Bab 5

38 4 0
                                    

"Adli, kau okey?" aku bertanya kepada Adli setelah ternampak kelibatnya di tapak perkhemahan.

Muka Adli berubah apabila terpandang kelibat aku yang sedang memegang lengan kiriku.

"Fiy, kau okey tak ni?" segera Adli meluru ke arah aku dan mencuba untuk memegang lenganku. Aku segera mengelakkan diri.

"Aku okey je. Kau tu. Aku tanya tak jawab."

"Aku okey. Kau tu cedera. Jom, ke khemah aku. Biar aku rawat luka tu."

Aku dan Adli beriringan ke khemahnya. Adli bergerak ke arah satu almari lalu mengeluarkan kotak kecemasan. Aku masih berada di muka pintu khemah melihat gerak gerinya itu.

"Meh sini lengan kau. Aku nak sapu ubat." Adli menggamit aku duduk di sebelahnya.

Aku duduk di sebelah Adli namun aku masih mengekalkan jarak aku dengan dia. Aku teragak-agak untuk menghulurkan lengan aku yang tercedera.

"Tapi yang kau kena rawat tu bahu aku. Aurat aku tu." aku menghalang Adli daripada menyentuh lenganku itu.

"Darurat ni. Dah, meh sini lengan kau." perlahan-lahan aku menghulurkan lenganku.

Adli mula merawat bahuku yang cedera. Sesekali aku meringis kesakitan apabila cecair yang bewarna kuning itu disapu pada lukaku.

"Nasib tak teruk luka ni. Kalau tak, kena jahit." Adli membalut luka aku yang telah dicucinya dengan kain kasa.

"Terima kasih. Susahkan kau je." aku sebenarnya berasa sedikit segan dengan Adli yang terlalu baik dengan aku.

"Tak susah pun. Tapi, kau memang mengagumkan. Kau dapat bertahan dan membalas serangan mereka dengan agak tepat walaupun hakikatnya kau tidak pernah terlibat dengan latihan ketenteraan."

Aku tersenyum nipis.

"Macam mana kau tahu ni? Aku rasa kau duduk jauh dari aku."

"Ala, aku dengar orang ceritalah. Kau ni pun. Takkan aku nak pergi mengendap kau sedangkan aku ada tanggungjawab untuk berkhidmat demi kampung kita ni. Kau ingat aku kemaruk sangat ke?"

Aku tertawa kecil.

"Mana tahu kau kepunan nak mengendap aku. Apapun terima kasih untuk pujian tu. Tapi, tak perlulah melebih-lebih memuji aku. Pujian yang berlebihan itu ibarat racun. Lagipun, segala pujian itu milik Allah—"

"—Tapikan kalau seseorang itu ada keazaman yang tinggi, bintang di langit pun dia boleh capai." sambungku lagi.

"Amboi, hiperbolanya." Adli tertawa kecil sebelum keadaan menjadi sunyi antara kami.

"Bilalah pertempuran ni akan berakhir." satu keluhan terlepas dari dua ulas bibir milik Adli.

"Berdoalah agar ia segera berakhir."

Sekali lagi keadaan kembali sunyi.

"Apa salah kita? Apa salah kampung kita?"

"Entah, aku pun tak tahu. Kalau aku tahu aku cuba selesaikannya. Jadi, tak adalah kita berperang macam ni. Tak adalah ramai penduduk kampung kita terkorban—"

"Tak adalah aku dengan gadis-gadis lain terpaksa berperang jugak. Tak adalah maruah wanita dicemari. Kan?" aku menyambung percakapan Adli.

"Ha'a. Dan tak adalah kanak-kanak jadi anak yatim."

"Hmm, tapi yang terjadi ni suratan takdir. Kita tak boleh nak tolak. Apapun reda jelah."

"Tapi—" Adli mereretkan suaranya.

"Tapi apa?" tanyaku lalu memandang Adli. Tiba-tiba sahaja dada aku berdebar. Macam ada rahsia je yang Adli nak beritahu aku.

"Aku ada dengar satu cerita pasal kampung kita sampai terjadinya perperangan ni—" Adli memperlahankan suaranya.

"Kenapa kau tak beritahu aku awal-awal?" marahku.

"—Aku tak tahu cerita tu betul ke tak. Sebenarnya,—"

[507 words]

***

Sayonara,
↪Aisy

Pertempuran Terakhir ✔Where stories live. Discover now