Part 8

387 40 3
                                    

.
.
.
.
“ Bah kau kasi ceritalah apa masalah ko? Macam nda biasa pula,dulu-dulu kan ko selalu kasitau kami masalah ko.Ko sekolah nda pandai lulus-lulus pun kami saja yang tahu bah ” Usik  Lucy.

“ Ehhh kejap, sebelum tu apa urusan kamu dua pigi sini.Kenapa juga kamu berpeluk-peluk tadi macam ada masalah besar pula..” Soal  Brandan.

Dari tadi dia ingin bertanya tentang mereka namun tidak berpeluang sama sekali.Lucy menyoalnya tanpa henti sehingga dia tidak berkesempatan untuk bertanya tentang mereka.

Lucy memandang Hanna sambil tersenyum,dahinya berkerut.

“ Adalah urusan wanita sikit,ko nda payah tahulah  ..” Jawab Lucy.

“ Owhh …hermmm baaa yalah.Jum kita pigi Cafe sana,dari tadi kita berdiri haus pula saya.Kita sambung cerita sambil duduk-duduk minum arr..”

Hanna ingin menolak  tapi Lucy sudah terlebih  dahulu menyatakan persetujuan dengan itu Hanna terpaksa mengalah.

“ Lama dah saya berhenti belajar, lepas tu saya menganggur.Lama juga saya jadi penganggur di rumah.Lepas berberapa tahun menganggur papa hantar saya belajar pigi luar negeri sambung belajar sebagai syarat  kalau mahu  jadi pewaris harta dia…” Ujar  Brandan memulakan cerita setelah merek tiba di Café.

Air sirap  yang ada di hadapanya di teguk perlahan.Ada nada kesalan di setiap bait kata-kata yang keluar dari bibir Brandan.

Lucy menjadi pendengar setia,Hanna juga walaupun sesekali fikiranya jauh melayang teringatkan Andrian.

“ Lepas tu ko pass sudah lah belajar masa dekat luar Negara?’’  Soal Lucy.

Branden tersenyum kelat, pasti Lucy akan mentertawakan dirinya lagi jika dia tahu dirinya tidak menghabiskan pengajiannya dengan sempurna ketika di Oversea.

***********************

“ Apa nurse..pesakit sudah balik?bukan tengahari ni kah dia sepatutnya balik?’’ Soal Anatasia pada jururawat yang sedang mengemaskan katil  yang sebelum ini di gunakan Andrian.

“ Saya nda pasti cik...” Jawab Jururawat muda itu.

“ Nurse tahu siapa yang ambil dia?’’

“ Oh itu pun saya nda pasti cik sebab bukan saya yang bertugas di sini tadi..”

“ Hishh…semua pun nda tahu…apa saja yang ko tahu..” Dengus Anatasia sambil melangkah keluar.

Sakit benar hatinya mendengar jawapan jururawat itu.Hatinya bertambah sakit  memikirkan tentang  Andrian.

Gara-gara ingin menjemput Andrian keluar hospital dia sengaja mengambil cuti.Tapi semuanya jadi sia-sia,Andrian sudah keluar lebih awal dari masa yang sepatutnya.

“ Mesti kerja kembar  dia ni yang bawa dia cepat-cepat balik …’’bisiknya geram.

Kerana sudah terlanjur  berada di Hospital itu,tekaknya terasa haus dan dia juga sedikit penat. Anatasia mengambil keputusan untuk singgah sebentar di Cafe Hospital.

Di mindanya sudah ada tersimpan rancangan seterusnya.Jika dia tidak berjaya menemui Andrian di hospital,pasti dia berjaya menemui Andrian di rumah papanya.

Dia benar- benar yakin Andrian pasti berada di sana.Senyumannya mula melebar.Tidak sabar rasanya untuk bertemu lelaki itu lalu langkah segera di percepatkan agar segera sampai ke Café.

Sebaik saja dia melangkah masuk,langkahnya tiba-tiba terhenti.Matanya tidak berkelip melihat dua wanita yang cukup di kenalinya sedang duduk berbual sambil  bergelak ketawa bersama seorang lelaki.

Aku Mencintaimu Encik Pengganti  -Season 3Where stories live. Discover now