PIL 1

985 34 0
                                    

Lagu Sing For You by EXO membuatkan bibir gadis tersebut bergerak seiring irama lagu . Setiap bait- bait lagu umpama penghibur tatkala dirinya rindu akan tempat dia membesar . 'Tiba-tiba rindu pula dekat appa . Haih . Bilalah dapat jumpa mummy dengan appa dekat sana' keluhan berat mula terbit dari bibir gadis itu .

The way you cry , the way you smile  sedang asyik melayan perasaan telefon di sebelah menjerit minta di angkat . Tertera nama appanya . Tanpa menunggu jarum saat berdetik , Hanna terus menjawab panggilan tersebut . 'Assalammualaikum appa . Appaa bogoshiposo !!!' suara Hanna kegirangan . Baru sahaja menyebut yang dia rindu akan appa nya . ' Walaikumusalam Hanna-yaa . Nado bogoshipo . Macam mana dekat sana ? Pesakit aktif sangat ke ? Kan appa dah kata uruskan syarikat kita jee dekat sini .' Hanna tersenyum sambil menggaru kepalanya . ' Alaa appa . Bagilah Hanna kejar cita-cita Hanna dulu . Bila Hanna rasa dah sampai masanya , Hanna akan balik ke sana semula .' Hanna mengeluh lemah . Bukan dia tak tahu tentang appanya . ' Ye appa tahu . Ni appa call ni nak tanya Hanna sihat ke tak . Mummy dah risau sangat ni ' dihujung talian , Hanna dapat menangkap tawa mummynya . 'Appa , kwenchana . Cakap dengan mummy jangan risau . Hanna okay jee dekat sini . Kirim salam dekat mummy . Hanna nak tidur dah ni . Appa , mummy saranghae! ' 'Nado saranghae Hanna-ya' panggilan dimatikan .

Malam itu , Hanna tidur dengan senyuman . Terubat jua rindu di hati apabila dengar suara appa dan mummynya walaupun seketika cuma . Bukan dia tidak mahu untuk menguruskan syarikat di sana . Malahan jiwa melayunya menyuruhnya agar pulang ke tanah air untuk berkhidmat .

...............................

Penggera telefon berbunyi menandakan waktu menunjukan jam 5:30 pagi . Hanna terus sahaja melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri bagi menunaikan suruhan tuhan . Walaupun dia dibesarkan di Korea , namun dia tetap tidak lupa akan penciptanya . Itu yang appa dan mummynya ajar semenjak kecil lagi .

Hanna turun ke dapur untuk membuat sarapan sambil menyanyi perlahan . Semangat baru untuk hari baru katanya . 'Haih , nak makan macam mana ni ? Apa pun takda .' mujur hari ini dia sedang bercuti , dapatlah dia ke supermarket untuk membeli barang dapur yang sudah lama kehabisan .

Tepat jam 11 pagi , Hanna bersiap ala kadar . Dia mengenakan top dress yang bewarna hitam dipadankan dgn skinny jeans bewarna putih . Shawl yang bewarna nude dililitkan dengan cermat . Hanna bukanlah seorang gadis yang suka mengenakan sebarang solekan diwajahnya . Cukup dengan memakai foundation yang lengkap dgn sunblock dan secalit lipstick .

Setelah berpuas hati dengan penampilannya , dia melangkah keluar dari rumah bersama kunci kereta Audi kesayangannya . Dengan membaca bismillahirahmanirahim Hanna memulakan pemanduan menuju ke destinasinya .

Sampai sahaja ke ruangan basah , Hanna tanpa lengah terus membeli barangan yang diperlukan oleh dirinya . Kurang setengah jam , Hanna sudah selesai memasukkan barang yang di beli oleh nya ke dalam kereta .

Keadaan di tempat pakir yang agak sunyi membuat Hanna takut . Kunci kereta dicari punat kunci ditekan pantas . Namun , tidak sepantas peragut yang mahu meragut tas tangan milik Hanna . ' Hey lepaskan dia ' ujar lelaki yang entah daripada mana datangnya . Hanna tidak kisah malahan mengucapkan syukur di dalam hati kerana ada yang membantunya di saat getir ini . Peragut tersebut sudah pun melarikan diri dengan menaiki motorsikalnya .

'Terima kasih encik' ujar Hanna ikhlas . 'Aiden' balas pemuda tersebut sambil menghulurkan tangan untuk berjabat . 'Hanna' balas Hanna sambil mengangguk sahaja . Seakan faham dengan tindakan Hanna , Aiden terus menarik balik tangannya . 'Maaf' ujar Aiden malu .

Baru sahaja ingin berbual lanjut , Aiden resah . Dia tahu masa untuk dia lenyap telah pun tiba kerana pada bila-bila masa sahaja personaliti asalnya akan kembali semula . Tanpa salam atau pamitan , dia lari meninggalkan Hanna dengan seribu tanda tanya .

Psychiatrist in Love ((On Hold))Where stories live. Discover now