"Fiy, kau buat apa kat markas ni sorang-sorang?" pada waktu ini aku dan Adli berada di belakang khemah tempat senjata pengganas-pengganas itu diletakkan.
"Sshhh, jangan bising sangat. Nanti diorang tahu kita kat sini." aku meletakkan jari telunjukku di bibir.
"Eh, kau nak buat apa ni? Dengan bom bagai. Kau nak letupkan tempat ni ke?" Adli cuba menghalangku yang cekap mengeluarkan bom ciptaan aku itu lalu cuba meng'set'kan masa.
"Hanya ni je cara yang kita ada. Kita harus letupkan tempat ni barulah mereka beredar."
"Kau berdua buat apa kat markas kitaorang, hah?" kepala aku dan Adli diacukan dengan muncung senapang milik musuh kami itu.
Aku perlahan mengangkat kedua-dua tanganku paras kepala lalu berdiri. Aku kemudian menyiku wajah pengganas yang sedang mengacukan senapang ke kepalaku ketika dia sedang leka. Aku segera menarik kedua-dua tangannya ke belakang lalu menolaknya ke tanah.
Adli mengambil kesempatan untuk menyerang pengganas yang mengacukan senapang ke kepalanya apabila pengganas itu cuba menyerang aku pula.
Bang!
Bang!
Bunyi tembakan pistol yang dilepaskan oleh aku kepada kedua-dua pengganas itu menyebabkan beberapa orang pengganas lain menyerbu tempat bunyi tembakan itu kedengaran.
"Adli, run!" ujarku lebih kepada arahan apabila melihat beberapa orang pengganas sedang menuju ke arah kami.
"Diorang kejar kitalah weh!" Adli menyuarakan kebimbangannya.
Aku menyuruh Adli melajukan lariannya dan meninggalkan aku di situ.
"Takkan aku nak tinggalkan kau kat sini." bantah Adli.
"Please, just go." Adli akhirnya akur walaupun dari riak wajahnya dapat aku teka bahawa dia kurang senang dengan keputusan aku.
Aku mengeluarkan bom terakhir aku lalu men'set'kan masanya selepas melihat waktu pada jam tanganku. Aku meletakkan bom itu di tanah lalu berlari menjauhi kawasan itu.
Bom!
Bom pertama yang aku letakkan sudah meletup. Bom seterusnya akan meletup selepas 10 saat bom sebelumnya meletup sehinggalah ke bom yang terakhir.
Bom!
Bom!
Bom!
Bom keempat sudah meletup. Hasil letupan bom keempat menyebabkan satu tubuh manusia melayang lalu terjatuh di hadapanku.
Astaghfirullah al adzim
Aku mengucap panjang melihat keadaan mayat itu yang penuh dengan lecuran dan darah. Mukanya tidak lagi menyerupai muka.
Kejam sangatkah aku?
Aku meneruskan larianku dan berharap agar kesan letupan bom terakhirku itu tidak mengena aku.
Bom!
Serentak dengan letupan bom terakhirku, badanku terasa melayang dan belakang badanku terhempap(?) mengena batang pokok.
Pandangan mataku menjadi kabur dan semakin kabur lalu menjadi gelap sepenuhnya.
Pertempuran terakhir aku sudah pun berakhir.
[386 words]
TAMAT
***
#WattSitee's challenge
Terima kasih kepada yang setia membaca dan vote cerita ni.
Sebarang kekurangan dan kehambaran harap dimaafkan.
YOU ARE READING
Pertempuran Terakhir ✔
AcciónMencuba untuk menerima cabaran #PERTEMPURAN TERAKHIR #WATTSITEE'S CHALLENGE! ----- Pertempuran demi pertempuran yang berlaku telah mengorbankan banyak nyawa. Bukan itu sahaja, maruah wanita-wanita turut dicemari. Entah apa salah kami. Entah apa sala...