BAB 7

9.7K 278 27
                                    

Bergema bunyi muzik di dalam party itu. Sehinggakan bingit telinganya mendengar muzik-muzik itu. Aina meliarkan matanya memandang tetamu yang hadir dalam party itu. Kebanyakan tetamu yang hadir di situ memakai pakaian yang tak cukup kain berbeza dengan diri Aina yang menutup seluruh tubuhnya. Aina menilik dirinya. Terasa ganjil pula berada dalam party ini. Aina menarik sedikit kot Aiden untuk menarik perhatian Aiden mendengar apa yang dia ingin ucapkan.

"Awak.......saya nak duduk dekat luar boleh tak? Lagipun kehadiran saya dekat sini bukan penting kan?" Tanya Aina lalu menundukkan kepalanya memandang lantai.

"Kau tak payah nak mengadalah nak duduk luar bagai. Aku ajak kau datang sini bukan suruh kau duduk luar tapi aku ajak kau datang sini sebab nak kenalkan kau dengan kawan aku" jawab Aiden lalu mengheret kasar Aina ke dalam bilik yang menempatkan Ammar berada sekarang.

"Awak apa ni lepaslah! Tak payahlah nak heret-heret saya! Saya tahulah nak jalan macam mana" Aina memukul tangan Aiden yang memegang tangannya itu menggunakan sebelah tangannya yang satu lagi. Suka hati dia je nak pegang tangan orang. Dia ingat aku anak patung ke apa? Main heret-heret pulak! Monolog Aina dalam hati.

Aiden tidak menghiraukan tangan Aina yang memukulnya itu. Tapi boleh tahan jugak dia pukul aku terasa pedih sikit tangan aku bila dia pukul. Tak padan dengan tangan kecik! Bila pukul orang berbisa. Aiden menguak kasar pintu bilik Ammar itu.

DENG!!!

Bunyi hempasan pintu yang kuat itu menyedarkan Tasha dan Ammar yang berasrama dalam bilik itu. Ammar berdehem beberapa kali sebelum membuntangkan semula bajunya yang terbuka luas kerana berasrama dengan Tasha tadi.

Terpejam rapat mata Aina melihat free show yang murah itu manakala Aiden hanya beriak biasa. Aiden dah biasa tengok semua tu. Lagipun dia kan kaki perempuan jugak tapi bila Aina ada ni Aiden jadi insaf nak buat macam tu. Mungkin sebab Aiden sudah sayangkan Aina .

"Awak saya keluar dulu tau"kata Aina lalu kelam kabut memulas tombol pintu bilik Ammar itu tanpa sempat Aiden menahan Aina keluar.

Ammar tergamam melihat perempuan yang keluar tadi persis bidadari. Jantungnya berdegup bagaikan dia sedang berlari marathon tadi. Ammar memegang dadanya. Apa yang aku rasa ni?

Tasha pula hanya beriak selamba apabila ditangkap oleh Aiden dan Aina ketika berasrama tadi. Dia membetulkan bajunya yang kelihatan serabut itu dan terus keluar dari bilik Ammar dengan sengaja melanggar bahu Aiden untuk menggoda dengan sengaja melenggokan badannya ketika berjalan sempat Tasha mengenyitkan mata pada Aiden sebelum menutup pintu bilik Ammar itu.

************************

Aina berdiri menunggu Aiden di hadapan kolam renang itu dengan mimik muka yang bosan. Bukan dia minat tempat macam ni tapi disebabkan si Aiden paksa Aina datang sini. Maka terpaksalah dia berada dekat sini.

"Ma,pa Aina harap sangat Aiden faham perassaan Aina sekarang ni" kata Aina lalu mendongak melihat langit membayangkan muka papa dan mamanya berada di langit biru yang semakin gelap itu. Mungkin hujan akan turun sebentar lagi.

"Kau ada simpan perasaan ke dekat Aiden?" Tanya Tasha yang tiba-tiba berdiri di sebelah Aina itu.

"Eh, bukan awak ke perempuan yang ada dalam bilik lelaki tu tadi? Tanya Aina lalu menunding jari ke arah Tasha.

Perempuan itu menepis jari Aina lalu berkata "Hey perempuan kau jangan sibuk hal akulah! Suka hati akulah nak buat apapun dengan lelaki tadi. Suka betul menyibuk hal orang! Aku tanya kau sekarang ni! Kau ada hati ke dekat si Aiden tu!?" Kasar Tasha bertanya lalu menepis jari Aina dengan kasar.

Terkejut Aina apabila jarinya ditepis oleh Tasha. Aina menggeleng kepalanya menandakan dia tidak mempunyai perasan terhadap Aiden.

"Awak saya tak suka pun dekat Aiden malahan saya tak pernah terfikir untuk mencintai dia. Kenapa awak tanya saya macam tu?" Tanya Aina dengan tanda tanya sehingga berkerut dahinya.

Hak Milik Tuan AidenWhere stories live. Discover now