BERLIAN HIGHSCHOOL
Lima motor superbike yang dinaiki lima jejaka hot stuff sekolah memasuki perkarangan telah menarik perhatian pelajar-pelajar Berlian Highschool. Suasana jadi hingar bingar kerana peminat mereka yang asyik terjerit-jerit seperti 'orang utan'. Knight hanya memandang tanpa riak ke arah peminat-peminat mereka yang terpekik dan terlolong. Mereka berjalan tanpa mempedulikan suara-suara sumbang itu. Tiba-tiba suasana hening tadi bertukar menjadi senyap. Knight yang berasa pelik memandang ke arah yang dipandang oleh pelajar-pelajar tersebut. Mereka melihat 5 buah kereta sport yang mempunyai plat kereta mewah yang berbeza memasuki perkarangan sekolah dan meletakkan kereta di kawasan yang sama dengan superbike mereka. Knight tercengang melihatnya kerana tiada siapa yang pernah parking disitu kecuali mereka. Figura 5 gadis yang keluar dari kereta tersebut menyebabkan Knight lagi terkejut. Ini kerana pakaian gadis-gadis itu sama seperti mereka. Kelima-lima gadis itu berjalan dengan selamba dihadapan Knight tetapi apabila sampai di hadapan Aiman masing-masing memberikan senyuman dan mengenyit mata kepadanya. Aiman hanya tersenyum pada mereka. 'Selamat kembali girls' desis hatinya.
Knight yang melihat keadaan tersebut memandang Aiman. Aiman membuat muka selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mereka masuk ke dalam kelas.
"Arghhhh!!!! Tak guna!" Shila menjerit.
Habis meja diterbalikkan oleh Shila. Pelajar-pelajar yang melihatnya tidak berani menegur kerana seram apabila Leader Divas mengamuk. Princess berjalan santai ke kelas tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang mereka. Sampai sahaja di blok kelas tingkatan 5, Princess melihat pelajar-pelajar kelas itu berada di luar. Princess ternampak raut wajah yang mereka kenali.
"Ijan!" panggil salah seorang ahli Princess. 'Ijan' yang mendengar menoleh mukanya melihat gerangan yang memanggil. Bulat matanya melihat mereka.
"Boss? Bila bal..? Aduh" belum sempat 'Ijan' habiskan ayat dah kena ketuk kepala.
"Kau ni memang nak suruh semua orang tahu ke apa? Eiiii Faizan senget." marah salah seorang ahli Princess yang lain.
"Sorry Princess. So what's up Elly?" tanya Faizan.
"Tu dah kenapa?" tanya Elly.
"Oh. Langsuir meroyan. Habis tunggang terbalik meja." jawab Faizan.
"Langsuir? Siapa?" tanya gadis yang lain.
"Siapa lagi Cik Puteri oi. Shila ler." kata Faizan. Princess smirk.
"Oh. Okay thanks. Dah blah sana." halau Puteri sengih. Faizan berlalu pergi dengan muka cemberut.
"Kita nak buat apa ni Dyan?" tanya Elly.
"Jom masuk pintu belakang. Orang tak perasan sikit." ajak Dyan bersahaja. Princess berlalu pergi ke pintu belakang kelas. Masing-masing menyandar bersahaja memandang Shila yang mengamuk. Setelah beberapa minit, Dyan mencuit Aisha lalu mengisyaratkan nya bersuara.
"Ini ke cara kau sambut kitaorang balik? Kesian classmate aku nak belajar susah." Sinis suara Aisha berkata-kata.
"Wtf. Buat apa korang balik sini. Kenapa tak stay sana je terus. Menyemak je dekat sini." amuk Shila marah.
"Suka hati kitaorang lah. Well. Kitaorang 'rindu' sangat dengan kau." Sinis Puteri berkata. Perkataan rindu tu ditekan dengan oktaf yang tersirat.
Yang lain hanya memandang dengan senyuman sinis. Tetapi bagi Knight mereka terkejut sebab tak pernah ada lagi orang yang berani menjawab dengan Leader Divas. Tak lama Cikgu Katherine masuk ke kelas. Terkejut dia lihat kelas tunggang terbalik.
"APA DAH JADI NI? NI KELAS KE KANDANG LEMBU? KEMAS SEKARANG." marah Cikgu Katherine.
Pelajar dalam kelas tersebut mula bergerak lambat-lambat. Dyan yang memandang dari tadi mula bersuara.
YOU ARE READING
PRINCESS
أدب المراهقين5 sekawan perempuan iaitu Dyan, Puteri, Aisha, Clara dan Elly dikenali sebagai Buddiez/Princess yang datang dari keluarga yang berada merupakan pelajar Berlian High School yang mana sekolah tersebut merupakan sekolah private khas untuk golongan bera...