Flashback
Cuaca hari ini kelihatan mendung mungkin hujan akan turun sebentar lagi. Aku menunggu bas di perhentian bas dengan makanan yang penuh di tangan "Menyesalnya aku beli semua makanan ni. Kalau aku tahu banyak macam ni kena bawak memang taklah aku nak beli banyak macam ni" Aku merungut dengan mulut terkumat-kamit memarahi diri sendiri. Tiba-tiba mataku tertancap seorang budak perempuan meminta sedekah dengan baju usang dan koyak di bahu aku memandang budak itu dengan hati yang sebak dan sayu. Aku memikirkan sesuatu untuk menolong budak perempuan itu. "Macam mana kalau aku bagi semua makanan ni pada dia mungkin boleh ringankan beban dia " aku mengeluarkan idea bernas untuk menolong budak itu.
Aku membuka langkah pergi ke arah budak itu. Apabila aku sudah berada di depan budak itu aku pun menyapa dia"Hai adik. Adik dah makan? Mak ayah adik mana?" Aku bertanya dengan nada lembut. Budak itu menggeleng lemah sebagai tanda belum makan lagi."mak adik ada dekat rumah tengah sakit tenat. Ayah pulak dah takde dekat dunia ni budak itu berkata sayu sambil cuba menahan airmata yang ingin jatuh. Aku yang melihat budak itu terasa sebak dan sedih dengan dugaan yang menimpa budak itu. Bertapa tabahnya seorang budak menjalani kehidupan yang susah sebegini."Adik,akak ada bawakkan makanan buat adik. Akak harap sangat adik terima makanan ni" aku menghulurkan makanan yang aku beli tadi kepada budak itu. Budak itu bagaikan teragak-agak mengambil makanan itu tapi disebabkan aku terus-terusan memaksa. dia pun terpaksa mengambil makanan itu."Terima kasih Kak. Susahkan akak je bagi semua ni"kata budak itu sambil memelukku erat seperti tak nak lepas kerana terharu dengan makanan yang aku bagi dan pada masa yang sama bas telah tiba di hadapanku. "Adik, akak dah nak balik ni. Insha allah lain kali kita jumpa lagi", aku memujuknya sambil menggosok kepalanya lembut. "Janji tau" dia berkata dengan suara yang merayu. Aku mengangguk "ye akak janji" sebelum masuk ke dalam bas aku sempat melambaikan tangan kepadanya sehinggalah bas bergerak menyusuri jalan.
YOU ARE READING
Hak Milik Tuan Aiden
Romancebila kau masuk dalam dunia aku kau tak boleh keluar dari sini kalau kau keluar jugak maksudnya kau telah buat setan terjaga dari tidurnya... Disebabkan ibu bapa yang dia sayang dia terpaksa mengorbankan dirinya dengan memilih tinggal dengan se...