BAB 8

8.4K 232 4
                                        

Terundur kebelakang Aina apabila mendengar semua perbualan Aiden dengan Ammar itu. 'J-jadi dia selama ni dia tak nak lepaskan aku s-sebab aku perempuan simpanan dia?' Aina menggeleng kepalanya berkali-kali kerana tidak percaya dengan apa yang dia dengari itu. Airmatanya setia menuruni pipi mulusnya. Tanpa Aina sedar di belakangnya ada pasu kaca besar di belakangnya. berada di belakangnyaAina menundukkan wajahnya sambil mengundurkan lagi langkahnya sehinggalah

PRANG!!!

Bunyi pasu pecah di belakangnya membuatkan Aina tergamam sekaligus menghentikan tangisan Aina yang menjadi-jadi tadi. Mungkin takut kerana dia telah memecahkan pasu bunga kaca yang mahal dan mewah itu. Pada masa yang sama pintu di hadapannya itu dikuak terjengul lah Aiden di muka pintu itu bersama Ammar dengan mimik muka yang terkejut. Mungkin terkejut melihat aku yang menangis di hadapan pintu itu.

"Aina" panggil Aiden dengan perlahan kakinya pantas melangkah ke arah Aina tetapi Aina terlebih dahulu melarikan dirinya tanpa sempat Aiden membuat apa-apa. Aiden hanya terkaku di situ tanpa mengejar Aina sesekali terdengar Aiden memanggil nama Aina tetapi tidak dihiraukan oleh Aina. Kaki Aiden pulak tidak memberi kerjasama yang sepatutnya seperti mengejar Aina. Kaki Aiden bagaikan sudah digam di lantai marmar itu tanpa melakukan apa-apa yang sepatutnya.

Ammar yang melihat bidadari idamannya berada di hadapannya bagaikan dipukau oleh Aina. Dalam hati Ammar berbisik 'comelnya dia ni, kalau dia jadi bini aku memang sah aku kurung dia seharian dalam bilik' Ammar tersengih-sengih bagai kerang busuk apabila memikirkan angan-angannya untuk memperisterikan bidadari di hadapannya itu.

Aina yang mendengar namanya dipanggil hanya memekakkan telinganya dan melangkah dengan laju ke arah pintu keluar yang berhampiran dengan kolam renang yang agak sesak dengan tetamu yang begitu ramai dalam party itu sehingga Aina terpaksa menolak orang yang menghalang laluannya itu.

"Sorry"

"Hey! takde mata ke?"

"Sorry"

"What are u doing girl?"

Aina hanya menundukkan matanya tanpa menghiraukan orang yang memarahinya itu. Yang penting dia ingin melarikan dirinya daripada Aiden. Aina menghentikan seketika langkahnya untuk mengambil nafas dan menghilangkan lelahnya di tepi kolam renang. Aina terpaksa berhenti di tepi kolam kerana orang terlalu sesak di sini Aina menoleh sedikit ke belakang untuk melihat sama ada Aiden mengejarnya ataupun tidak. Aina menghela nafas lega apabila Aiden tiada di belakangnya itu bermaksud Aiden tidak mengejarnya sampai ke sini. 'Baik aku cepat-cepat lari dari Aiden. Ni je peluang yang aku ada sekarang' getus hati Aina. Walaupun penat masih bersisa Aina tetap menguatkan dirinya untuk melarikan diri. Baru saja Aina ingin melangkah tiba-tiba...

DUSH!!

Aina ditolak kasar oleh seseorang ke dalam kolam renang. Sehinggakan tetamu di dalam party itu ketawakan Aina termasuk perempuan yang menolak Aina itu. Bulat mata Aina apabila memandang wajah perempuan yang menolaknya itu. Bukankah itu T-tasha?

"Ops! Sorry Sayang" Tasha ketawa kuat dengan tangannya menutup mulut membuat gaya seperti gedik.
Lamunan Aiden terhenti apabila mendengar gelak tawa yang kuat ke arah kolam renang itu. Apa yang terjadi dekat sana? Aiden dengan rasa ingin tahu cepat-cepat melangkah ke arah kolam renang yang riuh dengan gelak tawa itu. Aiden meliarkan pandangannya untuk melihat penyebab mereka semua ketawa. Tiba-tiba Pandangan matanya terpaku pada seseorang yang tergapai-gapai di dalam kolam renang itu. Baju dan tudungnya seperti familiar je di mata Aiden. Bulat mata Aiden apabila melihat Aina di dalam kolam itu.
Aiden merungkaikan jam mahalnya dan dengan cepat membuang kot yang dipakainya ke lantai tanpa menghiraukan tetamu yang melihat kelakuannya itu. Tanpa menunggu lama Aiden terus menyelamatkan Aina yang lemas itu dengan berenang sekuat hatinya. 'Tunggu aku Aina'.

Hak Milik Tuan AidenTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang