"Fiy, rancangan kita berjaya! Buat masa ni diorang tak akan serang kita." Adli mengabarkan berita itu kepada aku dengan gembira.
Aku membuat muka menyampah kepadanya. Adli mengambil tempat di sebelah aku.
"Kau ni, kalau dalam sehari kau tak datang tiba-tiba lepas tu kau sergah aku dengan suara kuat kau tu tak boleh?" agak kasar aku bertanya kepadanya.
"Maaf, aku tak sengaja." suara Adli mengendur. Nada suaranya juga kedengaran seperti sedih.
Tiba-tiba aku berasa bersalah. Tapi, aku memang rasa agak bengang dengan Adli yang tiba-tiba sergah aku masa aku sedang berfikir.
Hampir sahaja jantung aku melompat keluar. Kau bayangkan, hampir setiap hari kau kena sergah. Memang pendek umur kau yang sememangnya pendek.
"Adli." panggilku.
"Weh, Adli."
"Hmm—"
"Aku mintak maaf eh sebab cakap macam tu dengan kau. Aku bukan apa, aku takut kalau hari-hari kau sergah aku macam ni, mati awal aku. Dahlah aku belum kahwin lagi. At least, kalau aku mati pun aku nak tengok jugak kampung ni kembali aman." aku bermain-main dengan hujung lengan bajuku.
"Apa ni cakap pasal mati."
"Mati itu pasti. Kita sebagai orang Islam perlulah sentiasa mengingati mati. Tak gitu? Lagipun, umur aku makin meningkat. Mungkin esok lusa aku dah tak de."
"Dahlah, jangan cakap pasal mati lagi. Aku tak suka."
"Hmm—"
Aku mendiamkan diri. Di dalam kepalaku, pelbagai strategi aku cuba bina agar pengganas-pengganas itu keluar dari kampung kami.
Aku mengeluh apabila otakku terasa tepu dan aku tak boleh berfikir langsung.
"Kenapa mengeluh?" tanya Adli. Baru aku sedar bahawa Adli masih berada di sebelahku.
"Fikirkan strategi untuk halau pengganas-pengganas tu. Kesian penduduk kampung kita. Ramai dah yang terkorban. Yang masih hidup, mesti trauma." aku meraup mukaku kasar. Serabut fikirkan semua ni.
"Hmm, jom kita pergi ke tempat perlindungan. Sejak mereka yang terselamat dipindahkan kita tak pernah pergi jenguk." usul Adli.
"Tempat perlindungan yang disebalik bukit tu ke?"
"Ha'a. Kat mana lagi kalau bukan kat situ. Jomlah." Adli bangun lalu menepuk punggungnya bagi menghilangkan debu-debu yang melekat pada seluarnya.
Aku turut bangun lalu mengikuti langkah Adli.
Setelah hampir dua jam kami berjalan, akhirnya kami sampai di kaki bukit.
"Adli, kita kena daki bukit ni ke?" tanyaku sambil mata meliar-liar ke kawasan sekeliling.
"Taklah."
"Habis tu?"
"Kita jalan melalui laluan rahsia. Dah ikut aku." Adli bergerak ke arah semak yang berada di kanan kami.
Aku mengerutkan dahiku. Masih tidak daham dengan perbuatan Adli. Aku hanya mengikuti Adli meredah semak itu sebelum mataku terlihat satu pintu yang tidak dapat dilihat jika tidak diamati dengan baik. Pintu itu dibuka oleh Adli.
"Selamat datang ke laluan rahsia menuju ke tempat perlindungan." ujar Adli ala-ala penyambut tetamu.
Aku menggeleng melihat telatahnya.
Setelah berjalan beberapa minit melalui laluan rahsia, aku dapat melihat dari jauh satu cahaya merombos masuk ke retina mataku.
Aku meneruskan perjalanan aku sehingga mataku tidak lagi dapat dibuka kerana silauan cahaya. Beberapa saat kemudian, aku cuba membuka mataku semula.
"Wow." satu perkataan yang dapat aku ungkapkan pada saat ini.
Aku ingatkan tempat perlindungan ni dalam keadaan yang agak daif dan kekurangan kemudahan tapi, ternyata aku silap.
Tempat ini agak selesa dan cukup dengan kemudahan.
"Terkedu, kan? Sebenarnya, tempat ni dah lama dibina untuk tujuan kecemasan. Macam keadaan sekarang ni."
"Eh, Adli? Fiyah? Alhamdulillah korang selamat." seorang perempuan yang berumur lingkungan 50-an menerpa ke arah kami.
"Mak tak apa-apa? Adik?"
"Alhamdulillah, mak tak apa-apa. Adik pun."
Kau beruntung Adli. Masih ada emak dan adik.
"Eh. Jom Adli, Fiyah. Kita duduk dulu."
[574 words]
YOU ARE READING
Pertempuran Terakhir ✔
AksiMencuba untuk menerima cabaran #PERTEMPURAN TERAKHIR #WATTSITEE'S CHALLENGE! ----- Pertempuran demi pertempuran yang berlaku telah mengorbankan banyak nyawa. Bukan itu sahaja, maruah wanita-wanita turut dicemari. Entah apa salah kami. Entah apa sala...