PART 9

391 34 6
                                    

.
.
.
“ Apa maksud ko ni Dan? Andrian hilang ingatan?” Terasa lemah seluruh anggota tubuhnya ketika mendapat berita tentang keadaan Andrian.

Daniel hanya mengangguk lemah.Dia sengaja merahsiakan hal tersebut dari pengetahuan papanya. Dengan harapan Andrian  ingatannya akan kembali pulih jika melihat rumah mereka.

Tapi harapanya Cuma tinggal harapan.Andrian tetap sama.Di ingat semuanya namun nama  Hanna masih tidak muncul di fikiranya.

“ Tapi macamana? Dia ingat kita semua kan? Kenapa dia nda ingat Hanna? Ereiii Hanna kesiannya kau...’’ Rintih orang tua itu lagi.Semakin binggung dia memikirkan apa yang terjadi terhadap anak lelakinya itu.

“ Doktor Azirah bilang dia cuma buli ingat separuh saja sekarang.Tapi papa nda payah risaulah ingatan dia bukan selamanya begitu.Dr bilang pelan-pelan dia ingat balik.Cuma pesan doctor,kita jangan paksa dia ingat sampai mendatangkan kesan kesakitan.Syukurlah pa dia buli ingat kita lagi perkara lain biarlah masa dan takdir yang menentukan”

Ujar Daniel dikuti keluhan,dia pasti papanya faham akan maksud kata-katanya.

“ Kesian Andrian tapi nda apalah papa gembira dia sudah sihat.Kalau papa mati sekarang pun papa ndada kesalan apa-apa lagi..” Keluhnya.

“ Hish papa ni apa pula cakap macam tu “

“ Papa tua sudah ni Dan,nda sudah papa kuat macam dulu.Ko tinggu jalan pun terseret-seret kaki sudah ni.Kadang-kadang papa nda sempat pigi tandas lagi bah.Itulah papa redha  kalau Tuhan panggil papa sekarang pun papa nda sudah susah hati sebab dua-dua kamurang sudah ada di depan papa..’’

“ Papa jangan bah cakap macam tu “

“ Papa nda menyusahkan kamurang atau pun menantu papa saja..”

“ Sudahlah papa jangan cakap yang bukan-bukan..”

Entah kenapa hati lelakinya tiba-tiba jadi sayu mendengar ungkapan papanya itu.

“ Ok lah pa Daniel keluar sekejap pigi ambik Kathrine lepas tu kami pigi beli barang basah sikit.Malam ni kita buat makan-makan sikit..” Ujar Daniel,dia tidak mahu melayan rasa hati papanya.

“ Bah yalah “

Melihat Daniel masuk ke dalam perut kereta,orang tua itu mengukir senyuman.

Sebelum ini anak itu berada di Hospital sakit jiwa dan Andrian lah yang paling sibuk mengurus kehidupanya.

Dia benar - benar bersyukur kerana ketika kembarnya di timpa masalah dia tetap setia di sisi.

Ketika dia sedang asyik termenung,tiba-tiba lamunannya di kejutkan dengan seorang wanita muda.

Dari jauh dia seperti mengenali wanita itu. Semakin dekat jaraknya barulah dia teringat siapa wanita itu.Namun dia masih ragu-ragu,dahinya berkerut melihat kedatangan wanita itu.

“ Hi uncle, punya lama saya nda jumpa uncle.Apa khabar uncle sekarang?’’

Anatasia menyapa dengan mesra yang di buat-buat.Dia bukanlah wanita seramah itu apa lagi melihat orang tua itu agak comot dan sedikit berbau busuk.

“ Hurmm beginilah ini? Sakit-sakit sudah saya ni.Lama uncle tidak nampak kau,uncle pun sudah ingat-ingat lupa kau..siapa sudah nama ko itu?’’

“ Owh saya Anatasia Uncle …saya saja datang melawat uncle  sama  Andrian bah lama kita nda jumpa kan  ”

“ Oh ya Tasha! Uncle ingat sudah . Andrian? eh bila  tahu Andrian sudah balik?’’  Soalnya.

Dahinya sedikit berkerut mendengar kata-kata Anatasia. Semakin bingung dia memikirkan tentang kedatangan mengejut Anatasia.

Aku Mencintaimu Encik Pengganti  -Season 3Where stories live. Discover now