" Opss!! Sorry saya nda sengaja...sorry.." Kata Kathrine.Dia merasa tubuhnya telah melanggar seseorang.Dia yang ketika itu sedang teruja memilih gaun untuk majlisnya nanti sedikit terkejut.
" Maaf ya cik...maaf..." Ulangnya lagi.
Dia segera mengambil beg -beg kertas milik wanita itu dan menyerahkanya kembali.
Wanita yang di langgar tanpa sengaja itu mendengus kasar.Dengan kasar dia mengambil semula beg-beg kertas tersebut dari tangan Kathrine.
" Lain kali jalan pakai mata..boleh?" Marahnya.
" Sorry cik..saya nda sengaja.Sya nda perasan cik ada di belakang saya..?"
" Begini besar punya kedai pun ko bilang ko nda nampak saya.."
" Maaf cik..." Ulang Kathrine berkali.
" Maaf...maa...f...."
Tiba- tiba pandangan Anatasia tertumpu pada seseorang yang sangat di kenalinya.
Dia tidak lagi peduli pada wanita yang berkali-kali memohon maaf itu.
Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang bila melihat lelaki itu sedang melangkah menuju ke arahnya. Anatasia benar-benar teruja melihatnya.
" Sorry ya miss.. saya betul-betul nda perasan tadi.." Ulang Kathrine lagi.
Ikutkan hati mahu saja dia segera meninggalkan kedai itu tetapi teringat janjinya pada Daniel dia terpaksa juga menunggu.
Anatasia sudah tidak memperdulikan kata-kata maaf wanita itu,sebaliknya tumpuan lebih kepada lelaki yang semakin menghampiri mereka.
" Apa-apa ja lah.." Kathrine berkata sendiri,bila teda lagi respon dari wanita tersebut.
Melihat Daniel sedang berjalan menuju padanya.Kathrine cepat-cepat melambai pada Daniel.
Anatasia sama sekali tidak perasaan wanita yang membelakanginya itu sedang melambai pada lelaki yang kini sudah berdiri di hadapanya.
Sedang memandang ke arahnya,dengan yakin dia lantas mendekati lelaki itu dan menyapanya dengan gembira.
" Haii..Andrian..." Sapa Anatasia,tanpa segan dia cuba untuk memeluk lelaki itu.
Entah kenapa dia terasa rindu pada lelaki itu.Mungkin kerana sudah bertahun tidak berjumpa.
Daniel benar-benar terkejut tiba-tiba di perlakukan begitu.Setahunya dia tersenyum untuk Kathrine yang berada di belakang wanita itu.
Kathrine juga begitu,terkejut melihat riaksi wanita itu.
Mujur saja Daniel menjarakkan dirinya dan segera menarik tangan Kathrine.
Dia juga turut terkejut melihat wanita yang tadinya berkali-kali memohon maaf padanya sedang berpegangan tangan dengan Andrian.
" Cik..saya rasa cik salah orang ni?'' Kata Daniel.
" You bukan Andrian?" Soal Anatasia,sedikit cuak.
Tetapi ingatannya terus kepada Daniel.
" Ohh...cik sangka saya Andrianlah ni kan.."
Daniel mula tersenyum. Dia tidak hairan jika ada yang tersalah anggap padanya.
" You mesti Daniel?'' Teka Anatasia sambil tersenyum manis.
Daniel sedikit terkejut apabila wanita itu menyebut pula namanya. Dia seperti sudah lama mengenali dirinya dan Andrian.
Daniel cuba mengamati wajah wanita itu namun ingatannya tiada langsung pada wanita itu.
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Encik Pengganti -Season 3
Romance" Kenapa ma?kenapa nasib saya begini? Kenapa Tuhan uji saya begini? Saya memang nda layak hidup bahagia lagi kah ma?" Luah Hanna sambil menangis di dalam pelukan ibunya. " Hanna sayang! Jangan cakap begitu.Mama yakin Tuhan ada rancangan yang baik u...