FINAL

710 60 8
                                    

.
.

Anatasia tergamam seketika apabila melihat ibunya,Julia juga Brandan melangkah masuk dan mereka seperti sudah tidak sabar untuk berbicara denganya.

Anatasia mulai resah,kedatangan mereka benar –benar membuatkan jantungnya berdegup kencang.

Tiba-tiba perasaan  marah,benci dan juga takut mula menghantui dirinya.Tetapi melihat wajah sayu  ibu yang sudah lama tidak di temui itu membuatkan  Anatasia dihantui rasa bersalah pula namun perasaan bersalah itu hanya  seketika.

Bagaikan ada suara-suara halus membisik di telinganya saat itu.

“ Jangan biar kebahagian kau di rampas lagi Anatasia….jangan…kau sudah sudah semakin menghampiri apa yang kau inginkan….teruskan…halau saja tu mama kau balik…”

Bisikan itu terus menganggu fikiranya.Anatasia mula terpadaya.

Pandanganya beralih pula pada Branden, lelaki itu  memandangnya sambil tersenyum,Anatasia semakin resah dia semakin gelisah.

Kemudian dia memandang Andrian semula,lelaki itu hanya diam walaupun bibirnya tidak berhenti melemparkan senyuman.

Anatasia segera  menarik kasar  tangan Julia, dia  membawa Julia ke kawsan  belakang dapur rumah itu.

Sunyi dan terhindar dari para tetamu. Dia inginkan penjelasan Julia kenapa mereka berada di rumah ini.

Tapi Brandan? Kenapa dia juga berada di sini.Mustahil Julia yang memaklumkan Branden kerana Julia tidak pernah bersua muka dengannya melainkan hanya melalui gambar yang ada di dalam galeri handphone sebelum dia memadam semua gambar Branden.

“ Ana…oiii sakit lah tangan saya…” adu Julia.

" Julia!!! Apa semua ni?  " Tanya Anatasia, suaranya perlahan tapi cukup membuatkan Julia faham akan kemarahan sahabatnya itu.

"Sorry Ana..i am so.. so sorry.Saya terpaksa  sebab saya kesiankan mama ko dan juga demi kebaikan ko demi  baby ko..." Ucap Julia.

" Kau jahat Julia!!!! Kau tau kah kami akan khawin bulan depan, hanya tinggal satu langkah lagi semuanya kembali pada aku Julia…… " bentak Anatasia.

" Apa!!!???? khawin? Anatasia jangan  bergurau buli kah..sudahlah tu cukuplah kau sembunyikan diri sama masalah kau dari mama kau.Kami datang ni mahu bawa ko balik…"  

“ Saya nda bergurau Julia, saya serius! Next month we getting marriage..” kata Anatasia dengan penuh yakin.

Terlopong Julia mendengar kata-kata itu. Dia tidak sangka Anatasia setekad itu.

" Tapi dia hilang ingatan Ana…!! Ingatan dia cuma semantara,nanti kalau ingatan dia pulih macamana dengan you dan baby you?"

" Sebab tu saya mahu kasi cepat perkhawinan kami  bila kami sudah kawin baru aku kasitau tentang kandungan aku dan aku akan pastikan dia nda akan tahu anak ini bukan anak dia.Aku yakin dia akan gembira Julia..dan kami akan hidup bahagia……” Ucap Anatasia dengan yakin.

“ Anatasia…apa ko buat ni? Kau sedar lah Ana…sedarlah … jangan rosakkan lagi masa depan kau…” Pujuk  Julia.

“ No! aku sudah buat keputusan. Julia aku cuma mahu  ambil semula hak aku saja.Salahkah?"

Dia tidak mahu menoleh ke belakang lagi,dia sudah semakin menghampiri kejayaan. Andrian adalah miliknya.Dan Hannalah yang telah merampasnya.

Julia kehilangan kata-kata!

" Anatasia !! "

Tiba –tiba  jeritan Brandan mengejutkan kedua-dua wanita itu.Julia berpaling kearah pemilik suara itu.

Aku Mencintaimu Encik Pengganti  -Season 3Where stories live. Discover now