BAB 2

15.9K 324 3
                                    

Aku menekan-nekan alat kawalan jauh itu dengan kuat. Semua siaran membosankan bagi aku dan membuatkan aku mengantuk. "Bosannya aku duduk sini,Harap rumah je besar tapi tak ada apa-apapun! Dah lah coklat kegemaran aku takde dekat sini. Alamak matilah aku harini sebab coklat tu takde!" Aku berkata sayu sambil menghela nafas berat." Tapi ada ke orang mati sebab tak boleh makan coklat"? Tanyaku lagi dalam hati. "Lantaklah yang penting sekarang aku nak coklat......."aku meleretkan suaraku menandakan aku terlalu menginginkan coklat itu sekarang. Aku termenung memikirkan bila aku boleh makan coklat yang aku suka itu sebab mustahil bagi aku boleh makan coklat tu sebab akukan dikurung. mataku tiba-tiba memberat kerana terlalu banyak berfikir dan akhirnya aku tertidur di ruang tamu dengan fikiran yang penuh dengan coklat.

Aik? Asal gelap sangat kondo aku ni? Bukan aina ke ada dalam kondo aku ni? Asal dia tak bukak lampu? Monolog aku dalam hati dengan penuh tanda tanya. Jangan-jangan ada orang culik Aina dan bawak Aina lari? pucat mukaku memikirkan jika betul firasat hatiku itu. Aku kelam kabut masuk ke dalam rumah mencari Aina. Ainaaaa......ainaaa kau dekat mana? Aku mencari di seluruh bilik termasuklah bilikku sendiri tetapi batang tubuh aina pun aku tak nampak. Aina kau dekat mana Aina? kau jangan tinggalkan aku. Aku sayang kau Aina dan aku tak nak kehilangan kau. tanpa Aiden sedar mutiara jernih keluar di celah matanya itu kerana terlalu takut kehilangan Aina.

Tiba-tiba pandangan mata Aiden ternampak tubuh seseorang yang dia kenali sedang tidur di ruang tamu. Aiden melangkah perlahan ke ruang tamu dan alangkah terkejutnya apabila mengetahui yang sedang tidur itu perempuan yang dia cari! Aiden ketawa dengan perlakuannya tadi yang mencari-cari Aina bagai orang gila padahal Aina tidur dekat ruang tamu je tapi salah dia jugak sebab meluru masuk dalam rumah tanpa tengok kiri dan kanan.

Aina....Aina kau tahu tak betapa risaunya aku bila aku nampak kau takde dalam semua bilik yang aku cari. kau ni sajakan nak bagi aku risau gumamku dalam hati. kalau Aina dengar aku cakap macam ni konfem dia gelakkan aku.

Aku melabuhkan punggungku di bawah lantai
sambil merenung wajah lembut perempuan yang sudah bertakhta di hatiku.
Aku tak tahu bila perasaan ni hadir tapi yang pasti aku takut kehilangan dia apatah lagi muka dia mengingatkan aku kepada ibu. Semakin aku membenci dia semakin bercambah pula sayang aku terhadap dia.

"Kenapa aku rasa macam ada orang tenung aku erk?
Baik aku pura-pura bangun tidur"gumam Aku dalam hati. Yeah idea yang bernas Aina. Aku berpura-pura menguap sambil menggosok kedua belah mataku dan berpura-pura mamai seperti orang baru bangun tidur. "Eh! Bila awak ada dekat sini?" Kataku lembut seperti orang mamai padahal aku tengah terkejut sekarang sebab dia ada di depan mata aku lepastu boleh pulak dia tenung aku bagai nak telan. Aku ingatkan hantu mana. meremang pulak bulu roma aku dengan pandangan dia.

Aku yang baru menyedari keterlanjuran diriku yang merenung aina tidak lepas itu terus berkata "aku baru je duduk sini. Sebenarnya aku nak kejutkan kau tapi kau pulak dah bangun jadi aku tak jadilah nak kejut kau" bohongku kepada Aina sebab terkantoi aku tenung muka dia. aduh! Kenapalah kau malukan diri kau sendiri Aiden"marahku kepada diriku sendiri dalam hati sambil menahan malu.

"Eh! Asal muka awak merah tu?" Aku bagaikan ingin tergelak melihat muka putih Aiden bertukar kemerahan kerana menahan malu. terkantoilah tu tenung muka aku. Aku ketawa jahat dalam hati.

Aku menutup mukaku dengan kedua belah tanganku sambil berkata"aku naik atas dulu sebab aku nak mandi. Melekit dah badan aku tapi aku nak pesan dekat kau yang malam esok aku nak kau bersiap cantik-cantik sebab aku nak bawak kau pergi party" sambungku lagi lalu kelam kabut menaiki tangga kerana tak sanggup menahan malu padahal dia nak lari dari disakat oleh Aina.

"Tapi awak comellah muka merah macam tu sampai telinga awak pun naik merah jugak" aku laung dari bawah. pasti muka dia semakin merah sebab aku sakat dia Aku ketawa terbahak-bahak mengingati muka Aiden tadi.

"Dahlah tu menangis sayang.
Insha allah nanti anak kita jumpalah tu kitakan dah report polis "kata Datuk Jamal kepada isterinya yang menangis teresak-esak tu sambil menggosok belakang badan isterinya itu.

Tapi abang, sayang rindu dekat anak kita tu. Dahlah kita ada anak sorang tu je kalau jadi apa-apa dekat Aina macam mana bang!? Kata datin mahani dengan sayu.

"Kita doakan jelah yang baik-baik buat Aina. Abang percaya Aina baik-baik dekat sana kata datuk Jamal lebih kepada memujuk isterinya. Kemana kau menghilang nak? Rintih hati datuk Jamal sayu.

Bab seterusnya flashback pulak macam mana Aina boleh jumpa dengan Aiden dan flashback macam mana Aina diculik oleh Aiden.

#sorry kalau ad typo
#jgn kecam cite sy

Hak Milik Tuan AidenWhere stories live. Discover now