.
." What?!!!!!! Aku rasa kau ni nda waras sudah ni Anatasia! Ko memang nda pandai serik-serik Ana...aduii ...?" Bentak Julia sambil menahan rasa marah.
Selepas dua hari dia sengaja tidak menjenguk sahabatnya itu.Sangkanya Anatasia akan merenung diri tapi ternyata semua telahannya silap.
Di biarkan sendiri menyebabkan wanita itu semakin galak untuk membuat sesuka hati tanpa memikirkan akibat yang akan menimpanya.
Anatasia hanya memandangnya tanpa sekelumat rasa bersalah.Malah dengan selamba dia meneguk susu segar yang ada di atas meja makan rumahnya itu.
Dia tahu Julia yang menyediakan susu itu untuknya.
" Julia, ko rilex saja bah.Aku janji demi baby aku ni,aku nda akan susahkan diri aku lagi okey " Kata Anatasia bersahaja.
“ Macamana aku mao rilex?ko berhentilah buat kerja gila ni.Nanti ko juga yang merana..” desak Julia.
“ Adoii Julia, aku sudah buat keputusan dan keputusan aku tu paling tepat sekarang.Aku nda mahu pandang belakang lagi.Biarlah apa yang menimpa aku di kemudian hari asalkan aku dapat semula hak aku “
“ Hak apa? Andrian? terang-terang dia hilang ingatan lepas tu kau claim diri kau sebagai kekasih dia? Kalau tiba-tiba ingatan dia pulih semula macamana? “
“ Sebab itu aku sedang pujuk dia supaya kawin dengan aku cepat-cepat..’’
Julia terlopong mendengkar perkataan yang keluar dari bibir wanita itu.Tidak pernah terduga dalam fikirannya Anatasia akan bertindak begitu.
Dia semakin sukar untuk menasihati apa lagi s untuk memujuk wanita itu,akhirnya dia hanya mendiamkan diri.
“ Terpulang kau lah Ana. Aku nda dapat cakap apa-apa lagi,aku harap ko bahagia dan jangan menyesal atas apa saja yang ko buat selepas ini.” Ucap Julia.
“ Julia,thanks ! aku tahu aku bukan manusia sebaik malaikat tapi aku juga ada perasaan.Cinta aku pada Andrian tidak pernah mati dan aku tidak percaya antara aku dan dia tiada jodoh.Cuma perempuan itu yang rampas dia dari aku.” Ujar Anatasia,ada nada kesalan juga benci di setiap kata-katanya.
“ Okey.Cukuplah,aku malas mahu dengar. Sekarang ko dengar sini, semalam aku terserempak dengan mama ko.Dia cerita pasal hal ko,dia cakap dia terlampau rindu kau,and dia bilang dia mahu kasi ko surprised ?’’
“ Surprised ?’’
“ Ya,dia mahu terbang pigi tempat ko sana Oversea..”
“ Oh my God! Mati aku Julia,mama ada cakap bila dia mahu terbang? “
“ Minggu depan..”
“ Aduii mati aku Julia, apalah yang patut aku buat ni?’’
Anatasia jadi tidak keruan,resah memikirkan cara untuk menghalang ibunya.Patutkah dia berterus terang ? Mustahil! Tapi atas alasan apa dia harus menghalang ibunya untuk datang.
Memang dia akui sejak dia balik dari oversea dia jarang menghantar khabar untuk ibunya.
“ Kenapa ko tanya aku? Bukan ko bijak kah atur masa depan ko sendiri?’’ Perli Julia.
“ Julia! Sampai hati ko kan...’’
“ What! Nasihat aku, berterus terang sama parent ko.Kesian mama ko Ana…aku nda sampai hati tinggu dia mati-mati ingat ko masih di oversea sana.Dan sampai bila kau bertapuk begini?’’
Anatasia diam membisu,fikirannya jauh melayang.Dia juga buntu!
*************
ANDRIAN mula mengemaskan kesemua barang-barangnya.Sebentar lagi dia akan keluar daripada wad itu.
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Encik Pengganti -Season 3
Romance" Kenapa ma?kenapa nasib saya begini? Kenapa Tuhan uji saya begini? Saya memang nda layak hidup bahagia lagi kah ma?" Luah Hanna sambil menangis di dalam pelukan ibunya. " Hanna sayang! Jangan cakap begitu.Mama yakin Tuhan ada rancangan yang baik u...