BAB 11

7.8K 313 63
                                        

Tanpa mereka sedari seseorang sedang memerhati kelakuan mereka dengan kemarahan yang meluap-luap. Cemburu yang terbit di dalam hati menambahkan lagi kemarahan dalam hati Ammar. Ammar menggengam kuat kedua tangannya sehingga merah tangannya.

"Dekat mana kaki kau yang sakit? Meh aku nak tengok" Tanya Aiden pada Aina dan tanpa segan silu Aiden menyentuh kaki Aina lalu membelek-belek kaki Aina mencari dimana tempat yang sakit.

"Auch!" Aina mengaduh kuat lalu mengigit kuat bibirnya kerana terlalu sakit. Serasa ingin menangis Aina kerana kakinya terlalu sakit.

Dengar saja Aina mengaduh terus Aiden melarikan tangannya yang menyentuh kaki Aina tadi.

"Sakit sangat ke?" Aiden dengan nada risau bertanya. Mimik mukanya sempat dikawal habis-habisan supaya Aina tidak perasaan kerisauan yang bertandang di dalam hati Aiden.

Aina hanya mengangguk menandakan terlalu sakit kakinya yang jatuh tadi. Tak mampu Aina untuk bersuara kerana kakinya terlalu sakit. Urat sendinya serasa lemah saja.

Baru saja Aiden ingin memapah Aina tiba-tiba tangan Aiden direntap dari belakang. Mencerlung mata Aiden apabila melihat Ammar yang merentap tangannya tadi.

''Kau ni apahal!" Dengan lantang Aiden bertanya pada Ammar. Bergema banglo itu dengan suara lantang Aiden. Muka Aiden pun sudah bertukar warna merah.

Ammar hanya membuat mimik muka selamba melihat muka Aiden yang bertukar merah itu tanpa merasa gerun.

Muka selamba Ammar yang terpapar di hadapan Aiden membangkitkan kemarahan dalam hati Aiden. Aiden menggumpal penumbuk dengan kuat menandakan perasaannya begitu marah ketika ini. Aiden cuba menyabarkan dirinya dengan memejam rapat kedua matanya. Baru saja Aiden ketenangan menyapa diri Aiden tiba-tiba kemarahan itu kembali lagi apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh kawannya itu.

"Kenapa tak nak tumbuk ke muka aku ni? Ke kau tak berani?" Dengan riak selamba Ammar menyimbah api yang sedia menyala tadi.

Mata yang terpejam tadi automatik terbuka kembali. tangan yang digenggam kembali terbuka. Mata Aiden bukan lagi biru malah bertukar warna hitam. Bibir diketap kuat membuktikan bertapa marahnya Aiden sekarang.

Aina yang menyedari mata Aiden bertukar warna itu bagai hilang kata. Buntu Aina untuk menghalang pergaduhan mulut yang tiba-tiba berlaku di depannya ini.

"Awak balikla" halau Aina dengan nada berbisik supaya Aiden tidak mendengar apa yang dikatakan oleh nya. Aina takut jika lelaki di hadapannya ini diapa-apakan oleh Aiden. Lagipun mata Aiden berwarna lain daripada Aina lihat sebelum ini. Aina dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku nanti.

Bisikkan Aina itu tidak dihiraukan oleh Ammar. Ammar menghampiri Aiden lalu berbisik sesuatu yang hanya didengari oleh Aiden dan dirinya saja. Kata-kata itu benar-benar menaikkan lagi kemarahan Aiden.

Aiden dengan penuh kemarahan terus menghentakkan kepalanya dengan kepala Ammar dengan kuat kerana terlalu marah dengan bisikan Ammar itu. Tidak cukup dengan itu Aiden menumbuk bertubi- tubi perut Ammar dengan sekuat hatinya sehingga terhambur darah keluar dari mulut Ammar.

Terkejut bercampur takut Aina apabila melihat darah yang keluar dari mulut Ammar. Aina menekup mulutnya dengan air matanya setia menuruni pipi mulusnya. Aina tidak pernah menghadapi situasi begini. Apakah ini sifat sebenar Aiden yang sebenar? Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Aina tidak dapat membendung rasa takut dan sedih yang menguasai dirnya sekarang. Perasaan itu bercampur baur menjadi satu.

"Stop Aiden!" Tempik Aina dengan kuat untuk meleraikan pergaduhan itu. Tetapi tempikan Aina tidak membuahkan hasil apabila Aiden terus-terusan memukul Ammar. Menggigil tangan Aina apabila Aiden menyepak Ammar yang kelihatan seperti nyawa-nyawa ikan itu.

Aina buntu untuk memikirkan apa lagi cara yang harus Aina lakukan untuk menghentikan perbuatan Aiden itu. Jatuh kasihan Aina pada lelaki yang dipukul oleh Aiden itu.

'Ya Allah maafkaan aku. Aku terpaksa buat benda ni demi nyawa lelaki itu'

Aina menangis untuk kali kedua lalu dengan penuh kekuatan yang Aina  kumpulkan Aina cuba untuk bangun dari duduknya itu. Tanpa menghiraukan kakinya yang semakin sakit apabila menyentuh lantai Aina tetap menguatkan dirinya. Dahi Aina berkerut menahan sakit yang teramat apabila kakinya menyentuh lantai untuk kali ketiga.' Kau kuat Aina! Kau kuat Aina' Aina memberi kata-kata semangat pada dirinya sendiri.

Dengan linangan airmata Aina melangkah merapati Aiden lalu dengan penuh keterpaksaan Aina memeluk Aiden dari belakang. Air matanya tak henti-henti menuruni lekuk pipinya. Air mata itu dibiar tanpa dikesat. Aiden yang bagaikan dirasuk syaitan itu ditenangkan. Dipeluk kuat Aiden supaya Aiden tidak dapat memukul Ammar lagi. Anggota Aina yang semakin lemah tidak dihiraukan Aina tetap mengagahkan dirinya demi nyawa lelaki dihadapannya itu.

"Lepaskan akulah! Aku nak bunuh lelaki bodoh ni! Bagi dia mampus terus!" Aiden cuba merungkaikan pelukan Aina tetapi tak boleh apabila Aina terlalu erat memeluknya.

"J-jangan awak... tsk..J-jangan pukul dia. T-tolongla demi s-saya" dengan gagap bercampur dengan kelembutan Aina memujuk Aiden dengan selangi tangisan yang tidak putus-putus. Tidak dihiraukan kakinya yang semakin lemah itu.

Kemarahan Aiden bagaikan disimbah air sejuk apabila mendengar kata-kata lembut Aina itu. Kemarahan semakin lama semakin surut dengan sendirinya. Aiden memusingkan badannya memandang Aina yang menunduk itu. Dagu Aina diangkat lembut.

"Siapa buat kau menangis ni!" Tegas suara Aiden berbaur kemarahan yang akan naik bila-bila masa saja.

Aina menggeleng lemah kepalanya menjawab persoalan Aiden yang kedengaran seperti ingin marah kembali.

"Dia yang buat kan!? Jawab kalau aku tanya!" Dengan dada turun naik Aiden bertanya. Mencerlung mata Aiden memandang Ammar yang kelihatan lemah di atas lantai marmar itu.

"Kau memang nak kena!"

Baru saja Aiden ingin menyepak perut Ammar sekali lagi tetapi pelukkan seseorang menghentikan perbuatannya itu.

"J-jangan tolong la awak. Please stop it" rayu Aina pada Aiden. Tergeleng-geleng kepala Aina apabila Aiden ingin memukul Ammar lagi.

"Tapi jantan tu yang buat kau menangis!" Bentak Aiden dengan jarinya keras menunding ke arah Ammar.

"Tak b-bukan dia. S-saya tak menangis pun" Aina mengesat air matanya kasar supaya Aiden mempercayai kata-katanya. Aina berpura-pura mengukir senyuman manis buat Aiden. Tangan Aina setia memeluk Aiden agar Aiden tidak boleh bergerak.

Aiden yang mula percaya kata-kata Aina itu terus memeluk erat Aina bagai tak nak lepas. Mata Aiden pun kelihatan sudah bertukar warna menjadi warna biru. Aina sempat menghembuskan nafas lega apabila keadaan Aiden sudah normal seperti biasa.
'Aku tak nak kehilangan kau Aina' bisik Aiden perlahan. dagunya diletakkan lembut pada kepala Aina. Terbuai Aiden dengan haruman syampu yang dipakai oleh Aina.

Aina hanya membiarkan kelakuan Aiden itu tanpa marahkan Aiden. Biar lah Aiden tenang dahulu. Aina tak mahu Aiden bertukar jadi seorang yang menakutkan seperti tadi cukuplah kejadian tadi terbayang di matanya. Sungguh Aina takut jika kejadian tadi berlaku lagi. Aina masih tertanya-tanya dengan dirinya sendiri. Aiden ada cakap apa-apa ke dekat dia tadi? Lagipun Aina dengar macam ada sesuatu yang dikatakan oleh Aiden tapi tak beberapa jelas sangat.

'Aduh! Kenapa dengan kepala aku ni?' Kepala Aina tiba-tiba sakit sehingga Aiden yang berada di hadapannya sekarang pun terasa ada dua. Badan Aina bagaikan ingin rebah ke lantai. Nasib baik Aiden sempat memaut badan Aina kalau tak memang Aina  jatuhlah jawabnya. Pandangan mata Aina makin lama making kelam dan semuanya menjadi gelap.

Hi guys😘

I want to know, What your reaction when you read my story?

Excited😆
Happy😊

Or anything else??

Love you guys😘


Hak Milik Tuan AidenTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang