BAB 12

8K 240 30
                                        

Kaki dari tadi mundar-mandir macam cacing kepanasan. Sesekali keluhan berat terhambur dari bibir Aiden. Sekejap-sekejap dia berhenti dan mengigit jarinya. Aiden cuba menenangkan hatinya yang bergelora walaupun cubaannya hanya sia-sia. Penat ke hulur-hilir, Aiden melabuhkan punggung di atas kerusi ruang tempat menunggu pesakit. Mata birunya tajam memandang pintu wad di mana Aina dirawat. Aiden meraup mukanya berkali-kali di dalam hati terlalu berharap supaya Aina tidak ada apa-apa yang teruk jadi pada Aina.

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian Aiden. Nampak saja doktor keluar dari wad Aina terus Aiden mendapatkan doktor itu. Dalam hati berharap supaya Aina sihat saja tanpa apa-apa penyakit. Belum sempat Aiden ingin mengeluarkan kata untuk bertanya doktor itu sudah bertanya soalan padanya.

"Adakah Encik keluarga pesakit?" Tanya Doktor Aariz lalu menggaru pelipisnya yang terasa gatal.

Aiden mengangguk mengiyakan kata-kata doktor itu. Walaupun dalam erti sebenar dia bukanlah dari keluarga Aina. Keluarga Aina pun dia tak kenal. Cukuplah hanya dia mengenali Aina. Lagipun keluarga Aina bukan penting sangat bagi Aiden.

"I'm her husband, Macam mana keadaan dia sekarang?" Tanya Aiden dengan penuh tidak sabar. Pertanyaan itu terselit kerisauan yang mendalam pada Aina.

'Kesian kau Aiden. Bila masa lah Aina jadi isteri kau? Bukan Aina benci kau ke Aiden?' Kata suara lain mengejek pengakuan Aiden terhadap Aina sebagai isterinya.

Aiden mengetap giginya perlahan supaya doktor di hadapannya tidak mendengar. Dikawal sebaik mungkin air mukanya supaya tidak menampakkan bertapa geramnya Aiden apabila mendengar kata-kata itu.

'Suka hati akulah! Kalau Aina benci aku pun aku tetap sayang dia, Aku akan pastikan dia jadi hak aku yang mutlak sebelum orang lain merampas dia daripada aku.' Monolog hati Aiden dengan bangganya mengeluarkan kata-kata itu. Begitu yakin sekali dengan kata-kata yang dia lafazkan.

"Isteri Encik didapati mempunyai bengkak pada buku lalinya dan dalam pemeriksaan saya isteri Encik terlalu stress dan penat dengan situasi sekeliling. Saya nasihatkan supaya jangan bagi dia stress sangat kerana stress boleh menyebabkan kesihatannya terganggu sekaligus membahayakan kesihatannya. Saya sarankan supaya isteri Encik berehat secukupnya." Dengan panjang lebar doktor itu memberi nasihat sehingga memberi impak yang dalam kepada Aiden.

"Encik boleh saya tahu kenapa kaki isteri Encik jadi macam tu?"

"Erk...isteri saya terjatuh dalam bilik air tadi" tipu Aiden pada doktor itu. Hanya perkataan itu yang berada di dalam otaknya sekarang. Main hentam jelah!

Doktor itu kelihatan percaya dengan kata-kata Aiden. Terangguk-angguk kepala doktor itu mendengar kata-kata Aiden.

"Doc boleh saya jumpa dengan isteri saya?" Dengan penuh tidak sabar Aiden bertanya. Melompat-lompat hatinya untuk melihat wajah gadis kesayangannya itu. Rindu yang bertamu walaupun sekejap tidak bertemu tetap terasa rindu.

"Boleh silakan." Jemput doktor itu lalu memberi laluan kepada Aiden untuk memasuki ke dalam wad isterinya.

Doktor itu tersenyum memandang Aiden yang tidak sabar untuk jumpa isterinya itu. Dapat dilihat wajah ceria dan gembira lelaki itu.

'Untung perempuan tu dapat lelaki macam dia' monolog doktor itu dalam hati. Kaki doktor itu laju melangkah ke arah biliknya.

******************************************************

Cukup dua pusingan berjoging mengelilingi taman permainan itu cukup memenatkan. Hareez melakukan sedikit senaman ringan sebelum melabuhkan punggung di atas bangku yang disediakan ditaman permainan itu. Mata Hareez meliar memandang sekeliling bagai burung helang mencari mangsanya. Dalam matanya sibuk meliar memandang sekeliling tiba-tiba matanya terpaku pada seorang perempuan yang sedang menangis berhampiran dengan tempat yang didudukinya.

Hak Milik Tuan AidenCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang