.
.
.
Hanna sengaja menyibukkan diri di ruang dapur.Sejak tadi tangannya tidak berhenti melakukan kerja-kerja membasuh pinggan dan gelas kotor yang ada di dalam singki.Dia sengaja ingin menyembunyikan diri dari di lihat jiran-jiran Andrian yang sememangnya sangat mengenali dirinya.
Dia tahu pasti dia akan di soal bagaikan pesalah.Hanna tidak mampu menghadapi semua soalan-soalan tentang itu.
“ Boleh saya tolong..?’’
Tiba-tiba muncul satu suara yang cukup di kenalinya. Hanna tergengam seketika.
Di dapur ketika itu hanya dia seorang. Lucy sudah hilang entah ke mana.
Kathlene sedang sibuk menemani Daniel melayan tetamu.
Dan setahunya Andrian sedang sibuk melayan karenah Anatasia.Tapi kenapa lelaki itu ada di hadapanya kini dan sedang menyapanya.
“ Eh tiapayahlah, sikit saja ni..” Jawab Hanna.
Tiba-tiba dia di serang perasaan gemuruh.
Andrian tetap berkeras hendak membantu wanita itu.Dengan selamba dia merebut span sabun yang ada di tangan Hanna.Hanna cuba mengelak.
Tanpa sengaja tangan mereka bersentuhan.Mereka saling berpandangan.Perasaan Andrian tiba-tiba bergetar.Seperti ada sesuatu yang menganggu fikiranya ketika.
Perasaan itu juga seperti sudah sebati di hatinya.Sangat mendamaikan dan juga sangat membahagiakan.Hanna juga begitu.
“ Hemm…sorry cik Hanna…sorry ..” Ucap Andrian.
Dia segera melepaskan tangan Hanna.
Hanna juga bagaikan baru tersedar dari mimpi indah.Dia segera melepaskan span yang jadi rebutan mereka sebentar tadi.
Sangkanya Andrian masih meninginkan span tersebut tapi tidak, span tersebut jatuh di atas lantai.
Hanna terkejut begitu juga Andrian, keduanya masing –masing menundukakan kepala untuk mengambil Span tersebut.
Ketika itu wajah mereka hampir bersentuhan,jarak yang memisahkan wajah mereka hanya satu inci.
Pandangan saling bertaut lagi,jantung keduanya juga berdegup kencang.
Hanna ingin sekali memeluk lelaki itu.Andrian pula,dia dapat rasa hatinya sangat dekat dengan wanita itu.Wangian wanita itu juga seperti sudah biasa di hidunya sebelum ini. Andrian benar-benar rasa terbuai.
Perasaanya itu sangat berlainan ketika bersama Anatasia.
“ Sayang…!!!!!! “
Satu suara jeritan yang amat membingitkan telinga tiba-tiba bergema di seluruh ruang dapur itu.
Kedua mereka sangat terkejut sehingga masing-masing berdiri dan menjauhkan diri.
“ Oh ini pula kerja ko kan Hanna.Patutlah kau nda mahu keluar-keluar dari dapur.Kau sengaja pula umpan Andrian pigi dapur supaya ko dapat berdua-duaan di sini.Ko ni nda malu betul owhh kan Hanna. Sudah kena tinggal pun ko masih juga mahu menyundal kan…” Bentak Anatasia.
Sakit hatinya ketika melihat Andrian dan Hanna sedang berdua-duaan di situ.Dia sedang berehat seketika di bilik dan meminta Andrian untuk mengambilkanya segelas air suam.
Tetapi hampir sepuluh minit dia menanti Andrian kembali lelaki itu tidak muncul.
“ Anatasia! Stop it! Kan you minta air jadi saya datang sinilah.Teda kena mengena pun sama cik Hanna.Boleh kah kalau kau nda payah teriak-teriak macam orang hilang akal begitu.” Marah Andrian pada Anatasia.
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Encik Pengganti -Season 3
Romance" Kenapa ma?kenapa nasib saya begini? Kenapa Tuhan uji saya begini? Saya memang nda layak hidup bahagia lagi kah ma?" Luah Hanna sambil menangis di dalam pelukan ibunya. " Hanna sayang! Jangan cakap begitu.Mama yakin Tuhan ada rancangan yang baik u...