PIL 6

430 29 0
                                    

Hanna menekup telinga Aryan menggunakan kedua-dua belah tangannya sambil membisikkan sesuatu di telinga Aryan .

Bonda dan ayahanda berlari ke arah kami . Dari raut wajah mereka , Hanna dapat mengagak bahawa mereka tahu apa yang akan jadi sekiranya Aryan terus begini.

'Aryan , face it! Jangan nak elak'

Aryan tetap berkeadaan begitu . Hanna tidak putus-putus memberi kata semangat untuk Aryan melawan penyakit itu .

'Aryan , u okay ?' dalam keadaan cemas ini , telinga Hanna masih dapat menangkap suara itu .

Setelah 5 minit berlalu , Aryan kembali seperti normal . Hanna bersyukur , Aryan mampu mengatasi situasi tersebut tanpa meminta bantuan daripada Aiden .

Hanna membantu Aryan untuk duduk semula di atas kerusi . Perempuan tadi ? Entah kemana hilangnya . Hanna tidak mengambil peduli .

'Hanna ' panggil bonda Aryan .

'Iya bonda'

'Hanna tahu pasal Aryan ?'

Hanna hanya menganggukkan kepalanya .

'Hura psychiatrist bonda' celah Aryan dalam keadaan termengah-mengah .

Puan Aisya kelihatan terkejut . Sangkanya Hanna seperti Aryan . Namun , sangkaannya meleset .

'Bukankah Aryan dirawat oleh doktor lain ?'

'Iya , Aryan dirawat di bawah doktor Naura tapi dia ada masalah pribadi yang takdapat dielakkan , jadi Aryan terpaksa dipindahkan dibawah saya .' Hanna berterus terang .

Aryan hanya mengangguk tanda menyokong penyataan Hanna .

'Tapi , Hura banyak buat Aryan berubah bonda'

'Bonda tahu Aryan . Aryan tak pernah seceria ini selepas Ana tinggalkan Aryan '

Diam . Semua membisu .

'Marilah makan' ajak Tengku Umar .

Mereka berlalu ke meja makan untuk menikmati makan malam . Mereka berbual seperti biasa , seolah-olah melupakan kejadian tadi . Hanna cuma menjadi pemerhati dan hanya akan bercakap apabila disoal .

'Hura , thankyou' ucap Aryan ketika menghantar Hanna pulang .

'Pleasure . Em , bonda dengan ayahanda awak suka saya ke? Macam tak je' balas Hanna perlahan .

'No Hura , mereka suka awak . Awak jadi diri awak sendiri Hura . Bonda bagitahu saya before hantar awak balik tadi . She said yang dia setuju awak jadi yang halal buat saya '

Hanna diam .

'Awak taknak cerita apa-apa pasal tadi ?'

'Saya akan cerita masa rawatan kita yang seterusnya okay doktor?' Aryan tersenyum sambil mengenyitkan matanya .

Hanna tersenyum . Perjalanan mereka selepas itu hanya ditemani dengan celoteh dari radio sahaja .

----------

Hanna terjaga jam3 pagi . Mimpi , iya mimpi dia bahagia dengan seorang lelaki . Wajah lelaki itu agak dikenali walaupun hanya dalam cahaya yang samar-samar .

Hanna bangun dan mengambil wuduk . Dia menunaikan solat sunat taubat , tahajud , hajat dan istikharah .

Selesai memberi salam , telefonnya berdering . Hanna menapak ke arah telefon bimbitnya . Nama pemanggil dipandang sekilas . "Appa?" bisik hati Hanna . Laju butang answer ditekan .

'Ha haannaa-ya'

'Appa ? Kwenchana ? Waegurae? Appa nangis ke ?'

'Mummy Hanna, mummy' kedengaran esak tangis Abdullah Lee di hujung bicaranya .

'Appa , waeyo? Tell me .' Hanna cemas .

'Hanna , balik sini sayang . Mummy accident . Dia kritikal . Jebal Hanna-yaa'

Terduduk Hanna tatkala mendengar pengkhabaran itu .

'Appa , Hanna akan balik secepat yang mungkin . Appa tunggu Hanna tauu .'

Hanna mematikan panggilan . Laju nombor Aryan didial.

Kringgg kringgg

'Sayang , kenapa call saya pagi-pagi ni ?'

Aryan memejamkan matanya akibat kantuk yang masih bersisa . Namun , matanya terbuka apabila terdengar tangisan Hanna .

'Hey sayang , what's wrong?'

'Mummy , kritikal .'

'What?!'

'Emm , saya kena balik Korea'

'Saya ikut awak Hura'

'Tapi....'

'Takde tapi-tapi . I'll come with you . Kejap lagi saya ambik awak dekat rumah'

Terus sahaja Aryan memutuskan panggilan . Langkah kaki pantas diatur ke bilik air untuk membersihkan diri .

Tok tok tok

Pintu bilik Puan Aisya dan Tengku Umar diketuk cemas .

'Bondaa! Ayahanda! Aryan kena teman Hura pergi Korea tauu . Kecemasan' laung Aryan daripada luar .

'Kenapa Aryan? ' tanya Puan Aisya cemas .

'Mummy Hura kritikal'

'Haa okay Aryan . Take care '

Seusai berjabat tangan dengan bondanya , Aryan meminta agar pemandunya untuk mengambil Hura di rumah .

'Assalammualaikum Huraa! ' laung Aryan dari luar rumah gadis itu .

Hanna keluar daripada rumah dengan wajah yang sugul .

'Awak buat apa dekat sini ? '

'Saya dah tempah tiket , saya ikut awak pergi sana Hura'

Hanna tersentak . Wajahnya dikerutkan .

'Ye ! Saya ikut awak sayang . Dah siap ke belum ? Kita kena cepat!"

Hanna dengan pantas berlari mendapatkan bagasi yang sedia ada di ruang tamu . Pintu rumah dikunci rapi .

Sepanjang perjalanan Aryan memberi ruang kepada Hanna untuk bersendirian . Banyak perkara yang ingin dibualkan bersama tapi melihat keadaan Hanna yang sugul membuatkan dia hanya memendam rasa .






Here you go ! Sorry late post . Busy siapkan plot untuk buku . Doa-doakan author eh

See you in the next PIL

Psychiatrist in Love ((On Hold))Where stories live. Discover now