BAB 13

13.2K 379 184
                                        

Wad nombor 369 dipandang dengan hati yang serba salah. Diraup kasar wajahnya, Ditarik nafas lalu dihembus kasar. Aiden memulas tombol pintu wad Aina. Masuk saja Aiden ke dalam wad Aina terus deria matanya tertangkap susuk tubuh Aina yang masih belum sedarkan diri itu. Dengan penuh kesakitan yang mencengkam dalam hati. Aiden menguatkan dirinya memandang lama wajah Aina yang begitu lemah kerana dirinya . semua ini takkan berlaku jika dia mengawal kemarahannya tadi. Perasaan bersalah bertimpa-timpa dirasai di dalam hatinya. Aina yang elok terbaring di atas katil itu dipandang sekali lagi sehinggalah retina matanya tertumpu pada kaki Aina yang sudah dibalut itu. keluhan berat dilepaskan dari bibir Aiden. Sebelum Aiden menundukkan kepalanya.

"Aina maafkaan aku sebab aku tak boleh kawal marah aku tadi. T-tapi sumpah! A-aku tak sengaja marah macam tu. Tu memang salah satu sifat aku yang semulajadi yang tak boleh dikawal. Aku tak boleh kawal kemarahan aku kecuali... " Aiden menghentikan percakapannya sebentar sebelum menyambung lagi ayat yang tergantung tadi.

"kau."  Aiden tersenyum apabila menuturkan ungkapan itu. Aiden mencapai tangan Aina lalu dikucup lembut bertapa kasihnya dia pada gadis di hadapannya ini. Tangan kanan Aina disulam bersama dengan tangan besarnya. Digenggam erat bagai tak nak lepas tangan kecil Aina. Aiden menyambung lagi ayatnya.

"Kau je yang dapat hentikan kemarahan aku, seadaanya kau tak ada tadi dan seadaanya kau tak peluk aku, mungkin aku dah bunuh kawan aku sampai nyawa ikan. Tapi disebabkan kau! Aku tak bunuh kawan aku. Kau yang menyelamatkan nyawa kawan aku Aina. Tapi aku takkan biarkan kawan aku hidup. aku akan tetap dengan prinsip aku yang aku akan bunuh siapa saja yang mencari pasal dengan aku! " kedengaran sedikit tegang suara Aiden semasa menuturkan kata itu.

Aiden memejamkan matanya sekejap lalu mengeratkan lagi genggam tangannya itu. Dipandang mata Aina yang tertutup itu berharap dapat memberi kekuatan untuknya supaya memberitahu hal sebenar mengapa dia memukul kawannya sebegitu.

"Sebenarnya.....Tadi Ammar ada berbisik dengan aku. Dia tuduh kau......" Aiden mengeluh lemah. Diraup mukanya kasar menggunakan tangan kirinya. Ditarik nafas lalu dihembus lembut mengumpulkan kekuatan untuk menyambung kata lagi.

"D-dia cakap kau perempuan kotor yang dah tiada apa-apa. Dia cakap lagi kau hanya perempuan sampah yang patut dibuang bukan untuk disimpan" Aiden akhirnya meluahkan segalanya yang dibisik oleh Ammar tadi. Hatinya yang panas tiba-tiba disejukkan secepat mungkin supaya marahnya tidak berkelanjutan. Marah pada Ammar masih bersisa tapi tidak mengapa jika dia membiarkan dahulu Ammar berada di tempat rahsianya. Ada 'something special' untuk Ammar yang akan diberi olehnya nanti. Tunggu saja. Aiden tersenyum sinis apabila memikirkan rancangan buruknya pada kawannya nanti.

Bunyi tangisan seseorang yang hampir dengannya membuatkan lamunannya terhenti buat seketika. Dilihat air mata Aina turun lebat di lekuk pipi Aina dengan mata yang masih tertutup rapat. Tersedu-sedan Aina menangis menggamit rasa serba salah dalam diri Aiden. 'Aina dengar ke apa yang dia cakap tadi.' Monolog Aiden dalam hati.

Aiden bangun dari duduknya lalu menghampiri Aina. Airmata Aina dikesat lembut. Ditepuk perlahan bahu Aina supaya tangisan itu reda tapi lain pula yang jadi makin menangis ada lah si Aina apabila bahunya ditepuk.

"Kau dengar ke apa yang aku cakap tadi?" Aiden bertanya pada Aina.

Aina mengangguk mengiyakan pertanyaan Aiden itu. Sayu hati Aina apabila dikatakan sebegitu oleh kawan Aiden. Kotor sangatkah dia? Jahat sangat ke dia sebagai seorang muslimah perempuan sehingga dikutuk sebegitu? Dirinya ada maruah dan ada perasaan. Hati perempuan mana yang tak marah dan sedih apabila dikatakan sebegitu.

"Dah-dah jangan menangis macam ni. Kan banjir hospital ni dengan air mata kau." Kata Aiden yang cuba membuat lawak supaya Aina ketawa.

Aina ketawa kecil mendengar lawak Aiden itu. Kesedihannya tadi hilang seketika apabila mendengar lawak Aiden yang tak seberapa lawak itu.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 29, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Hak Milik Tuan AidenTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang