.
.
.
“ Apa ko cakap ni Ana? Nda saya faham owh… bukan ko mao cari Brandenkah? Sekarang kenapa ko cakap pasal Andrian pula..”Julia mencari kepastian di wajah sahabatnya itu.Tidak faham langsung tentang prinsip hidup wanita itu.
“ Saya bukan mao buat apa-apa pun just mahu tanya khabar saja.Tolonglah saya Julia…” Rayu Anatasia.
Sejak mengetahui tentang keadaan Andrian tempoh hari,hatinya bagai di sorong-sorong untuk mengetahui lebih lagi tentang Andrian.
“ Masalahnya sekarang kalau ko jumpa dia pun ko mao buat apa? Aduii Ana..ko tahu kan keadaan ko sekarang macamana? Nda payahlah kau ambil kisah pasal dia lagi bha...’’ Bantah Julia.Dia cuba menghalang Anatasia untuk mencari tahu tentang Andrian lagi.Baginya untuk apa dia membuang masanya mencari Andrian sedangkan dia sepatutnya mencari Branden,papa kenapa anak yang ada di kandungan Anatasia.
“ Saya tahu…Julia..saya tahu…”
“ Dah tu kalau ko sudah tahu kenapa ko masih lagi keras kepala..?’’ Bentak Julia lagi.
Sungguh tidak faham akan sahabatnya itu. Sehingga kini perangainya masih tidak berubah.
Degil dan tidak pernah peduli tentang perasaan orang lain asalkan segala semua kehendaknya di tunaikan.
“ Bha nda apalah kalau ko nda mahu tolong saya....”
Dari suara Anatasia,Julia tahu dia merajuk.
“ Look Ana..saya bukan nda mahu tolong ko tapi saya cuma nda mahu ko dapat susah lagi.Yang saya mahu buat sekarang, tolong ko cari Branden dan bukan Andrian okey.Kalau Branden masih nda mao terima ko.Its okey… ko buli saja tu jadi single mother.Saya yakin diurang family ko buli terima juga tu.” Ujar Julia.
Anatasia diam membisu,tidak mampu membalas kata-kata Julia lagi.Dia akui kata-kata Julia semuanya benar.
Teringat Branden,dia tidak tahu di mana dia harus mencari Branden kerana dia sama sekali tiada sebarang petunjuk tentang keberadaan Branden.
“ Saya kawan ko Anatasia..saya nda mahu ko tersalah langkah lagi.Lupakan saja Andrian tu.Biarlah dia sama hidupnya jangan ganggu dia lagi.” Nasihat Julia lagi.
Dia benar-benar berharap Anatasia akan menerima nasihatnya kali ini.
Anatasia mengangguk perlahan. Dia tahu Julia kawan yang baik untuknya. Tapi apakan daya, fikiranya tidak berhenti dari memikirkan Andrian.
Dia tidak berpuas hati selagi tidak mengetahui hal sebenar tentang Andrian.
Tanpa pengetahuan Julia,diam-diam dia mencari Andrian sendiri di Hospital yang di katakana wanita bersama Daniel tempoh hari.
Pencarianya bagaikan di restui, ketika dia sedang mencari-cari nombor bilik yang menempatkan Andrian.
Dia terserempak dengan Daniel yang ketika itu baru sahaja keluar dari bilik Andrian.
Daniel juga agak terkejut melihat kedatangan Anatasia di awal pagi itu. Dia yang berkira-kira mahu ke Kantin terpaksa membatalkan niatnya.
" Eh cik ni kan cik di Mal tuhari?" Daniel menyapa mesra.
" Ya.Saya... jadi betulah Andrian ada di Hospital?" Soal Anatasia.
" Ya..betul.."
Mendengar jawapan Danie, Anatasia mula berbelah bagi.Ingin masuk atau berpatah balik.
Tiba-tiba dia rasa bersalah di atas kesilapanya sebelum ini.Hatinya jadi tidak tenteram! Kenapa dan untuk apa dia datang.
" Hello cik..bilang mahu melawat?jum masuk.." Kata Daniel,sambil bersedia untuk membuka pintu bilik itu.
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Encik Pengganti -Season 3
Romance" Kenapa ma?kenapa nasib saya begini? Kenapa Tuhan uji saya begini? Saya memang nda layak hidup bahagia lagi kah ma?" Luah Hanna sambil menangis di dalam pelukan ibunya. " Hanna sayang! Jangan cakap begitu.Mama yakin Tuhan ada rancangan yang baik u...