PART 11

405 43 7
                                    

.
.
.
“ Waa…siap sudah semua…”  Ucap Kathlene.

Dia teruja dalam diam,tidak sangka rancangannya bersama Daniel di bantu ibu Hanna berjalan lancar.Hanna benar-benar sudi memasak untuk Andrian.

“ Biasa-biasa saja ni..”

“ Mesti sedap kan…”

“ Rasa lah bah jangan malu-malu Kath..”

“ Hahaha nantilah kita sama-sama makan.Ko rehat-rehat lah dulu arr Hanna.Saya pi luar dulu kawan di Daniel susun tu meja sama kerusi..”

“ Hurm okey..nanti siap saya kemas dapur saya pigi tolong arr..”

“ Oh nda apalah, banyak sudah ko buat kerja..” 

Sebelum meninggalkan ruang dapur,Kathlene sempat mengenyitkan mata sebagai syarat pada Lucy.Lucy menaikan keningnya sebagai balasan,faham maksud isyarat yang di beri Kathlene.

Walaupun dia rasa terganggu dengan deringan telephone bimbitnya.

" hishhh...siapa juga yang balik-balik call saya ni? " bebel Lucy.

Telephone bimbitnya tidak berhenti berdering sejak tadi.Dia tidak mengenali nombor  yang tertera pada screen telephone bimbitnya.

" Siapa yang call ko? Secret admire kau kali.." Usik Hanna.

" Secret admire lah sangat. Teda masa mao layan lelaki sekarang,kalau betul- betul penting pandailah itu sms kah whatsapp kah.. " Balas Lucy

"  Kau memang! perangai nda pandai berubah tu pasal job mua ko slow sebab client cari ko nda mahu angkat call..."

Dia cukup memahami sahabatnya itu.Susah benar menerima panggilan telephone yang tidak di kenalinya.

Semuanya bermula daripada bekas suaminya yang sering menganggunya mengunakan nombor yang  telephone yang berlainan. Kini dia seperti Trauma setiap kali ada panggilan yang tidak di kenalinya.

" Hishhh sudahlah kau sana. Daripada ko banyak cakap sana bagus ko pi kejut si Andrian.Kejap lagi ramai sudah ni tetamu durang datang.."  arah Lucy,sambil berlalu meninggalkan Hanna.

" Saya?...tapi…heyy Lucy tunggu kau jangan pigi mana-mana dulu..’’ jeritan kecil Hanna kedengaran.Dia menarik tangan Lucy dan mendorongnya untuk duduk semula.

Lucy hanya ketawa berdekah!

" Iya lah kaulah…ndakan  ko mahu saya call perempuan gila tu? Nanti kalau tiba-tiba perempuan gila tu muncul di sini siapa juga yang sakit hati sakit segala-galanya di sini…! " Sindir Lucy, sengaja dia mempermainkan  perasaan Hanna.

" Lucy...berapa kali saya cakap ..."

" Ok ok... saya tahu...saya panggil dia miss Anatasia.."

" Lucy....."

" Aduii okey saya pi tulung Daniel sana luar dulu. Kau pi kejut  Prince Andrian kalau dia nda mahu bangun juga kau cium saja dia macam cerita snowwhite tu tapi yang ini snowhite versi lelaki pula hahahahahaha…." Usik Lucy sambil ketawa kemudian benar -benar melangkah  meninggalkan Hanna.

*************

" Macamna Cy,Hanna sudah pigi bilik Andrian?"  Tanya Daniel,sebaik sahaja dia melihat Lucy datang menghampirinya dan Kathlene.

Mereka yang masing-masing sibuk menyiapkan susunan meja dan kerusi di beranda luar sudah tidak sabar mendengar jawapan Lucy.

Sengaja mereka membiarkan Hanna menguruskan dapur semata-mata mencari peluang untuk mendekatkan Hanna dan Andrian semula.

Aku Mencintaimu Encik Pengganti  -Season 3Where stories live. Discover now