Bab 6

30 4 0
                                    

"Sebenarnya, dulu ada satu syarikat besar yang tawarkan wang berbilion ringgit untuk dapatkan tanah kampung kita ni—"

Aku sudah terkejut.

Gila. Ini memang gila. Kenapa dia nakkan kampung aku? Kampung lain kan ada. Lagipun kampung aku kat pedalaman.

"Syarikat tu nak buat apa dengan kampung kita ni? Mustahil diorang nakkan kampung kita yang kat pedalaman ni." aku memintas percakapan Adli.

"Haish, kau ni. Dengar dulu apa yang aku nak cerita ni." marah Adli.

"Kau tahukan dulu anak Pak Hassan, Siti kena culik.—"

Aku mengangguk kepalaku.

"—Aku dengar Siti kena culik sebab Pak Hassan tak nak beri tanah kampung kita ni kat diorang. Nasib baik Pak Hassan tu bukan mata duitan. Kau bayangkan kalau Pak Hassan beri tanah ni kat diorang, kita nak duduk mana nanti? Disebabkan keputusan Pak Hassan yang tetap tak nak berikan tanah ni, diorang bunuh Siti—"

"Gila. Siapa pengarah syarikat tu? Siap bunuh orang lagi. Pak Hassan tak laporkan ke polis ke?"

Adli tersenyum sinis.

"Pak Hassan dah laporkan ke polis. Tapi, kau tahukan polis ni ramai yang tak boleh nak harap. Kau hulur je duit beribu-ribu automatik nama kau takkan berkait dengan kes tu. Sebab tu diorang ni didapati tak bersalah. Siapa pengarah syarikat tu aku tak tahu. Tapi, ada satu benda yang kau tak tahu tentang kampung kita dan ibu bapa kau—"

"Apa?" aku mengerutkan dahiku.

"Kampung kita ni sebenarnya berharga. Termasuk syarikat tu dah hampir lima syarikat yang nakkan tanah kampung kita ni."

Aku sedikit terkejut. Apa yang berharganya tentang kampung ni?

"Ibu bapa kau sebenarnya memiliki hampir lima belas peratus tanah kampung kita. Kebanyakkan tanah ibu bapa kau tu terbiar."

Kenapa aku tak pernah tahu pasal hal ni?

"Aku tak pernah tahu pun"

"Macam ni. Al kisahnya pada zaman dahulu terdapat beberapa orang yang datang meneroka di suatu kawasan. Tapi aku rasa bukan beberapa orang. Ramai jugalah. Kawasan tu pulak merupakan lokasi yang strategik untuk dijadikan tempat perlancongan. Tapi disebabkan diorang ni dah jatuh cinta dengan tempat tu, diorang memutuskan untuk membina penempatan kat situ. Maka, terhasilkan sebuah penempatan di situ yang diberi nama 'Kampung Cinta Kami'. Moyang kepada moyang kau merupakan antara salah satu peneroka tu. Sebab tulah ibu bapa kau ada banyak tanah warisan." terang Adli panjang lebar.

Aku mengiakan segala penerangan Adli.

"Kalau kau nak tahu, diorang nakkan tanah kampung kita ni sebab diorang nak bina pusat perlancongan kat sini. Tapi bukan pusat perlancongan je. Diorang nak bina kilang senjata. Senjata-senjata tu diorang akan seludupkan dan jual ke negara-negara yang berperang. Kau ingat nak buka kilang senjata ni macam nak buka kilang stoking ke? Kampung kita ni sesuai sangatlah dengan status pedalaman. Pusat pelancongan tu untuk mengaburi mata pihak kerajaan je."

"Maknanya pengganas-pengganas ni angkara dioranglah" aku membuat hipotisis.

"Yeah, tepat sekali."

"Tak apa. Kita cari jalan untuk selesaikan masalah ni. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Tak gitu?" aku menjongketkan keningku.

"Begitulah nampaknya."

[478 words]

Pertempuran Terakhir ✔Where stories live. Discover now