BAB 6

10K 316 30
                                        

Suasana di dalam kereta itu kelihatan sunyi dan hanya kedengaran DJ radio saja berceloteh di dalam radio itu. Sesekali Pak Mat melihat si teruna dengan si dara dari cermin sisi hadapan.

Aina memandang ke luar tingkap dengan fikirannya penuh dengan ibu bapanya. Tanpa Aina sedar setitis airmatanya jatuh di pipi mulusnya. Apa yang mama dengan papa buat sekarang? Sihatkah mereka disana?
Bila aku boleh keluar dari neraka ciptaan Aiden ni asyik kena kurung.

Aiden yang dari tadi memerhati kelakuan Aina yang menarik perhatiannya dari tadi sehingga Aiden ternampak airmata dipipi Aina.

"Wei budak kau apahal menangis bagai macam orang yang dikurung dengan orang jahat je? Anything wrong?" Tanya Aiden dengan perlian yang pedas lalu tersenyum sinis.

Aina yang terasa dengan perlian Aiden terus meluahkan segala yang terbuku dihatinya.

"Memang! Memang saya dikurung! Dikurung oleh orang yang jahat macam awak! Awak tolonglah lepaskan saya. Saya ada mak bapak dekat rumah yang tunggu saya dekat sana. Saya rindukan diorang awak. Sampai bila awak nak kurung saya macam ni? Hah!" Luah Aina senafas dengan nada yang teramat marah pada Aiden. Tak tahukah dia yang aku rindukan keluargaku disana? Sayu Aina di hati

Aiden yang melihat Aina seperti ingin menangis itu terus ketawa terbahak-bahak.

Hahahahahahaha perempuan lemah! Wei pergi mampusla dengan rindu kau tu! Kau jangan mimpilah nak balik dekat keluarga kau sebab aku takkan sesekali lepaskan kau! Kau dengar sini baik-baik aku akan terus kurung kau walau apapun terjadi. Kalau aku dapat tahu kau cuba larikan diri kau aku takkan agak-agak bunuh mak bapak kau!" Ugut Aiden dengan mata mencerlung pada Aina. Menandakan dia terlalu marahkan Aina sehinggakan matanya yang biru tadi bertukar menjadi warna merah.

Aina yang terkejut kerana dimarahi oleh Aiden itu terus memalingkan mukanya di luar tingkap. Dia bencikan Aiden. Dalam masa yang sama dia jugak takutkan mata Aiden yang bertukat merah itu. kenapa dia mesti berjumpa dengan lelaki seperti Aiden. Sungguh dia penat dengan semua ini. Kalau dia tahu jadi macam ni dia takkan pergi restoran tu. Takkan!
Airmata Aina menitis untuk Kali keduanya tapi airmata kalini bukan kerana rindukan ibu bapanya tetapi airmata kerana takut dengan Aiden.

Maafkaan aku Aina,aku terpaksa marah kau dan terpaksa ugut kau macam ni supaya kau tak lari dari aku. Aku nak kau ada disamping aku setiap hari monolog Aiden dalam hati lalu membuka tabnya dan menscroll-scroll ke atas dan ke bawah tanpa sebab walaupun sebenarnya dia tak tengok pun tabnya malah Aiden melihat Aina dengan ekor mata. Seadaanya kau faham hati aku Aina.

Pak Mat yang melihat drama antara Aina dengan Aiden itu hanya berdiam diri saja dari tadi. Pak Mat tak nak masuk campur hal Antara Aiden dengan Aina kerana jika dia mencampuri hal mereka berdua pasti nyawanya dalam bahaya jadi jalan selamat yang Pak Mat ambil hanya berdiam diri walaupun dalam hatinya terbit rasa kasihan kepada Aina.

"Bertabahlah nak"

Hanya enjin kedengaran di dalam kereta itu. Sesekali terdengar sendu Aina yang menahan daripada tangisannya keluar suara.

Aiden yang kesian melihat Aina tersedu-sedan menahan tangisan itu terus menghampiri Aina lalu memeluknya seerat-eratnya.

Aina yang terkejut kerana tiba-tiba Aiden memeluknya terus cuba merungkaikan pelukan Aiden padanya tetapi dibantah keras oleh Aiden.

"Give me five minutes to hugging u. Kalau kau taknak aku peluk kau baik kau diam aku tak nak dengar lagi kau nangis." Kata Aiden lalu mengeratkan lagi pelukannya. Selesanya peluk kau. Kalau macam ni aku nak peluk kau setiap hari ar. Konfem lena aku tidur. monolog Aiden dalam hati.

Aina masih cuba meleraikan pelukan Aiden padanya tapi apalah sangat kudratnya sebagai seorang perempuan. Aina akhirnya mengalah dengan merelakan Aiden memeluknya walaupun dalam hati menyumpah seranah Aiden. Orang tampar baru tau sukahati dia je nak peluk orang. Ingat orang patung dia ke apa?

"Apa peluk-peluk ni saya tak sukalah! Lepaslah saya rimas tau tak? Kita bukan muhrim yang boleh awak buat sesuka hati macam suami isteri! Marah Aina kepada Aiden lalu membuat mimik muka cemberut kerana terlalu marah dengan Aiden. Marah tadi belum surut lagi sekarang ni dia buat pulak aku marah? Dia nak bagi aku mengamuk
Macam hulk ke apa? Monolog Aina dalam hati.

"I don't care dear. I still want to hug you. Even if you like it or no. I like you face like that. So cute like a baby doll" kata Aiden dengan nada mendatar lalu mengetatkan lagi pelukannya pada Aina walaupun Aina sentiasa mencuba melepaskan pelukannya.

"Awak saya dah tak nangis dah. Awak dah lah peluk saya. Lagipun dah habis Lima minit ni kan?" Soal Aina dengan tangannya sibuk menolak dada sasa Aiden.

Aiden yang belum puas lagi memeluk Aina terus mendengus kasar apabila Aina menyuruhnya merungkaikan pelukannya. Aiden mengengsot badannya ke kiri berhampiran tingkap lalu melihat pemandangan di luar tingkap.

"Aku peluk sikit pun tak boleh. Tak luak punlah! Huh! Bukan muhrim konon. pegila! Monolog Aiden dalam hati.

Aina yang melihat Aiden seperti merajuk padanya terus memujuk Aiden. Dia ni sepatutnya aku yang merajuk tapi ni bertukar pulak dia yang merajuk bukan aku.

"Awak merajuk dengan saya ke? Tanya Aina dengan tangan yang sibuk menggulung-gulung tudungnya.

"Mana ada? Aku tak merajuk pun dekat kau. Lagipun memang salah akukan." Kata Aiden lalu memandang tajam Aina.

Aina yang takut dengan panahan mata Aiden terus menundukkan pandangan pada Aiden lalu berkata" saya bukan nak marah awak sesuka hati cuma saya tak sukalah awak pegang saya sesuka hati awak. Awak tahu kan yang kita bukan suami isteri yang ada ikatan perkahwinan. Lainlah kalau kita dah kawin awak nak sentuh ke pegang ke saya tak kesah sebab kitakan dah halal masatu" kata Aina tanpa memikirkan akibat yang dia dapat apabila berkata begitu.

"Termasuk buat anak dengan aku pun kau sanggup?"tanya Aiden dengan nada mendatar.

"Enentahlah" perlahan saja suara Aina menjawab soalan Aiden tadi. Malunya aku. Kau punya pasal lah ni cakap bukan-bukan sangat sampai Aiden pun melalut entah ke mana monolog Aina dalam hati memarahi diri sendiri. Muka Aina menjadi merah kerana terlalu malu dengan Aiden sehinggakan nak tengok muka Aiden pun dia malu.

Aiden curi-curi tengok wajah Aina yang sudah merah menyala itu. Kerana tidak boleh menahan geram dengan kecomelan Aina Aiden terus mencubit pipi Aina sehinggakan terkaku Aina melihat kelakuan Aiden yang mencubitnya itu.

"Apa main cubit-cubit ni? Saya tak sukalah! Dahlah sakit dia cubit orang!" Marah Aina kepada Aiden lalu menggosok-gosok pipinya yang sakit itu.

"Sukahati akulah nak cubit kau pun. Lagipun kau bakal isteri aku jugak nanti."

"Apa aw...." Belum sempat Aina menghabiskan ayatnya Aiden telah memotong percakapannya.

"Kau tak nak turun ke?"tanya Aiden lalu meninggalkan Aina seorang diri di dalam kereta.

Tercengang Aina dengan kelakuan Aiden. Sukahati dia je tinggalkan orang macam ni. Huh! Kalau tau macam ni baik aku balik je dengan Pak Mat tapi kalau aku balik dengan Pak Mat pasti si Aiden tu marah aku nanti.

"Hoi budak cepatlah! Jalan macam siput! Siput pun tak lambat macam kau." Laung Aiden dari jauh.

Aina yang mendengar laungan Aiden terus berlari anak mengikut langkah Aiden. Sebelum Aina pergi ke arah Aiden sempat Aina menasihati Pak Mat supaya membawa kereta berhati-hati.

Hak Milik Tuan AidenTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang