'Dia akan sembuh' ujar Hanna .
File ditutup . Hanna segera berkemas untuk pulang . Seharian di hospital membuatkan dia lelah .
Aryan merenung skrin telefon miliknya . 'Eh mana dia ni . Kata nak call aku bagitahu keputusan .' bisik hati Aryan .
Seusai mandi dan solat , Hanna merehatkan tubuhnya . Hanna gelisah . Macam ada benda yang tidak kena kepadanya .
'Ermm , solat dah . Makan pun dah . Ada benda yang aku lupa nak buat lagi ke ? ' ujar Hanna bersendirian .
Seakan tersedar sesuatu , Hanna menjerit 'Alamak aku kena call Tengku Aryan pasal keputusan rawatan tadi . Haih macam manalah boleh lupa ni Hanna .' sepat Hanna membebel kepada dirinya .
Pantas telefon di sebelahnya di ambil lalu didailnya nombor Tengku Aryan .
Baru sahaja ingin melelapkan mata , telefon Aryan menjerit minta diangkat . 'Haih , siapa yang kacau aku malam-malam ni' bebel Aryan . Ikon answer ditekan .
'Assalammualaikum Tengku Aryan . Doktor Hanna ni .'
'Waalaikumusalam ha doktor . Saya ingat doktor lupa nak call saya . Daripada petang tadi saya tunggu . Emm jangan salah anggap , saya nak tahu keputusan rawatan hari ni jee'
Hanna semakin rasa bersalah .
'Maafkan saya Tengku , saya terlupa . Eh tak mengapa . Saya faham . Macam ni Tengku , menurut daripada pemerhatian saya Tengku semakin sembuh . Kemungkinan identiti Aiden untuk hilang tinggi sekiranya kita melakukan rawatan ini .' terang Hanna panjang lebar .
Tengku Aryan tersenyum . Bukan kerana berita itu sahaja malahan dia gembira apabila mendengar suara Hanna . Dia dah jatuh cinta ? Haih malas dia nak fikir . Yang dia tahu , suara itu mampu membuatkan dia tenang .
'Tengku , oh Tengku . Tengku masih disana ke ?' Hanna memanggil setelah sekian lama tiada sahutan daripada Aryan .
'Err sorry doktor Hura . Takpayah lah panggil saya Tengku . Just call me Aryan . Can i call u Hura ? '
'Anything , i mean ya .'
'Hura boleh kita jumpa esok . Saya ada benda nak cakap dengan awak '
'In sha Allah . Nanti saya inform awak balik ya . Saya letak dahulu . Goodnight , assalammualaikum . Jangan fikir banyak sangat Aryan .' sempat Hanna berpesan .
'Goodnight too Hura . Waalaikumusalam '
Hanna merasakan getar . Getar yang sudah lama tidak dia hadapi . Kali terakhir 3 tahun lepas semasa dia di Korea dahulu .
Flashback
'Hanna-ya I want to tell u something' ujar lelaki itu .
'Waegurae ? '
'Let's break up' tenang . Cukup tenang wajah lelaki itu mengucapkan kata .
'Sung Hyun-shii wae ? ' Hanna mengigit bibirnya menahan rasa . Park Sung Hyun , lelaki yang pertama berjaya mengetuk pintu hati seorang gadis bernama Hanna Hura .
Sejak ditinggalkan oleh Park Sung Hyun , Hanna seolah-olah tidak lagi membuka hatinya untuk sesiapa . Tapi apabila dengan Aryan dia rasa lain . Terlalu berbeza .
Perlahan Hanna menyeka air mata yang mula membasahi pipi akibat teringat akan kisah lamanya itu .
Hanna Hura , nama yang acap kali muncul di benaknya . 'Gilalah kau ni Aryan' dalam tak sedar , terbit keluhan dari bibirnya .
Ya , masing-masing jatuh cinta namun masing-masing takut dilukakan . Mereka tidur dengan perasaan yang sarat . Perasaan yang sukar untuk diungkap kan .
------------
Hanna duduk di balkoninya selepas siap mengemas rumah . Rutin hari minggunya .
Lagu perfect mematikan hayalan Hanna . Tanpa menunggu jarum saat berdetik , panggilan itu diangkat .
'Assalammualaikum Hura'
Hanna tersenyum . Siapa yang memanggilnya dengan nama sebegitu melainkan lelaki yang berjaya mengetuk semula pintu hati Hanna .
'Waalaikumusalam Tengku'
'Haa kan dah cakap jangan panggil saya Tengku' ujar Aryan. Kedengaran suara tidak puas hati daripada Aryan .
'Err sorry okay . Kenapa call ? Ada benda penting nak bagitahu saya ke ? '
'Emm , macam mana nak cakap eh?' sengaja suara itu diseriuskan .
'Kenapa ? Awak makin teruk ke ? Tapi sepatutnya sekarang masa Aiden keluar tapi dia tak keluar so saya rasa awak okay . ' Hanna kalut .
Aryan sudah ketawa
'Takde lah . Saya okay . Saya nak ajak awak keluar tu jee . Itupun kalau awak sudi lah . Haa lagi satu , kalau boyfriend awak tak kisahlah. Taknak saya kena pukul dengan boyfriend awak . Rosak muka handsome saya'
Ceh! Kutuk Hanna dalam hati .
'Aah lah , kejap ehh nak call buah hati mintak izin . Haih nasib lah buah hati duduk jauh' sengaja suaranya berubah menjadi sedih , padahal dalam hati dok ketawa sakan .
'Oh awak dah ada buah hati dah' ujar Aryan pelahan . Kedengaran sayu di hujung ayatnya .
Dia kecewakah ? Ehh mainan fikiran kau jee ni Hanna .
'HAHAHAH kalut lah awak ni . Appa saya lah . Dia dekat Korea dengan mummy . ' kini Hanna pula yang ketawa kemenangan .
Merah muka Aryan bila Hanna memain-mainkannya . Nasib on call . Kalau berdepan tak tahulah belakang siapa dia menyorok .
'So jadilah ni kan kita keluar ? Saya tunggu awak dekat Dataran Pahlawan tau.' cepat panggilan itu dimatikan tanpa menunggu jawapan Hanna .
Hanna hanya mampu menggelengkan kepalanya . Nasib kau lah Hanna .
Langkah kaki dihayun menuju ke biliknya untuk bersiap-siap.
-----------
Seperti berjanji , pakaian mereka sedondon . Sorang terkejut , sorang tersenyum .
'Tak sangka kita ada telepati sampai sedondon ' ujar Aryan dalam tawanya .
'Err ' itu sahaja yang terluah dari bibir Hanna . Sumpah dia kekok .
'Takpayah lah nak err sangat-sangat . Saya bukannya makan orang pun' ujar Aryan lagi dalam sisa tawanya .
Pertama kali Hanna melihat Aryan seceria ini . Tawanya bukanlah lakonan . Tampak ikhlas sangat tawanya itu .
'Hai Tengku Aryan Tengku Umar.' Sebaik sahaja telinga kami menangkap suara itu , tawa kami terhenti . Kami berpandangan sesama sendiri lalu mencari empunya suara .
Mata Hanna tertancap suatu susuk tubuh wanita yang entah daripada muncul . Dah lah pakai baju tak cukup kain . Miskin sangat agaknya . Rambut perang . Tak lawa pulak tu . Sempat Hanna mengutuk dalam hati .
Aryan tidak berkutik . Kenapa kau datang balik saat aku mula melupakan sejarah hitam tu . Aryan berperang dengan perasaan sendiri .
Hey guys . Author minta maaf kalau semakin hambar dan tak dapat puasakan hati korang . Thankyou sebab sudi baca dan rajin-rajinkan lah tangan untuk vote . hehehe kalau terlebih suka lagi promote lah cerita author dekat kawan-kawan korang . btw author baru jee berjinak-jinak ni . abaikan kalau ada typo or ayat tunggang terbalik.
See you in next PIL

YOU ARE READING
Psychiatrist in Love ((On Hold))
RomantizmHanna Hura binti Abdullah Lee - gadis berdarah kacukan Malaysia + Korea . wajah persis artis korea tapi berjiwa melayu . agak anti dengan makhluk yang bernama 'lelaki' . seorang psychiatrist . Tengku Aryan bin Tengku Umar - handsome tapi anti denga...