PART 10

342 32 3
                                    

.
.
.
“ heemmm… maaf Hanna menganggu?’’ Tegur  Hanna sebaik saja melihat kedua ibu bapanya selesai berkejaran dan bergelak ketawa.

Puan Jane tersipu menahan malu.Suaminya sengaja melepaskan ciuman gurauan di dahi isterinya.

“ Andang-andang kalau sudah tua ni Hanna makin manja makin mao minta puji ni mama kau.Minta sium segala...” Kata Encik Wilfred,masih tidak puas menyakat isterinya.

“ Papa ni jahat tau cakap mama macam tu..” Hanna menjeling manja papanya. Kesian  melihat riaksi geram ibunya di usik begitu.

“ Angkol… ko jangan main-main sana tua-tua  pun masih cantik bahhh si anty..” Lucy turut serta mempertahankan Puan Jane.

“ Hurmmm…kesian papa ni kan..kalau ada menantu lelaki dalam rumah ni mesti ada yang back up papa.Tinggu sekarang semua mau back up mama saja..habis papa ni siapa yang mahu kawan..” Adu encik Wilfred.

Tiba-tiba suasana berubah sepi bila encik Wilfred melafazkan kata-kata itu.Hanna terkedu juga rasa terpukul dengan kata-kata papanya.Dia hanya melemparkan senyuman.

Puan Jane menjeling tajam suaminya,dia melihat suaminya tersenggih memandangnya tanpa rasa bersalah.

“ Bah ok cukuplah bergurau hari ni. Mama mahu bersiap kejap lagi mama mahu pi kenduri,lagipun mama dengan papa lama sudah nda jumpa bekas besan kami tu,kesian macam mama dengar dia sakit sekarang.Hanna dengan Lucy ikut mama ya…” Ujar Puan Jane sambil merenung  Hanna. Dia benar-benar berharap agar Hanna bersetuju.

“ Okey anty saya sama Hanna naik atas dulu siap-siap.Kan Hanna kann…” balas Lucy tanpa memandang Hanna.

Dia sengaja tidak bertentangan mata dengan Hanna. Dia pasti kalah jika Hanna merenungnya dengan wajah penuh simpatinya.

Dia tahu Hanna pasti tidak akan setuju jika tidak di paksa.

“ Bah..cepatlah naik atas bersiap..” Arah puan Jane.Dia juga segera menarik tangan suaminya dan mengajaknya masuk ke bilik.Mereka juga perlu bersiap.

Hanna pula sudah tidak punya pilihan apabila Lucy sudah mula berceramah padanya.

Hatinya tidaklah sekeras batu sebenarnya. Egonya juga sudah tidak setinggi gunung kinabalu lagi.

Dia sudah jera pada sikapnya sebelum ini. Pengalaman mengajarnya untuk lebih berfikiran terbuka dan mempercayai takdir.

Nasihat ibunya juga di hadam sebaiknya.Benar kata ibu dan Lucy,dia tidak harus mengalah selagi tidak sampai ke penghujung jalan. Tanpa usaha takdir tidak akan berpihak pada dirinya.

******************

Setibanya di rumah, Daniel terlalu sibuk dengan urusan menjemput kejiranan di kawasan rumahnya.

Semantara itu Kathlene mengambil alih tugas di dapur,dia sudah biasa dengan keadaan rumah Daniel.

Rasa segan juga sudah tidak ada lagi lebih-lebih lagi pada papa Danie,kerana orang tua itu sudah di anggap seperti bapanya.

Mereka benar-benar tidak perasan akan kehadiran Anatasia di dalam rumah itu.

Ketika Kathlene naik ke tingkat atas,bilik tidur Andrian tertutup rapat.Dia tidak mahu menganggu Andrian walaupun Daniel mengarahkannya untuk mengejutkan Andrian.
Andrian masih perlu rehat secukupnya.

Sedang leka menyiapkan kerja-kerja dapur, Kathlene di kejutkan dengan bunyi kenderaan.

Dari ruang dapur dia sudah tahu siapa pemilik kenderaan berkenaan.Hatinya melonjak gembira,ternyata Tuhan mendengar harapannya dan  Daniel

Aku Mencintaimu Encik Pengganti  -Season 3Where stories live. Discover now