Bab 1

52 5 2
                                    

Kisah ini bermula apabila kampungku telah diserang pengganas. Aku yang dahulunya tidak pandai mengendalikan senjata api kini telah pakar menguruskan hal-hal berkaitan itu. Semua keluargaku telah terkorban dalam pertempuran epik tersebut. Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan apabila ketua kampung kami telah menyatakan DARURAT!

Aku bagaikan hilang arah. Ramai penduduk kampung kami telah terkorban. Yang tinggal hanyalah beberapa orang pemuda kampung yang setia mempertahankan kampung kami. Pemudi-pemudi kampung kami termasuk aku terpaksa mengangkat senjata demi mempertahankan diri, keluarga, dan kampung kami daripada ancaman pengganas.

Orang-orang tua serta kanak-kanak yang masih hidup telah dilindungi dan ditempatkan di sebuah kawasan yang terpencil dan selamat daripada pengganas. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak tersebut akan menjadi pewaris kami nanti.

Ketua kampung kami, Pak Hassan telah mengarahkan kami semua berundur. Pada awalnya aku bertegas dan ingin meneruskan pertempuran itu. Namun, melihatkan ramai yang terkorban dan tercedera aku hanya akur.

Pada masa ini, nyawa setiap penduduk kampungku adalah berharga. Aku tidak akan melakukan sesuatu yang akan mengancam nyawa mereka. Hanya mereka yang aku ada sekarang. Mereka telah aku anggap sebagai keluargaku walaupun kami tiada pertalian darah.

Namun, aku akan kembali dan menuntut bela atas kematian keluargaku tersayang serta rakan-rakanku yang terkorban!

[204 words]

***

Sayonara,
↪Aisy

Pertempuran Terakhir ✔Where stories live. Discover now