Bab 4

42 4 0
                                    

"Allahu akbar!"

"Allahu akbar!"

"Allahu akbar!"

Laungan takbir oleh salah seorang daripada kami serta-merta menaikkan semangat aku untuk meneruskan perjuangan aku.

Tekadku, walau apa pun yang terjadi aku mesti bertahan sehingga serangan tamat.

Dalam fikiranku kala itu, nyawa keluargaku serta pendukuk kampung yang terkorban harus dibela!

Setiap pengganas itu harus terima padahnya! Mereka perlu menanggung setiap apa yang mereka telah buat pada setiap penduduk kampung kami. Mereka harus menanggung setiap perbuatan keji yang mereka lakukan.

Bang!

Bang!

Bang!

Serangan demi serangan terpaksa aku elak. Namun, setiap serangan itu aku turut membalas dengan serangan. Walau apa pun yang terjadi aku tidak akan berundur!

"Fiy, tunduk!"

Aku segera menunduk. Sebutir peluru hampir-hampir mengena jantungku tetapi tersasar ke bahuku.

Aku meneruskan serangan aku walaupun bahu kiriku sudah cedera. Aku tidak akan berhenti selagi pengganas-pengganas ini tidak mati!

Aku mengambil sebutir bom tangan keluar dari poket bajuku dengan sedikit kepayahan. Dengan bahu kiriku yang cedera serta keadaanku yang menirap bagi mengelakkan aku terkena peluru musuh memang sedikit mencabar aku. Setelah aku berjaya menarik keluar bom tangan, aku menyingkirkan pin keselamatan dan melepaskan pemegang sebelum melontarkan bom tangan itu dengan segera ke kawasan musuh kerana dalam masa empat saat, bom tangan itu akan meletup.

Bom!

Aku berjaya melontarkan bom tangan keduaku sepanjang pertempuran ini. Ini disebabkan agak susah untuk mengendalikan bom tangan ini. Kesilapan dalam mengandalikan bom tangan ini mampu meragut nyawa aku.

Salah satu kesilapan yang boleh meragut nyawa adalah memegang bom tangan dalam tangan lemah, menarik pin dan kemudiannya melontar pin itu.

Satu lagi kesilapannya adalah kegagalan untuk menggenggam pemegang, dan menarik pin. Bom tangan mungkin meletup semasa mengira masa untuk melempar.

Pertempuran ini berlangsung hampir  seharian dan tamat menjinjak ke angka 12 tengah malam. Badanku sudah terasa sedikit penat. Bahuku juga terasa sedikit perit apabila lukaku terkena titisan embun malam semasa aku meredah pokok-pokok untuk kembali ke tapak kami berkhemah.

Alhamdulillah, aku dapat bertahan sehingga akhir dalam pertempuran itu walaupun terdapat sedikit kecederaan padaku.

Alhamdulillah juga kerana kami berjaya memenangi pertempuran pada kali ini. Semuanya berkat strategi yang diutarakan oleh Adli setelah kami terpaksa berundur. Strategi menggali lubangnya berkesan membantu kami memandangkan bilangan kami semakin lama semakin berkurang.

Nasib juga seakan-akan menyebelahi kami. Hanya beberapa orang pemuda dan pemudi yang cedera tetapi tidak begitu parah. Tapi, kami memang tidak pernah menyangka bahawa pengganas-pengganas tersebut akan menyerang kami dalam masa terdekat ini.

Namun, aku yakin bahawa pengganas-pengganas tersebut akan cuba menyerang hendap kami lagi walaupun mungkin bukan dalam masa terdekat ini kerana agak ramai pengganas yang terkorban semasa pertempuran itu.

[424 words]

***

Sayonara,
↪Aisy

Pertempuran Terakhir ✔Where stories live. Discover now