BAB 10

8.6K 267 37
                                        

Sinar matahari menganggu tidur Aiden. Buka saja mata terus retina matanya ternampak Aina di hadapannya. Aiden tersenyum sendiri melihat wajah Aina yang sedang lena dibuai mimpi itu.

"Kau ni comel lah! Buat aku geram je dengan kau ni" Aiden mencubit pipi Aina yang bulat seperti pau it. Aiden mengambil tuala pada dahi Aina lalu diletakkan di dalam besen di atas meja bersebelahan tempat Aiden tidur. Aiden pun tak tahu Bila dia terlelap di tepi Aina. Sedar-sedar dia sudah berada di atas katil bersama Aina. Aiden melekapkan tangannya pada dahi Aina lalu mendecit perlahan apabila merasa suhu pada dahi Aina yang masih panas.

"Ish Kau demam lagi ni Aina. Kau ni pun satu. aku ajak kau pergi klinik kau tak nak. Kau degil! Ikut sangat keras kepala kau tu" Aiden membebel dengan panjangnya. Nasib baik Aina tengah tidur sekarang kalau tak memang cairlah jawabnya tahi telinga Aina.

Aiden yang sememangnya risau keadaan Aina yang masih demam itu terus bergegas ingin membawa Aina pergi ke klinik. Baru saja Aiden ingin mencempung Aina tetapi suara seseorang sedang meracau menghentikan perlakuannya itu Aiden terdengar suara Aina seperti meracau dan menyebut nama seseorang. Aiden mendekatkan telinganya pada muka Aina untuk mendengar apa yang diracau oleh Aina.

"Hareez Aina nak hareez.....hareez..." Aina terus-terusan meracau menyebut-nyebut nama abangnya dengan tangan Aina Seperti ingin mencapai sesuatu.

Aiden yang mendengar nama lelaki lain yang disebut oleh Aina menyebabkan hatinya tersentap sekaligus menyebabkan hati Aiden sakit. Aiden menggempal penumbuk dengan penuh kemarahan sehingga tangannya pun menjadi warna merah kerana terlalu kuat Aiden menggempal tangannya. 'Baik aku pergi dari sini sebelum aku hilang kawalan dan buat sesuatu pada Aina. Aku harus tenangkan diri aku' monolog Aiden dalam hati.

Baru saja Aiden ingin keluar dari biliknya tiba-tiba tangannya dicapai oleh Aina lalu Aina mengenggam erat tangan Aiden.

Aiden yang melihat kelakuan spontan Aina itu terkejut tetapi tidak lama kemudian senyuman yang menggantikan tempat dibibirnya. Jantung Aiden tak usah cakap berdegup bagaikan Aiden berlari marathon tadi.

"Jangan tinggalkan Aina...." Racau Aina lagi.

Aiden yang mendengar kata-kata Aina itu tersenyum sampai ke telinga. Marahnya tadi bagaikan hilang disimbah air sejuk. Aiden dengan perlahan membaringkan badannya bersebelahan Aina. Air mata di pipi Aina dikesat lalu dahi Aina dikucup lembut oleh Aiden. Aiden merapatkan dirinya pada tubuh Aina lalu dengan lembut Aiden  berkata.

"Don't worry dear, I will always beside you. Sleep tight and sweet dream dear" dengan penuh lembut Aiden menuturkan kata di tepi telinga Aina yang diselaputi tudung itu. Aiden mencuit lembut hidung Aina lalu pipi Aina dicium sekilas.

"Pandai kau pujuk aku erk?  Ni buat aku makin sayang kau ni" Aiden tersenyum apabila menuturkan kata itu.

Aiden meliarkan matanya memandang keindahan di depan matanya itu. Aiden merenung dari mata hinggalah akhir sekali bibir Aina. Bibir yang merah merekah bak delima yang sering menarik perhatiannya untuk merasa kelembutan bibir itu.

Tangan kanan Aiden mengusap lembut bibir Aina yang merah itu. Aina yang
merasa tidurnya terganggu terus merengek seperti anak kecil.

Aiden ketawa kecil mendengar rengekan Aina itu. Manja je suara dia sampai berkerut habis muka dia bila aku ganggu tidur.

Hak Milik Tuan AidenTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang