"Fiy, cepatlah.Nanti diorang nampak kita keluar." gesa Adli.
"Hish, kejaplah. Kaki aku pendek kot. Tak boleh nak langkah besar-besar macam kau."
Tak boleh nak bersabar langsung. Tak syok konon pergi sorang-sorang. Beritahu jelah yang kau tu takut.
Dahlah kena bawak senjata. Nasib ada pistol. Kalau tak, terpaksa aku bawak senapang yang maha berat tu.
Buk!
"Adoi, sakit hidung aku." aduku. Nak berhenti tak bagi signal. Hidung aku yang terkena belakang badan Adli digosok perlahan. Nasib tak patah hidung aku.
"Sshhh. Kau nampak tu." Adli menunjuk ke arah dua buah kenderaan yang aku agak lori mungkin.
"Kenapa?" tanyaku sambil melihat kenderaan tersebut.
"Tu lori yang bawak senjata untuk pengganas-pengganas tu."
"Dah tu, jom ah. Kita serang."
"Eh, jap."
"Apa lagi kau ni, Adli." aku membuat muka meluat.
Geram aku dengan si Adli ni. Nanti lori tu gerak pulak.
"Kita jangan serang melulu. Kita tengok dulu ada apa dalam lori tu. Kalau senjata tu berguna untuk kita, kita ambik. Baru kita letupkan lori tu." usul Adli.
"Ok. Jom." aku dan Adli bergerak dengan berhati-hati ke arah dua lori yang tersadai di tepi jalan berbatu itu.
"Kau lori yang tu, aku lori yang ni. Ok?" aku menganggukkan kepala.
Segera aku bergerak ke arah lori yang kedua itu. Aku memanjat masuk ke dalam lori itu lalu membuka salah satu kotak.
Mataku membulat apabila melihat isi kandungan kotak itu merupakan bom! Bukan bom tangan. Tapi bom yang berbentuk silinder.
Aku mengambil beberapa bom berbentuk silinder itu. Mungkin ia akan berguna kepada aku nanti. Nasib aku membawa beg galasku. Dapatlah aku mengambil agak banyak bom berbentuk silinder itu.
Setelah agak berpuas hati, aku melompat turun dari lori itu lalu bergerak ke semak yang terdapat disepanjang jalan itu.
Kelihatan Adli menungguku di situ.
"Weh, ada apa dalam lori tu?"
"Aku jumpa bom. Gilalah pengganas-pengganas tu. Mesti dia nak bom tempat perkhemahan kita."
"Serius?" tanya Adli tak percaya.
"Ha'a. Eh, tu diorang dah sampai. Bila kita nak serang diorang ni?"
"Dalam kiraan tiga. "
"Satu" aku mengambil pistol yang disisipkan pada pinggangku.
"Dua" lori-lori itu mula bergerak.
"Tiga"
Bom!
Kedua-dua lori tersebut meletup akibat tembakan aku dan Adli.
"Perfect!"
[357 words]
YOU ARE READING
Pertempuran Terakhir ✔
ActionMencuba untuk menerima cabaran #PERTEMPURAN TERAKHIR #WATTSITEE'S CHALLENGE! ----- Pertempuran demi pertempuran yang berlaku telah mengorbankan banyak nyawa. Bukan itu sahaja, maruah wanita-wanita turut dicemari. Entah apa salah kami. Entah apa sala...