BAB 9

9.5K 266 37
                                        

Aina hanya termenung di sebalik cermin lut sinar yang menampakkan semua bandar yang serba canggih sekarang. Pengawal yang berjalan sini sana mengawasi kawasan rumah banglo itu ditenung dengan penuh kemarahan. Marah disebabkan Aina tidak dapat keluar disebabkan pengawal-pengawal itu. sekali lagi Aina termenung Termenung memikirkan dirinya yang malang kerana dikurung disini. Dirinya yang masih lemah tidak dihiraukan. Sesekali Aina memegang kepalanya yang pening itu. Badannya bagaikan terasa panas dan suhu di dalam bilik ini bagaikan sejuk seperti dirinya berada di salji. Baru saja niatnya ingin larikan diri dari banglo mewah ini tetapi hampa apabila banglo mewah ini dikawal ketat di bawah pengawal yang memiliki senjata yang merbahaya seperti pistol yang sentiasa dipegang apabila mengawasi semua tempat. Pintu pula siap dikunci semua. Di dalam biliknya semua dikhaskan dengan tingkap yang gelap sehingga orang yang berada di luar pun tidak nampak. Habistu bagaimana dia ingin keluar jika dia dikawal sebegitu rupa? Jika dia keluar tidak mustahil jika tiada lelaki yang berjaga di sebalik pintu itu. Aina mengeluh berat memikirkan semua itu. Dirinya juga masih trauma kerana lemas tadi.

"Kau buat apa tu? Kenapa ni? Mengelamun je kau dah sihat ke belum" terjah Aiden lalu menepuk lembut bahu Aina dari belakang. Aina yang sedang mengelamun pun tersentak apabila diterjah begitu sehingga terlatah dirinya.

"Opocot mak kau" latah Aina dari belakang sambil mengusap-gusap dadanya yang berlapikkan tudung itu dengan lembut kerana terlalu terkejut.

Aina memusingkan badannya lalu memarahi Aiden dengan suara yang lemah kerana dirinya bagaikan ingin rebah sekarang. Pening kepalanya juga tiba-tiba menyerang sehingga berkerut mukanya menahan sakit.

"Awak ni kenapa hah! Terkejut saya tahu tak!?" Marah Aina kepada Aiden tetapi suaranya hanya perlahan kerana Aina sememangnya kekurangan tenaga sekarang. Lagipun kepalanya terasa semakin pening sekarang. Aina memegang kepalanya lalu mengurut-ngurut kepalanya supaya pening kepalanya hilang tetapi pening kepalanya semakin kuat berkerut muka Aina menahan sakit sehingga dikulit rambutnya pun terasa. Aiden di hadapannya kelihatan begitu banyak. Baru saja Aina ingin melangkah tiba-tiba Aina bagaikan ingin rebah nasib baik Aiden sempat menyambut Aina yang kelihatan seperti ingin tumbang itu. Badan Aina dipeluk erat supaya tidak tumbang lagi.

"K-kenapa ni Aina? Kau ok tak ni?" Tanya Aiden tergagap-gagap. Tergugut imannya apabila Aina begitu rapat dengannya. Nafasnya bagaikan tersekat dicelah kerongkongnya. Hati yang berdebar ditenangkan dengan menarik nafas berkali-kali. Diingatkan berkali-kali dirinya yang Aina tengah sakit supaya tidak mengikut hawa nafsu yang ingin menerkam Aina.

"T-takpe saya ok je. Dahlah tu peluk saya. Saya ok takde apa-apa. Lagipun tak eloklah kedudukan kita macam ni" Aina menjawab dengan bibir yang terketar-ketar kerana merasa begitu sejuk. Mata Aina terpejam rapat. Dada Aiden ditolak kuat

"Mulut tu boleh diam tak? Asyik berceloteh je mulut tu. Suka hati akulah nak peluk cium kau ke lagipun kau tu milik aku hak aku.Baik kita pergi klinik sekarang daripada aku tengok kau sakit macam ni. Lagipun badan kau ni panas sangat ni" tangan kanan Aiden memeluk pinggang Aina manakala tangan kirinya pula setia melekap di dahi Aina yang panas itu.

Aina menolak-nolak dada Aiden supaya dapat menjarakkan tubuhnya dengan tubuh Aiden. Tetapi hampa kerana tubuh Aiden tetap melekat dengannya.

"T-tak nak! Saya tak nak pergi klinik! Kalau awak nak pergi awak pergilah sorang-sorang! Saya tak nak pergi titik." Kata Aina dengan geram sekali. Geram dengan lelaki di hadapannya yang suka memaksanya itu.

"Kau tak payah nak mengada erk. Kalau aku suruh kau pergi klinik tu pergi jelah! Susah sangat ke nak dengar cakap aku hah!" Marah Aiden dengan matanya mencerlung pada Aina

Tersebik Aina apabila dimarahi oleh Aiden. Aina menundukkan kepalanya supaya Aiden tidak nampak dirinya yang menangis itu. Sedaya upaya dirinya menahan tangisannya supaya tidak menghasilkan bunyi.

Hak Milik Tuan AidenCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang