Noted: Last bab sebelum tamatnya pre-order ebook.
---------------------------------------------------------------
BUTIK QISHAKnight dan Princess disambut baik oleh Kak Lina (PA Mama Dyan).
"You guys duduk dulu. Akak minta orang ambilkan baju wedding korang jap." kata Kak Lina.
"Mama mana kak? Dari tadi Dyan tak nampak pun dia." tanya Dyan kepada Kak Lina.
"Puan Ira keluar dengan Puan Maya dan ibu-ibu korang semua. Kejap lagi baliklah tu." jawab Kak Lina.
"Oh.. Okla kak." kata Dyan. Yang lain hanya diam sebab terasa kekok dengan kewujudan encik tunang. Tak lama kemudian datang pekerja masing-masing mebawa baju untuk setiap pasangan.
"Ni baju korang semua. Cuba try and kalau ada yang perlu dibetulkan bagitahu akak. Nanti akak betulkan." kata Kak Lina.
"Okay kak" jawab Knight dan Princess serentak.
Knight dan Princess menukar pakaian di bilik persalinan yang disediakan. Setelah selesai mereka bersepuluh keluar dan masing-masing terkejut melihat satu sama lain. Ibubapa mereka juga turut ada di ruang menunggu. Masing-masing terkedu melihat keanggunan dan ketampanan pasangan masing-masing.
"Ehem! Ehem!" Walid Irfan, Papa Is dan Abi Amir berdeham bagi mengeluarkan Knight dan Princess dari pakukan mereka. Merah terus muka dan telinga Princess dan Knight. Knight pula menggosok belakang tengkuk mereka.
"Amboi, anak-anak teruna ni nampaknya terpesona dengan keanggunan anak-anak dara ni nampaknya." kata Ayah Ir dengan senyuman.
"Tu la. Sampai terkaku dibuatnya." sokong Abah Adel.
"Hishh.. abah dengan Ayah Ir ni nak usik kitaorang la tu." kata Aiman pada abahnya dan Ayah Ir.
"Mana ada abah kamu dengan Ayah Ir ni usik. Betulla apa yang diaorang katakan tu." daddy Erman pula bersuara.
"A'ahh.. Kalau tak takkanla kitaorang yang tercegat dekat sini kamu tak tegur. Betul tak ibu-ibu sekalian?" kata Papa Ehsan sambil bertanya kepada para ibu disitu. Makin merah muka Knight di situ. Princess pula hanya tersenyum malu dengan muka merah.
"Sudahla-sudahla tu mengusiknya. Tengok anak-anak dara dah semakin merah muka dibuatnya. hishhh." kata Umi Inas.
"Tu la Inas. Tak habis nak diusiknya." sambung Mummy Mya pula.
Tergelak mereka semua disitu. Mama Ira dan yang lain melihat baju dan padanan mereka takut jika ada yang perlu dibaiki.
"Lina!" panggil Mama Ira.
"Ya puan." sahut Kak Lina yang dari tadi di situ sambil bergerak ke arah Puan Nadhirah.
"Awak baiki mana yang patut dan pastikan pakaian mereka siap sebelum majlis diaorang." arah Nadhirah kepada kak Lina.
"Baik Puan!" kata kak Lina.
Knight dan Princess kembali ke bilik persalinan dan menukar pakaian mereka. Mereka kemudiannya mengikuti ibubapa mereka untuk makan bersama. Setelah makan mereka mencari beberapa lagi barang keperluan dan kemudian pulang ke vila masing-masing.
🍀🍀🍀🍀🍀
Setelah beberapa minggu berada dalam keadaan aman, hidup Princess sekali lagi tercabar dengan Group Dragon dan Divas manakala Group Lintah seperti biasa nakal yang tidak kehabisan. Hari ni semua guru sibuk dengan mesyuarat memandangkan hari sukan sekolah tidak lama lagi. Semua pengawas diminta untuk bertugas dikelas yang ditetapkan manakala KP, PKP dan AJKT tertinggi pengawas sepatutnya berada di bilik pengawas bagi meneliti rekod-rekod pelajar tetapi hanya KP dan Knight sahaja disitu. Sedang mereka menyiapkan tugas tiba-tiba Princess masuk diikuti dengan Group Lintah bersama muka ketat.
YOU ARE READING
PRINCESS
Teen Fiction5 sekawan perempuan iaitu Dyan, Puteri, Aisha, Clara dan Elly dikenali sebagai Buddiez/Princess yang datang dari keluarga yang berada merupakan pelajar Berlian High School yang mana sekolah tersebut merupakan sekolah private khas untuk golongan bera...