Suasana di restoran baru kelihatan semakin penuh dengan pelanggan. Aku pulak disini bagaikan cacing kepanasan berpusing-pusing kepala ke kanan dan ke kiri mencari seseorang.
"Nilah kawan bila aku datang awal dia datang lewat. Dia ni memang mencabar kesabaran aku betullah" untuk meredakan kesabaranku ini aku menghirup air milo untuk menenangkan hatiku yang tengah marah ini. Tiba-tiba kerusi di hadapanku diduduki oleh seseorang yang aku kenal dan orang yang aku tunggu .
"Bro dah lama tunggu"? Adli bertanya dengan muka yang tak bersalah.
"Taklah aku baru je sampai tadi kau tak nampak ke aku sampai tadi"Aiden berkata dalam nada memerli.
"Eh, aku tak nampak pulak kau tadi yang aku nampak kau gelisah je tadi. Kenapa kau gelisah semacam tadi?" Adli bertanya lurus.
"Kau ni Adli takkan tak faham lagi aku perli kau nak dikatakan kau bodoh kau ni belajar sampai PhD. Apalah nak jadi dengan kawan aku sorang ni". Adli memicitkan kepalanya kerana pening dengan kerenah kawannya.
"Oh kau perli aku. Aku ingatkan kau cakap betul-betul yang kau baru sampai restoran ni" Adli berkata dengan lurus sambil mengaru kepala.
Aiden yang mendengar kata-kata Adli hanya menggeleng kepala dengan sifat lurus kawannya itu. Adli ni kalau aku layan sifat lurus dia ni boleh buat aku gila baik aku teruskan agenda aku datang sini.
"Adli aku nak fail tentang perempuan tu sekarang" Aiden berkata sambil menunding jari ke arah fail itu. Aiden menyambung kata lagi" Aku harap semua kerja yang aku suruh kau buat tu memuaskan aku sebab kalau tak bagus kerja kau ni aku ada hadiah istimewa untuk kau"kata Aiden dengan senyuman misteri. Hanya Adli faham maksud senyuman itu senyuman pembunuhan.
Kecut perut Adli mendengar ugutan Aiden itu. Adli mengawal air muka ketakutannya daripada diketahui oleh Aiden. Adli kenal Aiden kalau Aiden inginkan benda tu dia mesti usaha untuk dapatkan benda tu tanpa menjaga hati dan perasaan orang lain dan kalau dia tak dapat benda tu dia akan bunuh orang itu walaupun orang itu teman rapatnya atau keluarganya. Dan dia paling pantang kalau ada orang melawan cakapnya.
Aiden bukak fail itu dengan kasar. Aiden Terkaku seketika melihat gambar Aina di dalam fail itu.
"So beautiful name Nurul Aina Qistina. why you're so beautiful darling? You make me crazy everything about you. I want smell your body. I want hug you like teddy bear and i love you for the rest of my life gumam Aiden di dalam hati. Bagi Aiden apabila dia bertemu dengan Aina perasaan yang dia tak pernah rasa pasti akan menjalar dalam hatinya membuatkan Aiden tergila-gilakan Aina sekaligus membuatkan Aiden ingin memiliki Aina sebagai hak dia seorang.
"Bagus kerja kau Adli, aku suka tak sia-sia aku upah kau. Sekarang ni aku nak belanja kau semua makanan yang kau nak makan jadi kau boleh pilih makanan apa yang kau nak dekat sana". Aiden menundingkan jari di kaunter makanan.
"Ni baru betul kawan aku. Thank ar bro seb..... " belum sempat Adli menghabiskan ucapannya Aiden sudah menunjukkan lima jarinya yang bermaksud berhenti bercakap.
"Dah tak payah berthank-thank sangatlah aku tak suka. Dah pergi sana beli makanan menyemak je kau dekat sini. Aku tukar fikiran baru tahu."Aiden mengugut Adli dengan mengangkat kedua belah keningnya yang bermaksud ''kau nak"
Eh apa kau cakap macam tu aku naklah bongok! Yelah aku pergi ambik makanan sekejap. Kau ni aku ucap thank pun kau marah. Apa punya manusialah kau ni! Adli memarahi Aiden sambil kakinya melangkah menuju ke kaunter makanan.
Aiden hanya mendengar bebelan Adli seperti angin lalu saja kerana dia malas nak dengar semua tu. Bukan penting pun benda yang Adli bebelkan tu. Sementara menunggu Adli siap mengambil makanan aku sempat memandang sekeliling dan tiba-tiba mataku tertancap seorang gadis yang aku kenal sedang bergelak ketawa dengan seorang lelaki hatiku bagaikan sakit dan cemburu melihat Aina bergelak ketawa dengan lelaki lain. Apa perasaan ni sehinggakan aku terasa sakit sangat dekat sini gumam Aiden sambil meletakkan tangannya di dada.
"Den kenapa dengan dada kau tu. Dari tadi aku tengok kau pegang dada kau. Kau sakit dada ke Den?"Tanya Adli dengan memek muka risau.
"Aku ok jelah Adli. Kau takyah risaulah cuma dada aku tiba-tiba gatal tadi tu yang aku pegang dada aku tadi"bohong Aiden dengan suara mendatar sesekali dia melihat Aina yang ketawa di hujung sana selang tiga meja berhampiran Aiden.
Kenapa aku rasa macam ada orang perhatikan aku dari tadi. Tapi mustahillah ada orang perhatikan aku. mungkin dia tengok orang lain tu Aina menyedapkan hatinya. Dalam hatinya dia beristighfar supaya dijauhkan perkara buruk dari berlaku.
"Adik kenapa ni dari tadi abang tengok adik termenung je. Apa yang adik fikirkan cuba bagitau abang? Tanya Iqbal dengan nada lembut sambil meletakkan tangannya pada dahi adiknya.
"Adik tak demamlah bang. Adik sihat walafiat je sekarang ni abang. Abang janganlah risau." Aina memegang tangan abangnya sambil mencubit pipi abangnya begitu manja sekali Aina dengan abangnya.
Tapi orang disana sudah berapi-api mengutuk abang Aina sehingga dia menggumpal penumbuk kerana terlalu geram dengan abang Aina.
"Kenapa kau pegang tangan jantan tu bodoh? Kau sepatutnya pegang tangan akulah bodoh. Kau memang sengajakan menaikkan amarah aku kan? Takpe nanti aku bagi surprised dekat kau. Kejutan yang kau sendiri akan terkejut monolog Aiden dengan senyuman jahat dalam hati.
"Aku balik dulu apa-apa kau call aku. Ni duit untuk bayar makanan kau sekali dengan upah kerja kau" Aiden terus
Meninggalkan Adli selepas meletakkan sampul surat berisi duit di atas meja."Abang mama dengan papa mana? Dari tadi adik tak nampak pun? Aina bertanya sambil mengunyah kerepok keping.
"Abang lupalah nak cakpa dekat adik. Sebenarnya mama dengan papa tak jadi nak join kita berdua sebab mama dengan papa pergi Bali sebab urusan penting" abang minta maaf tau sebab tak bagitau adik awal-awal. Nasib baik adik tanya tadi.
"Malas kawan dengan mama dengan papa tadi janji nak berkumpul dekat sini ramai-ramai last-last tak jadi pulak. Dahlah tak ajak adik sekali pergi Bali" aku memeluk tubuh sambil membuat muka sedih kerana ditinggalkan oleh mama dengan papa.
Adik janganlah sedih macam ni. Sedih hati abang tau tengok adik sedih macam ni abangku memujukku seperti budak kecil yang menginginkan gula-gula getah.
"Kalau abang nak adik gembira balik adik nak abang buatkan kek yang special untuk adik boleh tak abang? Aku bertanya.
"Apa saja untuk adik abang yang busuk ni. Tapi kita balik dulu tau baru abang boleh buatkan kek tu" kata abangku.
"Habistu apa lagi kita buat dekat sini? Jomlah balik abang."tanyaku pada abangku.
"Jom Dik! Tapi sebelum tu adik tunggu dekat luar dulu erk sebab abang nak pegi tandas kejap"pesan abangku.
"Alright abang"balasku dengan sengihan.
Kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Macam sesuatu akan terjadi je. Daripada aku fikirkan semua ni baik aku jalan cepat sampai dekat parking kereta dahlah dekat situ sunyi takde orang.
Apabila aku semakin hampir dengan tempat parking kereta tiba-tiba mulutku ditekup dari belakang oleh seseorang sehingga aku kehilangan nafas kerana terbau klorofom dan aku pun pengsan tidak sedarkan diri.
End flashback....
YOU ARE READING
Hak Milik Tuan Aiden
Romancebila kau masuk dalam dunia aku kau tak boleh keluar dari sini kalau kau keluar jugak maksudnya kau telah buat setan terjaga dari tidurnya... Disebabkan ibu bapa yang dia sayang dia terpaksa mengorbankan dirinya dengan memilih tinggal dengan se...