PART 6

346 38 1
                                    

.
.
.
SUDAH tiga hari Hanna terbaring di katil  di hospital.Dia ingin segera keluar dari situ. Dia tidak mahu terus menerus menyusahkan ibunya dan juga sahabatnya Lucy.

“ Ma.... minta doctor Azirah kasi keluar saya dari sini..saya nda apa-apa sudah.Saya sihat sudah bah ni Ma..” Pujuk Hanna.

“ Hanna rehatlah berberapa hari  lagi! tolonglah jangan buat mama sama papa susah hati lagi ya...sayang..” balas Puan Jane.

Dia tahu anak tunggalnya itu sedang pura-pura gembira.Dia tahu! Jika benar dia gembira mengapa dia harus meracau memanggil nama Andrian setiap malam.

“ Mama! see I am happy now… ok jangan risau lagi…” Balas Hanna. Dia ketawa sambil mencium tangan ibunya.

Dia sebenarnya sedang berusaha menahan sebak di dada! Setiap kali dia memandang wajah ibunya hatinya di runtun rasa bersalah.Entah sampai dia baru dia berhenti menyusahkan ibunya.

Puan Jane membiarkan Hanna seketika,dia tidak meneruskan kata-katanya lagi. Dia tahu sikap anaknya itu.Hatinya itu sebenarnya seperti sehelai tisu saat ini.

Jika Hanna kata dia gembira,dia akan percaya sahaja.

“ Ok lah ok lah…mama tahu anak mama ni kuat! Nda apalah malam ni malam terakhir Hanna berehat dekat sini okey.Esok mama bincang dengan doktor Azirah minta Hanna berehat di rumah...”  Pujuk Puan Jane sambil mencium pipi Hanna.

Hanna akur! Dia memeluk manja ibunya. Akhirnya dua beranak itu berpelukan seketika.

“ Maaf saya menganggu kah?’’

Kedatangan Lucy menyebabkan dua beranak itu terhenti dari terus di buai emosi.Lantas pelukan di leraikan.

“ Ndalah…ngam juga ko datang,ko kasi kawan dulu Hanna, aunty mahu balik rumah sekejap..” Ujar  Puan Jane.

“ Owhh ok anty…no hal.Malam ni biar saya saja yang teman Hanna di sini..” Balas Lucy,dia memang bercadang untuk menemani Hanna malam ini.

“ Hurrmm bah ok lah kalau begitu…jangan kamurg buat macam-macam arr…” Pesan Puan Jane.

Bukanya dia tidak kenal perangai Lucy.Apa sahaja kemahuan Hanna pasti di tunaikan.

Mereka bagaikan adik beradik dan jika satu menangis pasti yang satu juga ikut menangis.

“ Jangan risau bah anty…” Jawab Lucy, sambil ketewa.

Hanna juga turut ketawa melihat telatah Lucy melayan karenah ibunya.Mujurlah ada Lucy yang selalu menghiburkan ibunya.

Setelah puan Jane melangkah keluar,Lucy memandang Hanna dengan pandangan yang cukup di fahami Hanna.

“ Okey jangan pandang saya macam tu…saya tahu saya nda boleh simpan apa-apa rahisa dari ko..” Kata Hanna.

Dia bangun dari katilnya dan mengambil tempat duduk di sofa yang ada di dalam bilik itu.

“ Are you okey Hanna…? Teda apa-apa mahu kongsi dengan saya?’’ Soal Lucy.

Hanna mendiamkan diri.

“ Ko mahu putus asa begitu saja kah? Ko nda mahu kejar cinta kau? Ko mahu kasi biar perempuan tu terus-terus tipu Andrian?’’ Soal Lucy lagi.

Hanna hanya diam membisu,dia berusaha menahan pilu di hatinya agar tidak menangis di hadapan Lucy.

" Kalau ko mengalah macam tu saja, bagus ko nda payah susahkan diri ko selama ini.Untuk apa lah ko kasi susah diri ko sampai ko sendiri jatuh sakit hanya sebab Andrian hilang ingatan? Doktor Azirah sudah cakap kan.Ingatan dia akan kambali bila-bila masa saja..." Ujar Lucy.

Aku Mencintaimu Encik Pengganti  -Season 3Where stories live. Discover now