkahnya yang duduk sambil mengikat rambut. Automatik tanganku terus melingkari pinggangnya.

"Sayang , thankyou so much sebab terima abang. Sayang tahukan abang bukannya normal macam orang lain. But abang janji abang akan berusaha sebaik mungkin untuk jadi yang terbaik untuk sayang" ucapku jujur.

Hanna Hura hanya menggelengkan kepalanya "Tak abang, bagi Hura abang normal cuma masa lampau yang jadikan abang macam tu. Hura janji , Hura takkan pernah buat Aiden muncul balik"

"Terima kasih sayang" itu sahaja yang mampu aku luahkan sebelum kami berdua berlayar jauh ke alam mimpi yang kami cipta. Pintaku semoga rumah tangga yang dibina akan selamanya kekal.

'Walau sebesar dan seberat mana pun dugaan dalam rumah tangga kita , abang janji untuk tetap percayakan sayang' nekadku.

--------

Hanna Hura POV

Aku terjaga dari tidur , jam di sebelah ku pandang sekilas. Masih awal. Mataku kini memandang kembali lelaki yang baru sahaja sah menjadi suami aku.

'Mata ini yang mampu membuatkan hati ini jadi tenang' sambil tanganku memegang matanya dengan perlahan-lahan. 'Mulut ni yang selalu memberi nasihat bila aku down waktu mummy meninggal' tanganku bergerak ke bibirnya.

Puas meneliti wajah sang suami yang sangat sempurna.

"Dah puas senyum sambil belek muka abang?" pertanyaannya membuatkan aku tersentak.

'Dia dah bangun ke masa aku buat semua tu?' soalan itu hanya mampu terluah dalam hati.

"Maa...mana ada." haa kan dah tergagap. Muka aku dah membahang malu. Mahu tak malu kantoi dengan laki kita usya muka dia weh.

Dia hanya tergelak kecil sebelum mencium dahiku lama. Satu perasaan aneh mula menyelinap masuk ke dalam semua sistem.

Benarlah , bercinta selepas nikah benda yang paling best.

"Sayang, dah nak masuk waktu subuh ni , sayang mandi dulu then kita solat sama-sama okay?"

Aku hanya patuh. Tuala aku capai lalu berlalu ke bilik air.

Sementara menunggu Tengku Aryan mandi , aku membentangkan sejadah dan beristighfar.

Hari ini , subuhku terasa amat bahagia kerana berimamkan suami sendiri.

Selesai menunaikan kewajipan, aku turun ke bawah untuk memasak sedikit sarapan pagi. Tugas harian sebagai seorang isteri sudah bermula.


















hai hai hai . rindu kaliannnn !!! Dah lama tak update . okay setahunn 😂😂 . thankyou jugak untuk 1.1K . sorry kalau cerita ni tak macam tajuk diaa . but yaa lepas ni lagi banyak surprise diaa okayy . see ya!

Love, sya..

Psychiatrist in Love ((On Hold))Where stories live. Discover now