Hari persekolahan telah bermula kembali. Princess dan Knight sama-sama menjalankan tugas masing-masing. Hubungan mereka masih okay. Mereka masih belum lagi membincangkan dengan lebih terperinci tentang apa yang berlaku. Setelah selesai bertugas, mereka kembali ke kelas.
5 SAPPHIRE
Princess dan Knight masuk ke kelas bersama-sama dan mengambil tempat masing-masing. Tiba-tiba Shila datang serang Dyan, "Kau? Kau memang tak guna."
Aisha yang bengang mula maki, "Kau ni dah kenapa Shila? Tiba-tiba datang meroyan."
Shila bertempik, "Kau diam! Aku tak bercakap dengan kau. Aku bercakap dengan betina sundal ni."
Clara yang mendengar perkataan sundal mula panas, warna matanya sudah bertukar, "Jaga sikit mulut kau langsuir. Aku sumbat ulat dalam mulut kau baru tahu." Dyan yang nampak mula tenangkan Clara. Shila mula rasa makin panas. Princess senyum sinis dengan melihat kebisuan Shila. Mereka tahu gadis itu panas. Knight yang melihat mula tidak berasa senang duduk. Mereka tahu Princess tak akan berdiam diri dengan apa yang Shila buat. Nazri yang merupakan ketua kelas masuk ke kelas.
"Cikgu-cikgu tak masuk hari ni. Mereka ada meeting sekarang." kata Nazri.
Princess bangun dan ke Princess Room (PR). Shila memandang tajam. Knight yang dari tadi perhatikan mereka turut bangun mengikuti Princess menuju ke PR.
Tok tok tok
Elly membuka pintu kerana pintu hanya boleh dibuka menggunakan ID mereka sahaja. Yang lain tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran. Elly memandang Knight di muka pintu dan kemudiannya memandang Dyan. Dyan mengeluh dan mengangguk. Elly membenarkan mereka masuk.
"Korang okay?" tanya Aiman lembut.
"Tu je ke soalan yang boleh tanya?" perli Elly.
"Tah. Dari hari tu lagi tu je soalan yang korang bagi." sokong Aisha. Knight mengeluh.
"Kami tanya sebab kami tak tahu apa yang ada dalam kepala otak korang ni. Bukannya boleh percaya sangat korang ni." jujur Aqram berkata.
"Hishhh!!!!! Susah ada tunang yang 'terlebih' caring macam ni." sindir Puteri geram.
"Apa Nina cakap tadi. Ulang balik boleh?" tanya Qal tersengih. Sebaik habis berkata macam tu. Qal mendapat jelingan tajam dari kelima-lima gadis itu. Terdiam dia.
"Boleh tak korang jangan macam ni? Aku tahu berat apa yang berlaku pada korang tapi tolongla bagi peluang pada kita orang. Satu lagi, korang tak nak kongsi ke dengan kitaorang siapa yang terlibat dengan 'kes' itu?" Ryan bersuara serius.
Dyan terkejut dengan soalan terakhir Ryan. Princess memandang Aiman dengan tajam. Aiman yang perasan terus tunduk.
"Izz????" panggil Elly geram.
"Maaf Yana. Izz tak ada pilihan. Izz perlukan diaorang. Izz nak angle-angle Izz yang dulu" sahut Aiman perlahan.
"Man, kau tahu kan yang...." keluh Dyan.
"Aku tahu tapi tak salahkan. Aku yakin Rish juga nak benda yang sama. Dan aku tak nak korang tanggung berlima je. Rish juga kawan kami, salah seorang angle kami sama macam korang. Aku nak kita sama-sama sedarkan orang tu tapi tak nak sampai jadi buruan polis." potong Aiman.
YOU ARE READING
PRINCESS
Teen Fiction5 sekawan perempuan iaitu Dyan, Puteri, Aisha, Clara dan Elly dikenali sebagai Buddiez/Princess yang datang dari keluarga yang berada merupakan pelajar Berlian High School yang mana sekolah tersebut merupakan sekolah private khas untuk golongan bera...