Aku dan Adli menyusup masuk ke tapak perkhemahan kami dengan berhati-hati.
"Awfiyah, Adli. Korang dari mana ni?" sergah Pak Hassan.
Ops, dah tertangkap.
Aku dan Adli memusingkan badan ke belakang lalu tersengih memandang Pak Hassan yang sedang mengcekik(?) pinggangnya.
"Hmm, hmm— Pak Hassan tanya Adli." Adli menjeling aku.
Aku tersengih sambil membuat muka tak bersalah.
"Hmm— Sebenarnya— Hmm— Sebenarnya kitaorang dari— Hmm—"
"Dari mana?!" sergah Pak Hassan.
Aku mengurut perlahan dadaku. Kus semangat. Agak-agaklah Pak Hassan ni nak sergah.
"Kitaorang baru balik dari misi" jawapan daripada Adli memaksa aku menahan ketawa.
Kalau aku ketawa kang ada yang kena jeling.
"Misi? Siapa yang beri korang misi ni?" tanya Pak Hassan. Dahinya berkerut-kerut seperti memikirkan sesuatu.
"Hmm, sebenarnya tak ada pun yang beri kitaorang misi. Adli dengan Awfiyah yang cipta misi ni." dengan tidak bersalah Adli berkata.
Aku membulatkan mataku yang memandang ke arah Adli. Suka hati je masukkan nama aku dalam misi ciptaan dia.
"Ya Allah, budak-budak ni!" Pak Hassan memegang dadanya.
"Pak Hassan!" jerit kami berdua.
[170 words]
YOU ARE READING
Pertempuran Terakhir ✔
ActionMencuba untuk menerima cabaran #PERTEMPURAN TERAKHIR #WATTSITEE'S CHALLENGE! ----- Pertempuran demi pertempuran yang berlaku telah mengorbankan banyak nyawa. Bukan itu sahaja, maruah wanita-wanita turut dicemari. Entah apa salah kami. Entah apa sala...