Bab 7

29 3 0
                                    

"Betul ke apa yang Adli cerita tu? Ibu dan ayah ada banyak tanah kat kampung ni? Kenapa macam tak logik? Entah apa-apa jelah Adli tu. Baik aku tidur." aku berbicara sendirian.

Aku berbaring di dalam khemah lalu memejamkan mataku setelah membaca doa tidur.

🔹🔹🔹

Aku terjaga dari tidurku apabila aku merasakan mulutku ditekup. Aku cuba meronta-ronta.

"Sshhh, jangan bising. Nanti orang lain terjaga." suara garau seperti itu macam pernah aku dengari.

Mata aku terbuntang melihat gerangan yang menekup mulutku.

"Kau! Kau buat apa dalam khemah aku? Oh tidak aurat aku!" aku bersuara sedikit lantang.

Aku berselubung di bawah selimut. Adli cuba menekup mulutku agar aku diam.

"Sshhh, senyaplah. Aku tak nampak pun aurat kau. Kaukan pakai tudung. Dah lupa?"

Aku tersengih. Baru tersedar bahawa aku mengenakan tudung ketika itu kerana sikap Adli yang suka menyergah orang tak kira masa. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku menyarungkan tudung. Lagipun kalau berlaku kecemasan, bolehlah aku pecut begitu sahaja. Tak perlu cari tudung.

Aku menurunkan selimut yang menutupi kepalaku dan terdiam kerana malu.

"Weh, aku ada cerita ni." aku yang sedari tadi menunduk kerana malu mengangkat muka.

Wajah Adli memaparkan muka yang serius membuatkan aku sedikit gerun dengannya. Adli lelaki kot. Dahlah malam-malam macam ni datang khemah aku. Dibuatnya kena tangkap basah tak ke kena kahwin free aku. Dahlah pertempuran ni tak berkesudahan.

"Cerita apa pulak ni. Jangan kata kau dengar orang cerita je. Aku cepuk jap agi." ugutku. Malam buta datang semata-mata nak cakap hal ni. Baik cakap esok je.

"Kali ni aku tak dengar orang cerita. Tapi, aku sendiri yang dengar perbualan pengganas-pengganas tu." Adli duduk bersila di hadapanku.

"Weh, kau pergi markas diorang ke?"

Adli menganggukkan kepalanya.

"Kau gila ke sampai kemarut sangat nak pergi markas diorang?." tanganku cuba mencapai sesuatu objek berhampiran aku supaya aku dapat memukul Adli kerana tindakan berani matinya itu.

Pap!

"Aduh, sakitlah!" kepalanya yang dipukul dengan lampu suluh digosok perlahan.

Mulutnya terkumat-kamit membebel. Tak puas hatilah tu.

"Padanlah dengan kau. Siapa suruh kau pergi intip diorang. Dahlah kat markas diorang. Dibuatnya kau tertangkap, mati kat situ jugaklah jawabnya."

Adli merengus tidak puas hati.

"Ha, kenapa? Nak kena pukul lagi?"

Segera Adli menggelengkan kepalanya.

Seriklah tu kena pukul dengan aku.

"Fiy, cubalah fokus cakap aku ni. Penting ni." Adli kembali serius.

"Okey, aku fokus."

"Macam ni. Aku ada dengar pengganas-pengganas tu cakap yang pukul tiga pagi nanti ada orang akan hantar bekalan senjata api kat diorang. Jadi, aku fikir nak sabotaj diorang."

"Dah tu, pergilah sabotaj diorang. Buat apa beritahu aku?" aku menguap kerana  keletihan.

"Aku nak pergi sabotaj sorang-sorang rasa tak syok pulak. Sebab tulah aku beritahu kau pasal ni. Boleh kita sabotaj sama-sama. Kau nak join tak?"

Aku mengesot ke arah almari tempat senjata aku disimpan. Kepala disandarkan ke almari itu.

"Pukul dua kejutkan aku. Aku letih ni." tak sampai beberapa saat, aku terlelap.

"Fiy, Fiyah. Bangunlah tidur kat tempat kau. Aku keluar." Adli menepuk perlahan bahuku menggunakan lampu suluh.

"Hmm." aku mengesot perlahan ke tempat tidurku lalu melabuhkan kepalaku pada bantal.

Dapat aku rasakan selepas itu seseorang menyelimutkan aku.

"Maaf kerana kacau kau."

[517 words]

Pertempuran Terakhir ✔Where stories live. Discover now