Bab 3

49 5 1
                                    

"Fiy, bersiap sedia. Kita telah diserang hendap!" sergah Adli yang tiba-tiba muncul di dalam khemah milikku. Aku mennggosok dadaku perlahan. Terkejut dengan sergahannya yang tiba-tiba. Dengan suara yang agak kuat. Nasib jantungku masih dapat bertahan dengan sergahannya itu.

Nasib baik juga pada masa itu aku sudah lengkap berpakaian untuk keluar melihat keadaan sekeliling. Adli memang suka menerjah begitu sahaja khemah aku.

"Kau ni. Terkejut aku."

"Maaf, Fiy"

Aku amat menyenangi sikap Adli yang akan segera meminta maaf seandainya dia membuat salah kepada aku. Tetapi, aku berasa tidak selesa dengan sikap dia yang seakan-akan cuba merapati aku.

Adli merupakan kawan aku sejak dari kecil lagi. Kami memang agak rapat pada masa itu. Tapi, semenjak aku semakin dewasa ini aku terpaksa mencipta jurang antara kami. Bukan apa, Adli lelaki manakala aku perempuan. Takut ada fitnah yang tercipta apabila ada orang lihat kemesraan kami.

Tanpa berlengah, aku segera mengambil peralatan untuk bertempur. Di dalam hati, aku menyumpah seranah.

Bukan menyumpah seranah Adli yang tiba-tiba menyergah aku. Tapi menyumpah seranah pengganas-pengganas itu.

Sudahlah kami terpaksa berundur pada serangan lalu. Takkan kali ini kami harus berundur lagi. Kalau kami terpaksa berundur lagi, alamatnya kami akan kalah kerana tempat persembunyian kami ini berhampiran sumber air.

Kalau musuh sudah menakluki kawasan itu, kami akan susah untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Air sangat penting bagi manusia. Manusia boleh hidup tanpa oksigen selama tiga minit, tanpa makanan selama tiga minggu dan tanpa minuman selama tiga hari.

Aku hanya mampu berharap agar kali ini kami mampu menang. Keluar sahaja dari khemah milikku, dapat aku lihat pemuda pemudi serta beberapa orang anggota polis di kampungku yang masih tinggal sudah bersiap-siap mengambil posisi masing-masing.

"Fiy, hati-hati." sempat Adli berpesan kepada aku sebelum dia bergerak ke posisinya.

Aku mengangguk lalu bersedia di dalam posisiku.

Masing-masing seakan-akan tahu peranan masing-masing setelah melalui beberapa pertempuran yang lalu dengan pengganas.

Pertempuran yang lalu sememangnya telah melatih kami supaya cepat bertindak.

Kerana pertempuran itu, banyak nyawa yang terkorban. Kerana pertempuran itu, kami kehilangan insan tersayang. Kerana pertempuran itu, gadis-gadis yang sepatutnya duduk di dalam rumah terpaksa bersama-sama pemuda bertempur.

Pertempuran ini perlahan-lahan melenyapkan kelembutan kami, gadis-gadis yang dikenali dengan kelembutan dan kesopanan yang tinggi. Gadis melayu terakhir.

Dengan lafaz bismillah, aku mengambil posisi aku bersama rakan seperjuangan aku yang lain lalu memulakan serangan aku yang entah kali keberapa.

Semoga pertempuran ini segera berakhir.

[401 words]

***

Sayonara,
↪Aisy

Pertempuran Terakhir ✔Where stories live. Discover now