PART 5

353 34 2
                                    

.
.
.
Sambil melangkah Hanna melemparkan senyuman ,bahagia rasanya melihat Andrian  sedar semula.

Dia melabuhkan punggungkan di kerusi,perlahan-lahan dia  meraih tangan Andrian dan menciumnya lembut.
Dia benar- benar rasa sangat bahagia.

Tiba-tiba, tangan itu di tarik sedikit kasar!

Hanna tersentak!

Dia melihat Andrian cuba untuk bangun dan bersandar di kepala katil.

Hanna bingkas bangun dan membantunya.
Tapi lelaki itu hanya memandangnya cuak.
Riak wajah Andrian nampak seperti terkejut melihat dirnya.

“ Maaf ..cik ni siapa? Saya kenal cik kah? Cik kenal saya kah? Oh ya…cik pula yang jaga saya tadi tu kan…..” Kata Andrian,keningnya sedekit berkerut.

Hanna tergamam mendengar kata-kata yang keluar dari bibir  Andrian.

Dia yang belum sempat berkata-kata mahupun menyapa  lelaki itu,telah di soal dengan soalan yang dia tidak pernah di duga sama sekali.

“ Ann..drian ! ko cakap apa? ini saya Hanna…”
 
Terketar-ketar bibir Hanna ketika mengungkapkan kata-kata itu.Dia jadi bingung!

“ Owhh  nama cik  Hanna!!… cik Hanna ni jururawat yang jaga saya selama saya sakit lah ni...” Balas Andrian lagi.

Andrian tidak tahu bagaimana untuk berkata-kata.Dia benar-benar tidak tahu siapa wanita itu,dia hanya tahu wanita itu adalah jururawat seperti yang di beritahu Anatasia.

“ Andrian….kenapa....jadi macam ni..?!! “ Rintih Hanna,Hatinya mulai gusar! Fikiranya dipenuhin  tanda tanya.Dia ingin tahu tapi suaranya sudah tidak mahu keluar.

Dadanya tiba-tiba rasa sakit!!
Dalam sekelip mata sahaja senyuman dan rasa bahagianya musah.

Tiba-tiba pandanganya kian kabur dan akhirnya…

Bukk!!!

Hanna sudah terbaring di lantai! Dia jatuh pengsan.

Andrian panik melihat wanita itu tiba-tiba rebah! Sehingga dia tidak sedar dia sudah pun turun dari katil. Hose kecil yang di cucuk di pergelangan tangannya juga terbuka tanpa di sedarinya.

Entah kenapa dia begitu takut  sesuatu terjadi pada  wanita itu.

*******************

Hanna membuka matanya perlahan-lahan.Kepalanya masih terasa berat.
Melalui anak matanya dia melihat sekeliling. Dia rasa dirinya sedang berbaring di dalam sebuah bilik. Tapi bukan biliknya!

“ Hospital ! kenapa saya di sini?’’

Dia segera bangkit dari pembaringanya tapi seluruh  tubuhnya terasa sakit.
Dia bersedirian di dalam bilik itu.

Ingatanya tiba-tiba tertumpu pada Andrian.Dia masih ingat lagi,sebentar tadi dia bersama Andrian.

“ Andrian…. tunggu saya! saya pi sana  saya tahu ko bergurau sana tu…..”  Kata Hanna.

Dia berusaha untuk berdiri tapi tubuhnya benar-benar rasa lemah.Kakinya tidak dapat berdiri dengan stabil.Lemah dan terhuyung hayang rasanya pengelihatanya.Akhirnya dia terjatuh!

" Hanna…..asataga…ko mao pi mana ni ? " Jerit Puan Jane sebaik sahaja dia masuk dan melihat Hanna terbaring menahan sakit di lantai. Luluh hatinya melihat keadaan anaknya.

“ Mama… tolong saya ma…bawa saya jumpa Andrian. Mesti dia cari saya tu ma…? ‘’ Rayu Hanna.

Puan Jane tidak dapat menahan sebak!  Airmatanya juga tidak dapat di tahan lagi.Kenapa Hanna harus menghadapi dugaan yang maha berat ini?

Aku Mencintaimu Encik Pengganti  -Season 3Where stories live. Discover now