Bab 1

864 38 1
                                    

" Congrate both of you " Ucap Hanna pada Daniel dan Kathrine setelah di khabarkan berita tentang rancangan mereka untuk mengikat tali pertunangan.


Dia kemudian berbisik di telinga Andrian.Berkongsi tentang berita itu, dia tahu Andrian pasti gembira mendengar berita itu.

" Dear ! Ko dengar tu Daniel mo bertunang sudah.Cepatlah ko bangun... ko nda mahu tinggu durang bertunang kah? " bisiknya dengan nada perlahan.

Dia tidak dapat menahan sebak,namun cuba untuk berlagak ceria.

Daniel dan Kathrine hanya mampu memandang tubuh Andrian yang sedang tidur.Sungguh perasaan itu tidak dapat di luah melalui kata-kata.

Dan bila melihat kesungguhan dan ketabahan Hanna menjaga lelaki itu benar-benar telah menyentuh perasaan mereka.

Sudah enam bulan Andrian terbaring di katil hospital itu. Sudah enam bulan juga Hanna menjadi penghuni di wad itu menemani hari-hari Andrian.

" Hanna! Thank you ..." Ucap Daniel,memecah suasana syadu yang menghuni ruang bilik itu.

" Untuk apa?" Soal Hanna tanpa berpaling.

" Untuk semua yang ko sudah buat tuk Andrian..." Jawab Daniel.

" Saya nda kisah bah buat semua ini.Sudahlah jangan risau pasal Andrian arr.Kamurg sattle lah tu majlis kamurang dulu " Balas Hanna.

" Thanks again Hanna..." Giliran Kathrine mengucapkan kata-kata itu.

Hanna tersenyum lagi,dia mendekati Kathrine dan mereka berpelukan seketika.Ketika itu mereka sama-sama menyedari sesuatu.

Ya! Persahabatan yang baru bermula dan dia berharap agar persahabatan itu akan kekal lama-lamanya.

Bagi Kathrine,dia sudah mengikhlaskan segalanya kerana tiada sebab untuknya menolak Hanna sebagai sahabatnya kini.

Hanna sudah mengajarnya cara untuk mencintai dan menghargai orang yang di sayangi.

Dalam diam,dia sangat kagum dengan ketabahan dan cara Hanna mencintai Andrian.

" Bah sudahlah berpeluk-peluk sana, penat saya tinguk kamurang terlampau emosi sana.."
Usik Daniel,menceriakan suasana.

" Aikk marah pula.." Kathrine menjeling manja.

" Manada marah..sayang saja bah.." gurau Daniel sambil membalas jelingan manja Kathrine dan melangkah mendekati Kathrine.

Tangannya sudah melingkar di pinggang Kathrine.Pandangan mereka bertaut,seketika mereka terlupa di mana keberadaan mereka ketika ini.

" hish..hish...banyaknya semut dalam bilik ni.." Usik Hanna, usikan itu segera mematikan renungan asmara yang sedang berlangsung tanpa sengaja.

Kathrine tersipu menahan malu,wajahnya berubah kemerahan. Daniel hanya menahan ketawa.

" Okeylah Hanna..kami gerak dulu arr... jumpa esok.." Kata Daniel pada Hanna dikuti senyuman manis Kathrine.

Hanna mengangguk dan menghantar mereka sehingga keluar dari wad.

Senyuman tidak lekang di bibir Hanna.Berharap kebahagian Daniel untuk selamanya. Selepas bayang mereka hilang dari pandangan, dia kembali dan duduk semula di tepi katil Andrian.

" Dear...hari ni saya gembira saya tau ko pun gembira bah kan.Syukurlah kan Daniel sudah sihat dari sakit dia dan paling penting kan dia sudah jumpa orang yang dia sayang.." Kata Hanna, tanganya mula mengurut kaki dan tangan Andrian seperti selalu.

" Nda sangka kan...selama ni Kathrine yang menjaga dia rupanya dorang berjodoh.Saya kagum owh sama si Kathrine tu,dia jaga Daniel sampai Daniel sembuh,dia jugalah sebab kenapa Daniel sembuh kan...bukannya saya penyebab dia sembuh!! " Katanya lagi sambil ketawa kecil.

Aku Mencintaimu Encik Pengganti  -Season 3Where stories live. Discover now